Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hujan Dari Sudut Pandang Islam, Pengertian Dan Fadilat

Hujan ialah fenomena alam yang amat unik dan kali ini Getaran membawa anda melihat manfaat serta perincian hujan dari sudut pandang Islam, termasuk fadilat dimiliki

TARA Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2023 1:32PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hujung tahun di Malaysia sinonim dengan kedatangan musim tengkujuh, khususnya di negeri-negeri Pantai Timur. Ada yang begitu menggemari fenomena ini kerana ia menyebabkan suhu berubah dingin dan menyamankan.

Begitu pun, hujan lebat secara berterusan juga berpotensi mengundang musibah seperti banjir dan tanah runtuh yang boleh mengancam nyawa.

Umat Islam wajar mengetahui asbab hujan dicipta oleh Allah SWT. Dari sudut pandang agama, ia sebenarnya adalah rahmat dan membawa pelbagai manfaat.

Allah SWT berfirman :

وَنَزَّلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً مُبَارَكًا

Maksudnya : Dan Kami telah menurunkan daripada langit air yang berkat. - Surah Qaf (9) 

Hukum Bersuci Dengan Air Hujan

Air hujan juga boleh digunakan untuk bersuci, termasuk sebagai wuduk atau mandi hadas, sesuai dengan sifat sebagai air mutlak.

Perkara ini adalah dijelaskan menerusi firman Allah SWT:

وَأَنزَلْنَا مِنَ السَّمَاء مَاء طَهُورًا

Maksudnya : Dan Kami turunkan daripada langit air yang suci. - Surah Al-Furqan (48)

Hukum Berdoa Ketika Hujan

Waktu hujan juga ditetapkan sebagai antara saat yang mustajab untuk berdoa.

Disunatkan untuk umat Islam berdoa ketika hujan, seperti sebuah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Al-Mu’minin A’isyah RA:

فَإِنْ مُطِرَ قَالَ‏ اللَّهُمَّ صَيِّبًا هَنِيئًا

Maksudnya: Adalah Rasulullah S.A.W apabila hujan baginda akan membaca : Ya Allah jadikanlah ia sebagai hujan yang bermanfaat. - Riwayat Al-Nasa’ie (1523)

Apabila hujan telah berhenti, disunatkan pula untuk kita kepada kita membaca doa pendek seperti diriwayatkan Zaid bin Khalid al-Juhani RA:

مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللَّهِ وَرَحْمَتِهِ

Maksudnya : Kami dilimpahkan hujan dengan fadhilat dan rahmat daripada Allah. - Riwayat Muslim (71)

Hukum Berdoa Minta Dialihkan Hujan Lebat

Menyentuh mengena banjir kilat atau hujan yang turun tanpa henti sehingga memudaratkan, terdapat sebuah doa khas yang dibaca untuk mengelak sebarang musibah dan meredakan hujan.

Perbuatan ini diharuskan demi menjaga keselamatan.

Hukum Mencela Hujan

Walaupun hujan ada kalanya mengundang musibah, umat Islam dilarang mencela fenomena alam ini.

Rasulullah SAW bersabda:

قَالَ اللَّهُ تَعَالَى يُؤْذِينِي ابْنُ آدَمَ، يَسُبُّ الدَّهْرَ وَأَنَا الدَّهْرُ، بِيَدِي الأَمْرُ، أُقَلِّبُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ

Maksudnya: Allah SWT berfirman, anak Adam menyakiti Aku. Dia mencela masa sedangkan Aku adalah masa. Di tangan-Ku ada segala urusan. Aku lah yang membolak-balikkan siang dan juga malam. - Riwayat Al-Bukhari (7491)

Jadi apabila anda mencela hujan, ia seolah-olah memarahi Allah SWT yang mencipta semuanya.

Memang kadang kala kita tidak berupaya menahan rasa sedih apabila berdepan musibah, namun adalah lebih baik sekiranya keadaan itu ditangani dengan berdoa, agar segala urusan dipermudahkan. - Getaran, 12 November 2023

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Isu Pada

Sembunyikan Diri, Damaikan Hati di Coconest Langkawi 18 Nov

18 Nov 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 minggu yang lalu

Hati-Hati Memandu Ketika Hujan

2

Muzik 1 bulan yang lalu

3 Kumpulan Muzik 'Bawah Tanah' Gegarkan 6,000 Pengikut

3

TARA 3 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

4

TARA 3 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City