Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Minuman Tanpa Alkohol Yang Boleh Anda Cuba Semasa Meraikan Deepavali 

Minuman ini tidak mengandungi sebarang alkohol dan boleh dinikmati sesiapa sahaja

TARA Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2023 3:56PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sambutan sebarang jenis perayaan di negara ini tidak lengkap tanpa seaneka juadah lazat yang pastinya memikat selera. Bagi yang bakal meraikan Deepavali esok, apa kata anda cuba hasilkan lima jenis minuman untuk dinikmati bersama tetamu yang hadir?

Menariknya, semua minuman ini tidak mengandungi sebarang alkohol dan selamat untuk dihidangkan kepada tetamu yang beragama Islam.

Pineapple Cobbler

Buat mereka yang sukakan buah nanas, apa kata anda olah buah ini menjadi jus yang mengandungi pelbagai rasa? Pineapple Cobbler ialah mocktail yang terdiri daripada campuran ketulan nanas segar, sirap strawberi dan jus nanas. Tambahkan helaian daun pudina dan ketulan ais unti lebih menyegarkan.

Enak, ringkas dan mudah!

Teh Ais Halia Ceri

Teh antara minuman yang sering menggunakan pelbagai perisa buah, antaranya lemon, strawberi atau pic. Kali ini, apa kata tampilkan sedikit kelainan, iaitu gunakan campuran halia dan ceri. 

Menggunakan ramuan lengkap jus ceri, perahan halia, pati bunga melur (jasmine), pati limau dan limau gedang, ia menghasilkan rasa yang cukup unik.

Masih mengekalkan aroma teh, ia turut memiliki rasa berangin yang terhasil daripada perahan halia, selain gabungan rasa masam limau dan pahit limau gedang. Lain daripada lain, resipi ini pasti meninggalkan kenangan istimewa kepada tetamu!

Mojito Timun

Mojito sebenarnya bukan minuma yang asing buat rakyat Malaysia. Ada pelbagai resipi mojito, termasuk menggunakan campuran jus buah. Kali ini, apa kata anda gunakan pula timun segar? Hanya campurkan jus limau, hirisan timun dan helaian daun pudina segar.

Minuman ini boleh dikatakan antara menu yang sihat dan sesuai diminum oleh orang dewasa dan kanak-kanak. Nikmat kesegaran serta kesejukannnya memang mengasyikkan!

Jaljeera

Jaljeera merupakan minuman berasaskan campuran rempah, khususnya jintan manis. Ia amat sesuai dijadikan sebagai jus detoks dan melancarkan sistem penghadaman, bahkan melegakan perut anda selepas menikmati pelbagai juadah. 

Ia diperbuat daripada kulit asam jawa, daun pudina, jintan manis, jaggery (gula merah india), garam hitam, garam halia, garam masala, serbuk cili dan jus lemon. Minuman ini mengandungi rasa rempah yang agak kuat, pastikan tetamu anda berada dalam keadaan 'bersedia' sebelum menikmatinya!

Milkshake Coklat Hazelnut

Akhir sekali ialah minuman berasaskan susu iaitu milkshake coklat hazelnut. Minuman ini dibuat khusus untuk mereka yang gemarkan susu kocak dan pasti menarik minat kanak-kanak. 

Bahannya mudah saja - campuran serbuk koko, pes kacang hazel, krim, susu serta cebisan coklat dan kacang hazel untuk hisaan mengikut kuantiti yang dimahukan. Pastikan campuran bahan tersebut dikisar bersama ais.

Jangan lupa bereksperimen dengan lima resipi ini, dan lihatlah reaksi tetamu anda. Pasti mereka terasa seolah-olah berada di restoran!

Selamat mencuba! - Getaran, 11 November 2023

Sumber: food.ndtv.com

Isu Pada

Sembunyikan Diri, Damaikan Hati di Coconest Langkawi 18 Nov

18 Nov 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 4 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 4 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 4 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 4 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Faisal Halim Alami Kelecuran Tahap Empat, Pergerakan Dan Percakapan Terbatas - Shahril

2

Sivasangari Dinobatkan Atlet Terbaik April Oleh The World Games

3

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

4

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

5

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

6

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

7

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

8

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji