Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


AirAsia Sokong Program FLYsiswa 2024, Pelajar Boleh Terbang Pada Harga Jimat

E-baucar AirAsia untuk program FLYsiswa boleh digunakan untuk membuat tempahan penerbangan ke 45 laluan di 10 destinasi

TARA Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2023 12:03PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berita baik kepada semua yang bergelar pelajar! Syarikat penerbangan untuk semua, AirAsia baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan terus menyokong program FLYsiswa yang dilanjutkan ke tahun hadapan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar terbang pulang ke kampung halaman dengan tambang berpatutan.

E-baucar AirAsia untuk program FLYsiswa boleh digunakan untuk membuat tempahan penerbangan ke 45 laluan di 10 destinasi antara Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak dari Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Bharu ke Kota Kinabalu, Sandakan, Kuching, Bintulu, Miri, Sibu dan Labuan. Ia juga tersedia untuk tempahan penerbangan antara Sabah, Sarawak dan Labuan.

Inisiatif ini bukan sahaja menunjukkan komitmen syarikat penerbangan itu untuk menawarkan tambang berpatutan dan rangkaian luas, malah membolehkan para pelajar mendapat manfaat daripada ekosistemnya. Ini termasuk mata ganjaran Airasia, tawaran dalam penerbangan dan banyak lagi.

Dalam satu kenyataan media, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, pihaknya menjangkakan kira-kira 50,069 pelajar yang berada di universiti awam layak menikmati manfaat ini.

“Kami berbesar hati untuk terus menyokong inisiatif FLYsiswa ini yang dijangka memanfaatkan kira-kira 50,069 pelajar yang berada di universiti awam seluruh negara layak memohon.

“Tahun ini, kami menerima lebih 23,000 pendaftaran daripada pelajar yang sah iaitu kira-kira 66 peratus daripada 35,995 pelajar yang telah mengemukakan permohonan baucar tersebut, dan kami berbangga kerana AirAsia terus menjadi syarikat penerbangan pilihan,” ujar beliau.

Dalam masa yang sama beliau juga menganggap pengumuman oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia itu tepat pada masanya, selari dengan usaha AirAsia untuk mengaktifkan semula lebih banyak pesawat dalam beberapa bulan akan datang.

“Ini membolehkan kami meningkatkan kekerapan dan menawarkan tambang yang lebih rendah, seterusnya memberi manfaat kepada para pelajar. Kami mengalu-alukan lebih ramai pelajar untuk terbang pulang dengan kami dengan tambang berpatutan pada tahun hadapan,”katanya.

Perlu diingatkan, kriteria kelayakan bagi program FLYsiswa ini ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia. Program ini terbuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian tinggi di universiti awam di Malaysia. 

Antara kelayakan yang diperlukan ialah pelajar mestilah dari Sabah, Sarawak, atau Wilayah Persekutuan Labuan, belajar di Semenanjung Malaysia, pelajar dari Semenanjung Malaysia, belajar di Sabah, Sarawak, atau Wilayah Persekutuan Labuan, dan pelajar dari Sabah, Sarawak, atau Wilayah Persekutuan Labuan yang belajar di wilayah masing-masing.

Proses permohonan E-baucar AirAsia boleh dibuat dalam beberapa langkah mudah dengan menekan butang 'Tebus Sekarang' di airasia.com/aa/flysiswa. Untuk proses penebusan, hanya masukkan nombor baucar pada halaman pembayaran untuk tempahan penerbangan. - Getaran, 10 Disember 2023

Foto: AirAsia

Isu Pada

Jamu Selera Hiburkan Hati 16 Dis

16 Dec 2023

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 minggu yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines, AirAsia Batal Penerbangan 

3

Ekonomi 1 bulan yang lalu

AirAsia Sambung Laluan Penerbangan Antara Pulau Pinang, Kuching Dan Kota Kinabalu

4

Selebriti 2 bulan yang lalu

Pelakon Popular Thailand, Tay Tawan Promosikan Thailand Bersama AirAsia

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius