Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


4 Konsert Menarik Menanti Di Singapura

Selain penyanyi irama kerohanian popular, Maher Zain, turut berlangsung konsert muzikal dan persembahan teater bagi memenuhi citarasa peminat

Jelajah Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2024 4:26PM

gambar SISTIC

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kota Singa, Singapura menjanjikan keceriaan pada 2024, susulan penganjuran pelbagai konsert untuk peminat, bukan sahaja di negara itu, tetapi juga negara jiran seperti Malaysia.

Selain konsert oleh artis terkemuka antarabangsa seperti Taylor Swift, Ed Sheeran, IVE, Shinee, Eric Nam dan Sum41!, turut berlangsung konsert muzikal dan persembahan teater bagi sajian peminat.

Justeru, peminat di Malaysia, siap sedia dengan pasport dan beg pakaian anda untuk menyeberangi tambak bagi menyaksikan persembahan berkenaan.

Sama ada ingin menikmati malam penuh keseronokan bersama keluarga mahu pun bersiar-siar bersama yang tersayang, kurator pelbagai pengalaman hebat, SISTIC menjemput anda menikmati kemeriahan persembahan hiburan yang disediakan.

Berikut adalah empat persembahan yang boleh dijadikan pilihan untuk anda ketika mengembara ke Singapura. 

1. Madagascar The Musical (18 Januari - 28 Januari 2024)

Tempat: Teater Esplanade

Harga : SGD48 - SGD138

Jika inginkan kelainan sambil menikmati hiburan bertaraf antarabangsa ketika bercuti di luar negara, anda boleh sertai Alex the Lion, Marty the Zebra, Melman the Giraffe, Gloria the hip hop Hippo dan barisan penguin yang lucu serta nakal  dalam  Madagascar The Musical yang sedang berlangsung ketika ini. 

Berdasarkan filem animasi DreamWorks yang terkenal, Madagascar The Musical mempersembahkan semua watak kegemaran ramai ketika melarikan diri Central Park Zoo di New York. Kesemua watak itu, kemudiannya mendapati bahawa mereka menempuh pengembaraan yang sungguh luar jangka dalam dunia penuh kegilaan Madagascar King Julien.

Meriah dengan watak-watak yang luar biasa, pementasan ini turut ditemani skor muzik yang mengujakan dan anda tidak ada pilihan selain turut serta bersama ‘Move It, Move It!’

2. Pementasan ‘The Very Hungry Caterpillar’ (29 Februari - 3 Mac 2024)

Tempat: Teater Victoria 

Harga : SGD42 - SGD72

The New York Times melaporkan bahawa produksi ini sebagai ‘mempesonakan’. The Very Hungry Caterpillar berjaya memukau penonton di seluruh dunia selama lebih tujuh tahun dengan setia sambil membawa karya klasik Eric Carle ke pentas. 

Dicipta oleh Jonathan Rockefeller, produksi yang mendapat pengiktirafan pengkritik ini menampilkan lebih daripada 75 boneka ajaib termasuk bintang utama pertunjukan – The Very Hungry Caterpillar. Diterjemahkan ke dalam 62 bahasa dan telah terjual lebih daripada 43 juta naskah buku, ia kekal berada dalam sepuluh buku terlaris sepanjang zaman.

3. Konsert Jelajah Maher Zain 2024 (2 Mac 2024)

Tempat: Singapore Expo Dewan 7

Harga : SGD68 - SGD238

Temui artis kerohanian dan irama R&B kacukan Sweden-Lubnan, Maher Zain, secara langsung di Singapura pada 2 Mac ini. Popular dengan pelbagai lagu berlatarkan melodi dan lirik berunsurkan keislaman serta kerohanian, Maher Zain  berjaya menghubungkan peminatnya dari seluruh dunia. Jadi, sudah tentu konsert ini menjanjikan kenangan yang tidak dapat dilupakan. 

Kepulangannya ke Asia Tenggara sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat kerana kali terakhir dia menghiburkan peminat di rantau ini adalah pada 2019 lalu, bertempat di Kuala Lumpur. 

Dengan album yang mendahului carta seperti ‘Thank You Allah’, ‘Forgive Me’ dan ‘One’, Maher Zain berjaya mengumpulkan ramai pengikut yang setia. Hadirkan diri ke konsert ini untuk merawat jiwa, tanda meraikan kedatangan Ramadan kali ini. 

4. Konsert Harry Potter and the Half-Blood Prince (19 April - 20 April 2024)

Tempat: Teater Esplanade 

Harga : SGD79 - SGD249

Bahagian keenam siiri konsert filem Harry Potter™ iaitu Harry Potter and The Half-Blood Price™ kini sudah tiba! Orkestra Festival Metropolitan akan mempersembahkan skor luar biasa Nicholas Hooper secara langsung daripada filem Harry Potter and Half-Blood Prince™.  

Keseluruhan filem turut dimainkan dalam definisi tinggi pada skrin 40 kaki. Dalam episod ini, Lord Voldemort™ mengukuhkan cengkamannya pada kedua-dua Muggle dan Wizarding Worlds, ketika Dumbledore lebih cenderung untuk menyiapkan Harry demi menghadapi pertempuran yang semakin hampir. 

Walaupun pertarungan semakin dekat, percintaan mulai mekar bagi Harry, Ron, Hermoine dan rakan sekelas mereka. Cinta sedang mekar tetapi ada bahaya yang menanti dan Hogwarts mungkin tidak akan sama lagi. 

Potterheads, ini adalah peluang anda untuk menghidupkan semula kenangan kegemaran daripada episod ini diiringi dengan muzik orkestra yang menakjubkan!

Dapatkan tiket-tiket persembahan pilihan anda di SISTIC. - Getaran, 21 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

TARA 4 bulan yang lalu

5 Konsert Luar Biasa Bersama SISTIC Singapore Sepanjang Disember

Sorotan

1

Papagomo Tak Mengaku Salah Hasut, Datangkan Kebencian Terhadap Agong 

2

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

3

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

4

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

5

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

6

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

7

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja