web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jom Makan Laksa Aunty Ruby, Sekali Cuba Pasti Termimpi!

Hidangan atau menu istimewa mereka ialah laksa dan cucur udang yang dihidangkan bersama kuah kacang

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2023 3:38PM

Seleksi juadah yang ada

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Antara nasi kandar, pasembor, mi udang dan laksa, mana satu hidangan yang mesti anda nikmati apabila berada di Pulau Pinang? Pasti ada yang menjawab semuanya, dan mungkin juga ada yang pilih-pilih kerana tidak mampu makan kesemuanya. Lebih-lebih lagi jika tidak punya masa. 

Setiap orang pasti punya restoran pilihan untuk menikmati setiap hidangan yang disebutkan di atas. Untuk perkongsian kali ini, Getaran ini membawa anda singgah ke Laksa Aunty Ruby yang terletak di Taman Sentul Jaya, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Restoran yang diusahakan di sebuah rumah teres ini cukup popular di kalangan penduduk tempatan, dan ramai yang berpendapat ia merupakan salah satu hidden gem di Bukit Mertajam. 

Kedai Laksa Aunty Ruby biasa-biasa sahaja
Kedai Laksa Aunty Ruby biasa-biasa sahaja

Pendapat ini ada benarnya kerana tidak ramai orang luar yang tahu tentang kewujudan tempat makan ini. Hasil carian di internet, rupa-rupanya Laksa Aunty Ruby sudah lama beroperasi, bermula dengan gerai  tepi jalan.

Hidangan atau menu istimewa mereka ialah laksa dan cucur udang yang dihidangkan bersama kuah kacang. Setelah singgah ke sini, kami juga dapati kedai ini turut menjual beberapa menu lain seperti rojak buah, sengkuang calit dan pelbagai pilihan ‘cucuk’, sama seperti pasembor.

Ketika kami sampai pada jam 3.30 petang, pelanggan agak ramai, tetapi kami bernasib baik kerana terdapat satu meja kosong. Bau kuah laksa yang memenuhi ruangan kedai membuatkan perut terus berkeroncong minta diisi. Selain memesan laksa, kami juga memesan cucur udang, rojak buah dan sengkuang calit demi memenuhi nafsu makan. Berikut adalah ulasan untuk setiap menu yang dicuba.

1. Laksa Penang

Kuah laksa menepati selera. Tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Bahkan rasanya juga tidaklah terlalu manis biarpun dicampur dengan petis udang. Bahan-bahan yang diletakkan iaitu timun, bawang, nenas dan telur rebus juga tidak lokek. Kuantitinya berpadanan dengan harga. Saya suka dengan tekstur laksa beras yang digunakan. Tidak lembik dan tidak keras. Perfect! Tentang rasa, keseluruhannya saya suka dan berbaloi untuk singgah lagi ke sini.

2. Cucur Udang

Sedap! Rangup, tidak lokek dengan udang dan sayur. Cuma agak berminyak sedikit. Ini mungkin tidak menjadi isu kepada orang lain. Kuah kacang yang dihidangkan bersama juga pekat dan menggoda. Secukup rasa. 

3. Sengkuang Calit

Tiada penyelesalan memesan menu kegemaran rakyat Malaysia ini. Pes atau sos yang disediakan memang ‘terangkat’. Manis-manis pedas. Taburan serbuk kacang tanah juga ‘meriah’. Jadi, anda boleh bayangkan sendiri letusan rasa yang dialami sebaik sahaja disuap ke dalam mulut.

4. Rojak Buah 

Saya sengaja letak rojak buah pada tempat keempat kerana pilihan buah yang disediakan tidak pelbagai. Namun, kuah rojak sedap seperti sos sengkuang calit dan mungkin juga ia menggunakan sos yang sama. 

Kesimpulannya, Laksa Aunty Ruby layak menjadi persinggahan penggemar laksa Penang dan juga cucur udang. Tentang harga makanan, anda tidak perlu risau kerana boleh dikategorikan sebagai murah dan berpatutan. Contohnya, semangkuk laksa bersaiz kecil dijual pada harga RM5.50, manakala yang besar berharga RM6.50. 

Kedai ini dibuka pada setiap hari, kecuali Ahad, dari jam 12 tengahari hingga 6:30 petang. - Getaran, 26 November 2023

Foto : Rahayu MN

Isu Pada

Pesona Nana Mahazan 2 Disember

02 Dec 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

2

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

3

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

4

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

5

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13