web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


6 Lokasi Mendaki Terbaik Selangor, Jangan Lupa Istana Jugra!

Sempena sambutan hari Geodiversiti, penulis berkongsi enam kawasan mendaki terbaik di Selangor untuk anda terokai

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2023 12:59PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selangor terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan menawarkan pelbagai khazanah tersembunyi. Jika anda bercadang untuk menikmati keindahan hutan di Selangor, apa kata rancang perjalanan untuk mendaki beberapa gunung yang ada di sekitar negeri ini.

Sempena sambutan hari Geodiversiti, penulis berkongsi enam kawasan mendaki terbaik di Selangor untuk anda terokai dan telah diluluskan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Laluan dan trek semua lokasi ini dengan landskap semula jadi menjanjikan pengalaman mendaki yang tidak dapat dilupakan. 

 Gunung Nuang, Hulu Langat
Gunung Nuang, Hulu Langat

Terkenal dengan keindahan alam semula jadi, Hulu Langat antara lokasi yang sesuai buat anda jika ingin melarikan diri dari kesibukan kota. Berketinggian kira-kira 1,439 meter, Gunung Nuang adalah puncak tertinggi di Selangor dan bersempadan dengan Pahang. 

Gunung ini ialah antara lokasi mendaki kegemaran dan disenaraikan sebagai geotapak di bawah Gombak Hulu Langat Geopark. Ada yang mendaki Gunung Nuang dalam masa satu hari dan ada juga yang bermalam di sana. Hutannya memiliki tanah yang subur, air terjun dan pelbagai flora serta fauna.

 Bukit Kutu, Hulu Selangor
Bukit Kutu, Hulu Selangor

Bukit Kutu memiliki sejarah tersendiri dengan laluan mendaki sepanjang 6.5 km. Penulis sendiri pernah mendakinya suatu ketika dahulu dan apa yang boleh disimpulkan, ia tidak terlalu tinggi dan mencabar namun perjalanannya agak jauh. Laluan Bukit Kutu akan membawa anda meredah hutan tebal dan sungai. 

Aktiviti pendakian di sini akan memakan masa selama dua hingga tiga jam untuk sampai ke puncak setinggi 1,053 meter. Antara keunikan Bukit Kutu ialah runtuhan peninggalan stesen pemantauan tentera British. 

Bukit Batu Pahat, Hulu Selangor
Bukit Batu Pahat, Hulu Selangor

Terletak berhampiran Kuala Kubu Bharu, Bukit Batu Pahat ialah kawasan pendakian yang agak popular dalam kalangan penduduk Hulu Selangor dan ia tidak memerlukan permit atau sebarang bayaran. 

Berketinggian 426 meter dari paras laut, secara purata ia mengambil masa satu hingga dua jam untuk sampai ke puncak. Menariknya lokasi ini, ia juga adalah kawasan berlepas untuk aktiviti luncur udara. 

Anda berpeluang untuk menyaksikan sebilangan peluncur udara melakukan aktiviti tersebut di puncak Bukit Batu Pahat. Mereka yang berminat untuk melakukan aktiviti luncur udara ini boleh membuat tempahan melalui Taman Paragliding KKB (CloudBase).

 Bukit Jugra , Kuala Langat
Bukit Jugra , Kuala Langat

Bukit Jugra merupakan nama yang tidak asing lagi di Selangor. Pada era 1800an, ia adalah Kota Diraja Selangor dan kekal menjadi tumpuan ramai hingga hari ini. Bukit Jugra berketinggian kira-kira 3.7 kilometer dan kepada yang baru berjinak-jinak dalam dunia pendakian, suka untuk diingatkan bahawa laluan mendakinya agak mencabar.

Kawasan di sekitar Bukit Jugra dikelilingi hutan simpan kekal dan menariknya, terdapat sebuah rumah api yang membolehkan anda melihat Selat Melaka. Aktiviti mendaki di sini mengambil masa kira-kira satu hingga satu setengah jam untuk sampai ke puncak bukit. Selepas mendaki, anda turut berpeluang berkunjung ke Istana Bandar Jugra, Muzium Insitu Jugra dan Masjid Sultan Alaeddin.

Bukit Broga , Hulu Langat
Bukit Broga , Hulu Langat

Mengambil masa satu jam dari Kuala Lumpur, Bukit Broga ialah tapak pendakian yang sesuai untuk aktiviti bersama keluarga.

Laluannya tidak terlalu sukar dan anda boleh menikmati pemandangan yang indah dari puncak Bukit Broga setinggi 400 meter. 

Kebiasaanya aktiviti pendakian di sini bermula awal pagi untuk menyaksikan pemandangan matahari terbit di puncak tersebut.

 Taman Eko Rimba Kanching, Gombak
Taman Eko Rimba Kanching, Gombak

Taman Eko Rimba Kanching adalah sebuah Hutan Lipur yang popular dengan air terjun dan terletak di bawah Rawang Bypass. Memiliki tujuh tingkat air terjun, kawasan ini dikelilingi hutan lipur berketinggian 208 meter.

Laluannya agak mudah tetapi struktur tanahnya agak curam dan licin. 

Apa kata rancang perjalanan anda untuk mengunjungi keenam-enam lokasi di atas dan menyelami kelestarian alam sekitar serta mengenali tinggalan sejarah dan budaya di Selangor. - Getaran, 14 Oktober 2023

Sumber Foto: Tourism Selangor

Isu Pada

Kanser Payudara Bukan Pengakhiran Hidup 21

21 Oct 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini