Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Konsert Luar Biasa Bersama SISTIC Singapore Sepanjang Disember

Tak perlu terbang jauh untuk menonton konsert artis pujaan anda

TARA Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2023 2:26PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Akhiri tahun 2023 anda dengan pelbagai acara muzik yang menyeronokkan. Jika anda merancang perjalanan ke Singapura pada Disember ini, bolehlah ambil peluang menghadiri konsert hebat yang telah dijadualkan oleh SISTIC Singapore. 

Berikut adalah 5 konsert yang boleh anda nikmati dan semua pembelian tiket boleh dilakukan di SISTIC

1. Konsert Galau (9 & 16 Disember 2023)

'Konsert Galau' merupakan konsert yang menampilkan 10 artis terbaik rantau ini, khususnya dari Indonesia, Malaysia, dan Singapura. Artis-artis yang kerap kali mendahului carta ini dipilih oleh 10,000 pengikut SAH Entertainment melalui saluran perbincangan rasmi di Telegram. 

Singapura diwakili Sufi Rashid dan Taufik Batisah, Insomniacks pula dipilih mewakili Malaysia manakala Judika, Setia Band, ST12, Cakra Khan, D'Masiv, Kangen Band, dan NOAH bintang yang dibawa dari Indonesia. 'Konsert Galau' dijangka menjadi konsert terbesar dalam sejarah Singapura.

Konsert ini akan berlangsung di Singapore Expo Hall 3 dan tiket-tiket dijual pada harga SGD88 - SGD288.

2. Ghostly Kisses Live In Singapura (11 Disember 2023)

Projek muzik Kanada Perancis iaitu Ghostly Kisses yang diketuai oleh penyanyi dan penulis lagu Margaux Sauvé, akan memukau Singapura dengan persembahan yang mempesonakan pada 11 Disember 2023, bertempat di Teater Victoria. 

Kumpulan ini digambarkan oleh Clash sebagai memiliki ‘kualiti tidak tersangka’ yang menyelinap masuk ke dalam kehidupan kita. Muzik Ghostly Kisses menggabungkan irama yang penuh jiwa dengan lirik yang menarik. 

Suara Margaux Sauvé yang mistik merupakan nadi Ghostly Kisses, nama yang terinspirasi daripada puisi William Faulkner. Memiliki jutaan ulang main di Spotify, mengadakan persembahan di festival-festival berprestij dan EP yang diperakui, Ghostly Kisses menjanjikan pengalaman muzik yang pasti sukar dilupakan penonton. 

Cepat dapatkan tiket yang berharga di antara SGD68 ke SGD138. Konsert ini mengambil tempat di Teater Victoria.

3. Konsert Jelajah Jessica Jung - Diamond Dreams (16 Disember 2023)

Penyanyi dan penulis lagu Korea-Amerika, Jessica Jung sudah bersedia untuk menghangatkan pentas Singapura bagi konsert solo pertamanya. Jessica dikenali di seluruh dunia sebagai bekas penyanyi wanita berkumpulan Korea Selatan yang ikonik, Girls' Generation. Dia mendapat pujian meluas kerana kebolehan muziknya yang luar biasa dan memiliki kehadiran pentas yang dinamik. 

Konsert Jessica ini menjanjikan pengalaman sensasi dengan kehadiran peminat dari seluruh dunia, sekali gus bakal menawan hati peminat K-Pop dan juga pencinta muzik. Jadi, jika anda adalah salah seorang daripada peminatnya, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Tidak perlu terbang jauh, hanya ke Singapura. 

Jessica akan memeriahkan pentas dengan seleksi lagu daripada album yang mendominasi carta, antaranya With Love dan J. Diamond Dreams di Resorts World Ballroom, Resorts World Convention Centre. Tiket dijual pada harga SGD88 - SGD268.

4. Repvblik Live In Singapura (17 Disember 2023)

Ubati kekecewaan anda yang gagal mendapatkan tiket Repvblik tempoh hari dengan menyaksikan kumpulan ini beraksi di Singapura. Kumpulan ikonik terbesar Indonesia ini bakal mengambil alih pentas Singapura dan membawa peminat merasai pengalaman konsert yang luar biasa.

Repvblik yang dianggotai oleh Ruri (Penyanyi), Lavy (Pemain Bass), Tyar (Pemain Keyboard) dan Ei (Pemain Gitar Utama) terkenal dengan lagu-lagu yang sarat emosi. Konsert ini menjanjikan perjalanan mengasyikkan melalui persembahan lagu-lagu yang menjadi siulan ramai.

Repvblik Live In Singapura akan berlangsung di Teater Mediacorp dan tiket-tiket dijual pada harga SGD58 - SGD188.

5. Miriam Yeung:  My Tree Of Live World Tour (22 Disember 2023)

" My Tree Of Live World Tour " oleh Miriam Yeung merupakan persembahan muzik berdasarkan naratif. Penyanyi ini akan menjemput penonton menjengah ke dalam dunianya yang penuh dengan muzik dan berkongsi pelbagai kisah melalui lagu-lagu yang akan didendangkan. 

Konsert ini mendapat inspirasi daripada proses pertumbuhan pokok yang melambangkan daya ketahanan dan kekuatan apabila berupaya menempuh ribut kencang. 

Menggabungkan reka bentuk pentas yang inovatif, kesan pencahayaan yang memukau, susunan muzik dan rekaan kostum yang eksklusif, konsert ini sudah pasti mempunyai pesona tersendiri. 

Ia dijayakan dengan kerjasama penerbit muzik terkenal, Carl Wong dan pengarah koreografi utama, Sunny Wong yang akan mengarahkan muzik serta tarian untuk persembahan ini. Bersedialah untuk menikmati pengalaman visual dan auditori yang menakjubkan.

Acara ini akan diadakan di Sands Grand Ballroom dan tiket-tiket dijual pada harga SGD108 - SGD348. - Getaran, 2 Disember 2023

Foto : SISTIC

Isu Pada

Pesona Nana Mahazan 2 Disember

02 Dec 2023

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 bulan yang lalu

4 Konsert Menarik Menanti Di Singapura

2

TARA 3 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

3

TARA 3 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

4

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City