web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jom Menari Dengan STEPIN, Aplikasi tarian K-Pop Dengan Teknologi AI

STEPIN mencatatkan pendaftaran 135,000 ahli dan 280,000 corak permainan tarian

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2023 2:40PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kajian yang dimuatkan dalam Jurnal Antropologi Fisiologi mendapati bahawa menari berkesan untuk menurunkan berat badan, sama seperti berbasikal dan berjoging. Latihan menari juga merupakan bentuk latihan penyelenggaraan yang sangat baik untuk kekal sihat dan fit setelah mencapai berat sasaran anda. 

Namun, persoalannya adakah anda punya masa untuk aktiviti ini? Jika punya masa, adakah anda bersedia untuk membayar ‘guru’ yang boleh memberi bimbingan? Lebih-lebih lagi jika anda seorang yang tidak pandai menggerakkan badan. 

Tak perlu peningkan kepala, segalanya kini semakin mudah. Dunia tanpa batasan menjanjikan pelbagai kemudahan yang boleh dinikmati pada bila-bila masa, mengikut kehendak atau rutin harian anda. Silalah muat turun naik aplikasi tarian yang tersedia di telefon anda itu.

Jika anda pengemar muzik dan tarian K-Pop, aplikasi tarian yang mendapat sambutan hebat ketika ini ialah STEPIN yang dibawakan oleh Sidewalk Entertainment, syarikat pemula AI yang berpangkalan di Seoul, Korea Selatan. 

STEPIN ialah aplikasi tarian K-Pop yang menggunakan teknologi AI pengesanan pergerakan masa sebenar. Selepas kempen pelancarannya yang menyeluruh pada 10 Oktober lalu, bilangan muat turun melebihi 200,000 menjelang 29 Oktober. Tambahan pula, 135,000 pendaftaran ahli direkodkan, menyumbang sebanyak 68 peratus daripada kiraan muat turun, menunjukkan pertumbuhan yang pesat.

Di samping itu, angka corak permainan tarian melebihi 280,000, jelas menunjukkan penyertaan pengguna yang aktif melangkaui pemasangan aplikasi semata-mata. Ini mengesahkan minat global terhadap tarian K-Pop selain potensi STEPIN untuk mencapai pertumbuhan.

STEPIN juga diyakini telah mencetuskan kegirangan dalam komuniti tarian K-Pop antarabangsa yang disertai oleh Peminat Tegar K-Pop, mendapat populariti yang ketara di Indonesia, Filipina dan Amerika Syarikat (AS). Popularitinya semakin berkembang pesat di AS dengan penggunaan tinggi yang konsisten dalam kalangan pengguna tempatan.

STEPIN ialah aplikasi yang dibangunkan dengan membolehkan pengguna belajar dengan mudah dan menikmati tarian K-pop di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Ciri-cirinya termasuklah latihan tarian, penilaian skor dan main balik analisis pergerakan. 

Ketika ini, aplikasi ini menawarkan dua mod corak permainan iaitu ‘Praktis’, untuk pembelajaran tarian dan ‘Cabaran’ untuk penilaian skor. Bagaimanapun, kemas kini berskala besar akan dilaksanakan menjelang akhir tahun ini, termasuk penambahan Tarian Main Rawak (Random Play Dance) dan Pertarungan Masa Sebenar (Real-time Battle). 

Dengan ciri-ciri baharu ini yang melengkapkan fungsi-fungsi yang sudahpun popular, pengguna akan dapat menikmati rangkaian kandungan tarian K-Pop yang lebih luas melalui aplikasi ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Sidewalk Entertainment dan pemain profesional generasi pertama, Kibong Kook berkata, pihaknya ketika ini sedang berusaha menyediakan ciri-ciri baharu tarian bagi pengalaman yang lebih menyeronokkan

 "Teknologi AI pengesanan pergerakan masa sebenar Sidewalk mengesan dan menilai pergerakan manusia dengan tepat dengan hanya menggunakan telefon pintar tanpa sebarang peralatan tambahan. Ketika ini, kami sedang menyediakan ciri-ciri baharu, seperti Tarian Main Rawak dan Pertarungan Masa Sebenar bagi mencipta budaya permainan dalam talian yang baharu untuk peminat tegar K-pop global,” katanya.

Bertepatan dengan perayaan akhir tahun, aplikasi ini merancang untuk melancarkan acara jemputan besar-besaran untuk pengguna menikmati detik yang menggembirakan bersama keluarga dan rakan-rakan sambil menggunakan STEPIN. - Getaran, 2 Disember 2023

Foto : STEPIN

Isu Pada

Pesona Nana Mahazan 2 Disember

02 Dec 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini