Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Filem Menarik Di Netflix

Filem yang disenaraikan ini bukanlah daripada penyenaraian baharu semata-mata, namun ia masih berbaloi untuk ditonton

TARA Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2023 11:35AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk mencuri masa menonton pelbagai pilihan filem yang diminati, sama ada ke pawagam bersama teman-teman, atau secara santai di rumah. 

Dengan pelbagai platform penstriman yang ada ketika ini, anda hanya perlukan data internet untuk berhibur. Berikut adalah lima filem yang menarik untuk ditonton di platform Netflix.

1. Fair Play

Foto : Netflix

Fair Play merupakan filem thriller psikologi yang ditulis dan diarahkan oleh Chloe Domont, yang juga hasil sulung arahannya. Dibintangi oleh Phoebe Dynevor, Alden Ehrenreich, Eddie Marsan, dan Rich Sommer, ia mengisahkan tentang pasangan muda yang hubungannya menjadi retak apabila seorang daripada mereka mendapatkan kenaikan pangkat yang tidak terduga.

Lihat sendiri bagaimana ketidakadilan gender dan konflik dalam lingkungan kerja yang kompetitif, dengan wang dan iri hati menjadi tema utama. Emily Meyers dan Luke Edmunds, masing-masing merupakan penganalisis di One Crest Capital.

Kedua-duanya menjalinkan hubungan cinta, namun merahsiakannya daripada rakan-rakan sekerja. Luke melamar Emily semasa majlis perkahwinan abangnya, dan lamaran itu diterima dengan senang hati oleh Emily. 

Keesokan harinya di tempat kerja, seorang pengurus portfolio syarikat dipecat. Emily terdengar rakan sekerjanya menyebut bahawa Luke sedang dipertimbangkan sebagai pengganti, dan dia berkongsi khabar gembira itu kepada Luke serta meraikannya bersama-sama. 

Bagaimanapun perkara sebaliknya berlaku apabila Emily yang dilantik oleh Ketua Pegawai Eksekutif firma itu.  Apabila Emily memulakan tugas baharunya, kebencian Luke mula terserlah sehingga menimbulkan banyak konflik. 

2. The Village

Foto : Netflix

The Village ialah filem terbaharu di Netflix dari Jepun. Ia dilabelkan sebagai cerita yang mempunyai rating 16+ dan amaran keganasan. Bagaimanapun, plot dan elemen genre sebenar lebih dekat dengan jenayah dan thriller.

Filem ini turut dikategorikan sebagai drama. Mungkin kerana peralihan dari satu plot ke plot berjalan sangat perlahan. Walaupun ia tidak ‘berdarah’ dan ganas seperti siri jenayah, thriller, seram yang lain, namun The Village mampu membuatkan penonton berasa ‘seram-sejuk’ untuk babak-babak tertentu.

Ia mengisahkan tentang Yu Katayama (Ryûsei Yokohama) sebagai watak utama. Dia seorang pemuda yang tinggal di kampung yang terpencil tetapi memiliki kecantikan luar biasa. Kampung yang dinamakan Kamonmura ini, biarpun kecil, namun nampaknya hampir mustahil untuk seseorang melarikan diri daripadanya. Sekurang-kurangnya untuk Yu.

Yu telah tinggal di Kamonmura semenjak lahir, dan masa lalunya (atau lebih tepat keluarganya) membuatkan dia terperangkap di sana. Kehidupan yang dilalui Yu tidak sama dengan orang lain kerana dia adalah mangsa yang dibuli dan dipukul setiap hari.

3. The Perfect Storm

Foto : IMDb

Perfect Storm dibuat berdasarkan kisah benar tentang kehilangan kapal nelayan Andrea Gail. Kapal penangkap ikan tersebut karam di tengah laut setelah bertembung dengan ribut taufan pada tahun 1991.

Perfect Storm dibintangi oleh nama-nama besar Hollywood seperti George Clooney yang berperanan sebagai Kapten Billy Tyne  dan Mark Wahlberg sebagai kru kapal bernama Bobby Shatford. 

Pada mulanya Andrea Gail berlayar dari Gloucester pada Oktober 1991 menuju Grand Banks dengan enam kru termasuk kapten kapal.  Mereka kemudian memutuskan untuk pergi mencari ikan di Flemish Cap. Ini kerana hasil tangkapan mereka di Grand Banks tidak begitu memuaskan.

Ketika berada di Flemish Cap tangkapan mereka ternyata cukup lumayan hinggalah kemudiannya mereka memutuskan untuk pulang. Di saat inilah mereka bertemu dengan cuaca buruk - Hurricane Grace yang kemudian bergabung dengan badai lain dan digelar sebagai The Perfect Storm.

Digambarkan dalam ini, taufan tersebut menghasilkan gelombang setinggi hampir 30 meter dan menghempas kapal Andrea Gail ke tengah laut.

4. Awake

Foto : Netflix

Histeria global berlaku selepas malapetaka misteri menghapuskan semua fungsi alatan elektronik dan menghilangkan keupayaan manusia untuk tidur. Para saintis berlumba-lumba melawan masa untuk mencari penawar bagi insomnia yang tidak dapat dijelaskan sebelum kesan mautnya menghapuskan populasi manusia. 

Apabila Jill, seorang bekas tentera, mendapati anak perempuannya, Matilda mungkin menjadi penyelamat, kerana boleh tidur seperti biasa, Jill mesti memutuskan sama ada untuk melindungi anak-anaknya dalam apa jua keadaan atau mengorbankan segala-galanya untuk menyelamatkan dunia.

Situasi menjadi tegang dan semakin tidak terkawal apabila rahsia Matilda mula tersebar luas dan banyak pihak mahu mendapatkan Matilda untuk dijadikan bahan ujikaji. Saksikan bagaimana seorang ibu harus bergelut melindungi keluarga kecilnya. 

5. The Devil All The Time

Foto : Netlix

Menemui penonton sejak tahun 2020, The Devil All The Timer merupakan filem yang diangkat daripada novel berjudul sama. Filem ini dibintangi barisan bintang ternama Hollywood seperti Haley Bennett, Tom Holland, Robert Pattinson dan Sebastian Stan.

Mengambil latar belakang Perang Dunia Kedua dan Perang Vietnam, ia mengangkat kisah seorang pemuda bernama Arvin Russell (Tom Holland) di kota Knockemstiff, Ohio. Meskipun tidak semua karakter yang ada di dalam filem ini mengenali antara satu sama lain, namun mereka akhirnya saling terkait apabila tragedi menimpa.

Arvin mulai menjauh dari Tuhan dan hanyut dalam kegelapan setelah mendapat hadiah sepucuk pistol daripada ayahnya di hari ulang tahun. Dia kemudian mendapati dirinya dikelilingi pelbagai karakter yang misteri, mulai daripada seorang paderi yang berpura-pura baik (Robert Pattinson), dua sejoli berwatak buruk (Jason Clarke dan Riley Keough), dan ketua polis tempatan (Sebastian Stan).

Tak hanya perlu berurusan dengan mereka, Arvin juga harus berusaha melawan kekuatan jahat yang mengancam dirinya dan keluarga. Secara ringkasnya, filem ini mengajak penonton untuk sama-sama berfikir dan menilai pertempuran antara keadilan dan kejahatan. - Getaran, 22 Oktober 2023

Isu Pada

Kanser Payudara Bukan Pengakhiran Hidup 21

21 Oct 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

2

Filem & TV 1 bulan yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

3

Filem & TV 3 bulan yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

4

Luar Negara 3 bulan yang lalu

WGS 2024: Shah Rukh Khan Bawa Inovasi Teknologi Dalam Industri Filem India

Sorotan

1

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

2

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

3

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

4

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

5

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

6

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'