Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Citadines Connect Georgetown Penang Dikelilingi Lokasi Selera Buruan Ramai

Hotel yang baru dibuka pada penghujung 2022 ini adalah untuk mereka yang mahu melakukan maraton kulinari!

TARA Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2023 4:45PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selalunya jika ke Pulau Pinang, lokasi penginapan lazimnya tertumpu di Batu Ferringhi kerana ia menjanjikan pemandangan pantai yang membuaikan perasaan. Namun, persinggahan pada hujung Oktober lalu membawa penulis ke hotel yang terletak di tengah-tengah bandar Georgetown. 

Set sarapan pagi jika tidak mahu keluar dari hotel
Set sarapan pagi jika tidak mahu keluar dari hotel

Hotel yang baru sahaja dibuka Disember 2022 ini terletak di lokasi yang sangat strategik dan cukup ideal untuk pencinta ‘street food’ atau pemburu makanan popular Pulau Pinang. Bermalam di sini bermakna anda sudah bersedia untuk melakukan maraton kulinari. 

Restoran Sup Hameed hanya beberapa langkah dari hotel. Restoran Kapitan yang terletak di Jalan Macalister pula boleh dijejak kurang dari 10 minit pemanduan. Begitu juga dengan Roti Canai Jalan Transfer dan Restoran Nasi Padang International yang boleh dituju dengan hanya dengan berjalan kaki kira-kira 15 minit. 

Lobi Citadines Connect
Lobi Citadines Connect

Mengintai dari luar hotel, anda sudah boleh membayangkan hotel ini punya pesona tersendiri. Maklumlah, Citadines Connect merupakan sebuah hotel terletak di bangunan dua tingkat yang dibina sebelum perang. Melangkah masuk ke lobi hotel, hati lebih gembira kerana dekorasi yang dipersembahkan amat menawan, seolah-olah mencerminkan gaya bilik yang menanti. 

Bilik yang luas dan selesa
Bilik yang luas dan selesa

Mempunyai 143 bilik jenis moden, suite dan apartment, ia bukan sahaja sesuai untuk pengembara solo, malah ideal untuk mereka yang ingin bercuti secara berkumpulan atau sekeluarga. Seperti yang dikongsi di laman web rasmi mereka, Citadines Connect menyasarkan tetamu yang bercita-cita tinggi, kreatif dan sosial.

Bilik mandi dan tandas serba moden
Bilik mandi dan tandas serba moden

Antara jenis penginapan yang boleh ditempah ialah Studio Twin, Studio Deluxe Twin, Studio Executive Twin, Two Bedroom Deluxe Loft, dan Two Bedroom Executive. Jadi terpulang kepada anda untuk membuat pilihan bergantung kepada bajet. Ini kerana setiap bilik punya keluasan berbeza. 

Penampilan bilik yang 'cosy' menjanjikan pengalaman yang menyenangkan
Penampilan bilik yang 'cosy' menjanjikan pengalaman yang menyenangkan

Satu perkara lagi yang anda perlu tahu ialah, Citadines Connect berkisar kepada tiga konsep iaitu re-space, connect dan grab and go. Re-space adalah ruang kongsi yang membolehkan tetamu berehat, berhubung dan mengecas semula sebelum daftar masuk dan selepas daftar keluar.

Connect ialah ruang pemisah yang fleksibel untuk tetamu yang mencari ekstra privasi untuk meneruskan kerja atau perbincangan dalam kumpulan kecil dan Grab and Go  menyediakan kemudahan membancuh kopi dan teh serta pilihan snek pada bila-bila masa untuk sepanjang hari.

Kawasan kafe Citadines Connect
Kawasan kafe Citadines Connect

Lain-lain kemudahan yang ada di hotel ini ialah kemudahan wifi, kolam renang, pusat kecergasan, dan parkir kereta yang dikenakan caj minimum. 

Untuk maklumat lanjut tentang Citadines Connect Georgetown Penang, boleh layari laman web mereka di sini. - Getaran, 19 November 2023

Foto : Rahayu MN

Isu Pada

Sembunyikan Diri, Damaikan Hati di Coconest Langkawi 18 Nov

18 Nov 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 3 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 3 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 3 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja