web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bersantai Di Hotel Milik Rakyat Malaysia, M Resort & Hotel Kuala Lumpur 

Sehingga hujung November ini, tetamu berpeluang memenangi iPhone 15 Pro dan Apple Watch Siri 9 apabila menyertai promosi eksklusif ‘Stay and Win’

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2023 3:57PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tak kenal, maka tak cinta. Jadi, sebelum anda membuat sebarang kesimpulan dengan nama-nama baharu dalam industri perhotelan, adalah lebih baik anda mencari maklumat yang tepat. Boleh baca ulasan dalam talian, tetapi ia tidak boleh dipercayai 100 peratus.

Lobi hotel
Lobi hotel

Cara terbaik adalah dengan mengutip pengalaman sendiri. Jika anda merancang bercuti ke Kuala Lumpur atau sengaja mahu berehat di hotel pada hujung minggu, cubalah menginap di M Resort & Hotel Kuala Lumpur yang terletak di kawasan hijau Damansara dan berdekatan dengan salah satu kawasan hijau yang terkenal di Lembah Klang, Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA).

Abjad ‘M’ yang menjadi huruf pertama jenama hotel ini melambangkan Malaysia dan sebagai tanda menghargai lokasinya yang tersendiri serta sumber semula jadinya yang banyak. Paling membanggakan, ia merupakan jenama tempatan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia dan dikendalikan oleh rakyat tempatan, dengan kira-kira 250 pekerja yang bersemangat untuk memberikan servis terbaik.

Sebagai salah satu hotel peranginan bertaraf lima bintang yang baharu, hotel ini mahu dikenali sebagai destinasi gaya hidup sehenti. Menawarkan 385 bilik yang terdiri daripada bilik standard, superior, deluxe dan suite eksekutif, setiap bilik ini tampil dengan dekorasi moden dan susun atur yang menawan.

Suit eksekutif
Suit eksekutif

Bahkan, ia turut mempunyai kemudahan mesyuarat, persidangan atau acara gaya hidup berkeluasan 5,000 meter persegi yang dilengkapi dengan teknologi canggih demi kelancaran acara. 

Lain-lain fasiliti termasuklah spa, pusat kecergasan, kolam renang lengkap dengan gelongsor air dan Kids' Club, restoran yang beroperasi sepanjang hari, bar serta ruang rehat. KGPA yang mempunyai padang golf 27 lubang pula boleh dijejaki hanya dengan berjalan kaki. 

Kids' Club
Kids' Club

Diilhamkan untuk menjadi sebuah persinggahan yang ideal untuk tetamu kelas perniagaan dan pengembara percutian, M Resort & Hotel Kuala Lumpur mempunyai segala-galanya di bawah satu bumbung. Setiap perincian direka bentuk untuk memudahkan penciptaan detik-detik yang tidak dapat dilupakan. 

Peluang Memenangi Hadiah iPhone 15 Pro Dan Apple Watch Siri 9 

Sempena meraikan ulang tahun pertama pembukaannya, M Resort & Hotel Kuala Lumpur teruja untuk berkongsi kegembiraan dan kejayaan dengan tetamu hotel yang memberikan sokongan dengan menganjurkan promosi eksklusif Stay and Win.

Menerusi promosi ini, tetamu berpeluang memenangi iPhone 15 Pro (bernilai RM5,999) dan Apple Watch Siri 9 (bernilai RM1899) yang menjadi idaman ramai. Hadiah yang dijanjikan ini boleh direbut pada setiap minggu bermula 22 Oktober sehingga 30 November hadapan . Pakej penginapan berharga dari RM420 bersih semalam, termasuk sarapan pagi.

Tawaran Stay and Win ini merangkumi intipati komitmen hotel untuk menyediakan pengalaman yang luar biasa untuk setiap tetamu.  Untuk mengambil bahagian, langkah pertama yang harus anda lakukan ialah menempah penginapan anda di M Resort & Hotel Kuala Lumpur. 

Kemudian layari laman sesawang rasmi hotel, www.mresort-hotel.com.my untuk mengetahui terma dan syarat yang lengkap. Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dan maklumat terkini melalui akaun media sosial mereka, @mresortandhotelkl (Instagram), dan @MResortandHotelKL (Aplikasi X). - Getaran, 28 Oktober 2023

Isu Pada

Atilia Cinta Sampai Mati 4 Nov

04 Nov 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini