web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cipta Rekaan Dalaman Kediaman Sambil Bersantai Di Rumah

Aplikasi SofaX menawarkan pengalaman mendalam untuk membantu pelanggan membayangkan dan mencipta kediaman impian mereka

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2023 8:13PM

SofaX Day di The Curve, Petaling Jaya

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kemajuan teknologi yang semakin canggih membuatkan segala urusan menjadi mudah. Kalau dahulu anda perlu ke kaunter bank untuk urusan perbankan, kini tidak lagi. Kalau dulu anda perlu keluar membeli barangan dapur, kini anda punya pilihan untuk membuat pesanan secara dalam talian.

Anda juga mempunyai pilihan untuk menghias kediaman tanpa perlu bersusah-payah ke sana-sini mencari kelengkapan yang diperlukan. Sebaliknya, anda hanya perlu muat turun aplikasi SofaX untuk merealisasikan impian. 

Aplikasi yang baru dilancarkan baru-baru ini merupakan aplikasi rekabentuk rumah maya perintis di Malaysia. Ia mentakrif semula dunia kelengkapan rumah dengan teknologi terkini dan perkhidmatan pembeli peribadi yang inovatif. 

Aplikasi SofaX
Aplikasi SofaX

Sebagai metaverse untuk pemilik rumah, aplikasi SofaX menawarkan pengalaman mendalam untuk membantu pelanggan membayangkan dan mencipta rumah impian mereka, termasuk kemudahan pembelian langsung produk hiasan rumah dan perabot terkemuka. 

“Kami memulakan perjalanan ini dengan hasrat untuk mentakrifkan semula pengalaman rekabentuk rumah dengan menjadikannya lebih mudah dan inovatif. Matlamat kami adalah untuk mencipta satu platform yang menyatukan semua proses dengan lancar, iaitu daripada pemilihan konsep sehingga ke proses pembelian.

“Kami juga menekankan pengalaman fizikal dan digital (phygital) di mana pelanggan kami boleh memanfaatkan teknologi realiti maya dan perkhidmatan pembeli peribadi yang berdedikasi untuk memberi khidmat nasihat kepada pelanggan tanpa memberi sebarang tekanan jualan,” ujar Ketua Pegawai Operasi SofaX, Mac Lai ketika majlis pelancaran yang diadakan di pusat membeli-belah The Curve, Petaling Jaya, baru-baru ini. 

Mac Lai
Mac Lai

Selain menawarkan perkhidmatan kepada pemilik rumah baru, SofaX turut menawarkan khidmat kepada pemilik hartanah sub jualan. Keterangkuman ini memastikan semua individu, tanpa mengira jenis harta yang dimiliki, boleh menggunakan aplikasi dan perkhidmatan ini untuk mencipta ruang impian mereka. 

Selepas selesai mereka bentuk ruangan secara maya, pelanggan atau pengguna aplikasi ini boleh menggunakan perkhidmatan pembeli peribadi yang ditawarkan untuk mendapatkan perabot, aksesori rumah, malah kontraktor pengubahsuaian rumah yang dihajati.

Menerusi model 3D dan teknologi fotorealistik, pemilik rumah boleh menghasilkan pelan rumah mengikut citarasa peribadi. Ia bagaikan pusat sehenti yang membolehkan pemilik rumah mereka mencari pembekal barangan dan perkhidmatan yang diperlukan. 

Mungkin ia kedengaran hanya menguntungkan sebelah pihak, tetapi sebenarnya tidak. Ini kerana pemaju hartanah, pereka dalaman, peruncit kelengkapan rumah dan pembekal perkhidmatan turut dijemput untuk berkolaborasi dalam aplikasi ini.  

Sebagai pengguna, anda mempunyai peluang untuk membuat pilihan bijak mengikut bajet yang telah ditetapkan. Jangan lupa menggunakan fungsi editor picks yang mencadangkan beberapa koleksi yang berbaloi dan mengikut trend semasa. 

Untuk menambahkan keseronokan dalam menggunakan aplikasi ini, SofaX juga memperkenalkan sistem mata ganjaran yang membolehkan pengguna mengumpul mata dengan setiap pembelian, yang kemudiannya boleh ditebus sebagai rebat tunai untuk pembelian akan datang.

Antara jenama yang boleh didapati di SofaX ialah Lorenzo, Rotan Lot, Rattan Décor, Casa Moderno, dan Avalon.

Untuk maklumat lanjut mengenai SofaX dan khidmat yang ditawarkan, layari laman web rasmi  mereka di https://www.sofax.com/. - Getaran, 28 Oktober 2023

Foto : SofaX

Isu Pada

Atilia Cinta Sampai Mati 4 Nov

04 Nov 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini