Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Perjalanan Gastronomi Seluruh Dunia Di ‘Pavilion Feast’, Ayuh Jamu Selera!

Menjamu selera di Pavilion Kuala Lumpur tidak semestinya mahal, masih ada pilihan mampu beli untuk semua

TARA Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2023 9:32AM

Pavilion Kuala Lumpur menawarkan pelbagai menu untuk semua peringkat masyarakat. gambar Nooreeza Hashim

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Destinasi membeli-belah utama Malaysia, Pavilion Kuala Lumpur kini sedang meraikan ulang tahunnya yang ke-15 dengan festival kulinari untuk menyerlahkan pelbagai jenis masakan, perisa dan pengalaman menjamu selera yang menggembirakan.

Acara yang dinamakan 'Pavilion Feast'  ini sedang berlangsung sehingga 30 September. Ia bukan sahaja mengajak pengunjung untuk menjamu selera, malah ada promosi makanan dan acara menarik yang melibatkan lebih seratus penyewa makanan dan minuman di Pavilion KL.

Pavilion Feast ialah satu cara untuk pusat membeli-belah itu menunjukkan rasa cintanya kepada pembeli dengan menawarkan pelbagai pilihan makanan yang lazat untuk dinikmati. Sama ada anda sedang mencari hidangan popular tempatan atau antarabangsa, segalanya ada di sini. Daripada pencuci mulut yang memikat selera sehinggalah kepada makanan ringan yang lazat.

Mengenai harga, anda jangan risau. Memanglah pusat beli-belah ini terkenal sebagai pusat beli-belah ‘atasan’ kerana  menghimpunkan pelbagai jenama mewah, tetapi percayalah, masih ada pilihan yang sesuai dengan bajet ‘orang biasa-biasa’.

Untuk yang tertanya-tanya atau tidak biasa berkunjung ke Pavilion KL, berikut Getaran senaraikan beberapa lokasi selera mesra muslim yang boleh anda kunjungi apabila ke sini. Restoran atau tempat yang dicadangkan ini tidaklah terlalu membebankan poket.

Al Halabi Gourmet Restaurant menawarkan pelbagai menu bagi penggemar makanan Asia Barat
Al Halabi Gourmet Restaurant menawarkan pelbagai menu bagi penggemar makanan Asia Barat

1. Al Halabi Gourmet Restaurant, Lot 7.01.06, Level 7, Dining Loft

Jika anda penggemar makanan Arab, Al Halabi Gourmet Restaurant sangat sesuai untuk menjamu selera bersama keluarga, teman-teman serta makan malam romantis untuk dua orang. Dengan hiasan dan rekaan dalam yang menarik, anda bagaikan dibawa mengembara ke negara-negara di Asia Barat.

Dari segi menu, anda boleh memilih pelbagai jenis makanan tradisi Arab yang menyelerakan. Malah terdapat juga pilihan menu antarabangsa. Kebanyakan hidangan di sini dibawa dari Lubnan & Syria, dan percayalah anda akan mengambil masa untuk membuat pilihan. 

Antara sajian untuk pelanggan Al Halabi Gourmet Restaurant. Gambar Nooreeza Hashim
Antara sajian untuk pelanggan Al Halabi Gourmet Restaurant. Gambar Nooreeza Hashim

Kerana apa? Kerana ada banyak hidangan yang tersedia di daftar menu. Diasaskan oleh orang hebat di sebalik kejayaan Restoran Tarbush yang terkenal, konsep baharu restoran gourmet ini menjamin kelainan rasa gastronomi dan sentuhan rasa moden masakan tradisional Arab.

Menu yang ditawarkan kepada pelanggan Oppadak. Gambar Nooreeza Hashim
Menu yang ditawarkan kepada pelanggan Oppadak. Gambar Nooreeza Hashim

2. Oppadak, Lot 7.01.01, Level 7, Dining Loft

Restoran ini tidak perlu diperkenalkan lagi kepada penggemar makanan Korea. Nama ‘Oppadak’ ialah variasi pendek untuk ‘Ayam Oven eh Bbajeen’ bermaksud ayam yang jatuh di dalam oven.

Ayam OPPADAK kurang lemak trans, karbohidrat, natrium dan kalori kerana ia tidak menggunakan walau setitis minyak semasa proses memasak. Jadi, sesuailah untuk anda yang sedang cuba menurunkan berat badan dan mengawal pengambilan kalori. 

Hidangan ayam antara tarikan di Oppadak. Gambar Nooreeza Hashim
Hidangan ayam antara tarikan di Oppadak. Gambar Nooreeza Hashim

Pemilik rangkaian restoran ini, ETANG Corporation telah memberi tumpuan untuk menyediakan ayam yang lebih sihat kepada pelanggan, di mana pasukan R&D bekerja siang & malam untuk menghasilkan teknologi baharu membakar ayam  tanpa menggunakan minyak. Namun, ia masih berupaya  memaksimumkan kelembapan, kerangupan dan rasa. 

Antara menu yang mesti anda cuba di sini ialah Cheese Platter Chicken, Creamy Chicken Bowl, Spicy Dalgabi Noodle, Kimchi Ramen, Kimchi Bimbimbap dan seleksi menu terbaharu yang menyaksikan mereka menggabungkan hidangan ayam mereka dengan bertih jagung jenama Eureka. 

Laem Chareon Thai Restaurant turut membuka cawangannya di Pavilion Kuala Lumpur. gambar Nooreeza Hashim
Laem Chareon Thai Restaurant turut membuka cawangannya di Pavilion Kuala Lumpur. gambar Nooreeza Hashim

3. Laem Charoen Thai Seafood, Lot 1.18.02, Level 1, Gourmet Emporium

Restoran makanan laut popular dan mempunyai banyak cawangan di Thailand ini telah dibuka di Pavilion Kuala Lumpur. Jika anda pernah menjamu selera di sini pasti anda tahu tentang hidangan istimewa di sini iaitu ikan siakap goreng yang dimasak dengan sos ikan sehingga garing dan keemasan. 

Ia adalah hidangan ringkas, penuh dengan rasa dan dimasak dari hati menggunakan hanya bahan-bahan segar yang tersedia dengan rasa gaya Thai dan teknik memasak yang sempurna. Kelazatan ikannya membuatkan anda terleka, apatah lagi tulang ikan ini juga boleh dimakan begitu sahaja kerana lembut dan rangup. 

Sebahagian menu yang menjadi pilihan pelanggan. gambar Nooreeza Hashim
Sebahagian menu yang menjadi pilihan pelanggan. gambar Nooreeza Hashim

Menjamu selera di sini bagaikan membawa anda terbang ke negara Gajah Putih yang sememangnya dekat di hati rakyat Malaysia. Ada lebih 100 menu makanan laut yang boleh anda pesan. Tentang harga, ia sesuai dengan kualiti makanan dan harga makanan laut di Malaysia.

4. Madam Croffle, Lot P1.11.04, Level 1

Kalau mahu menu yang ringan-ringan, boleh ke Madam Croffle. Croffles pertama kali dipopularkan di Seoul sebelum tersebar ke seluruh dunia. Madam Croffle yang menawarkan pelbagai jenis menu kacukan croissant-waffle ini menyediakan pelbagai jenis topping yang lazat berperisa. 

Madam Croffle yang menawarkan pelbagai jenis menu kacukan croissant-waffle. gambar Nooreeza Hashim
Madam Croffle yang menawarkan pelbagai jenis menu kacukan croissant-waffle. gambar Nooreeza Hashim

Pencuci mulut kegemaran Korea, bingsu, juga tersedia untuk membasahkan tekak dengan sesuatu yang sejuk dan menyelerakan. 

5. Yu Yan, Lot 7.100.00, Level 7, Pavilion Elite

Lokasi ini cukup sempurna untuk anda sudahi hari yang panjang selepas membeli-belah dan menjamu selera dengan pelbagai makanan berat. Mengapa begitu? Kerana ia menawarkan pengalaman minum teh yang mengasyikkan.

Seleksi teh yang dijual di sini berasal dari China, dan dikilangkan di Kilang Teh Yu Yan yang diasaskan pada tahun 1904 dan kini terletak di Wuyishan City. 

Pelanggan diberi penerangan mengenai teh yang dijual. gambar Nooreeza Hashim
Pelanggan diberi penerangan mengenai teh yang dijual. gambar Nooreeza Hashim

Sebaik melangkah masuk, anda akan disambut mesra oleh petugas kedai yang sedia mencadangkan jenis teh yang sesuai dengan selera dan kehendak. Jangan malu-malu untuk bertanya tentang fungsi setiap teh yang ada. 

Anda juga boleh membeli pakej sesi minum teh yang memberi peluang untuk anda menikmati teh sambil mempelajari kebaikannya kepada tubuh badan. 

Kedai teh ini mempromosikan tiga jenis teh utama, iaitu Wuyi Rock Tea, Jianyang White Tea, and Tong Mu Guan Black Tea.

Pavilion Feast Mooncake

Penggemar kuih bulan jangan lupa singgah ke Pavilion Feast Mooncake yan kini sedang berlangsung di Aras 3, Pavilion KL. Ia menampilkan 25 jenama dari hotel lima bintang, restoran ikonik, penjual kuih bulan terkenal dan jenama teh seperti Pavilion Hotel, Banyan Tree, Le Meridien Petaling Jaya, EQ Hotel, Le Meridien Kuala Lumpur, W Hotels, Grand Harbour, Tip Top Durian, Grand Imperial, Kakiyuki, dan banyak lagi.

Pelbagai jenis kuih bulan ditawarkan sepanjang Pavilion Feast Mooncake. Gambar Nooreeza Hashim
Pelbagai jenis kuih bulan ditawarkan sepanjang Pavilion Feast Mooncake. Gambar Nooreeza Hashim

Untuk cadangan menjamu selera dan maklumat tentang 'Pavilion Feast', layari laman web di www.pavilion-kl.com atau semak kemas kini di halaman Facebook Pavilion Kuala Lumpur atau akaun Instagram.  - Getaran, 23 September 2023

Isu Pada

Resipi Berzaman Lahirkan Perpaduan

16 Sep 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Ikan Bakar Nasi Putih Menu Pilihan Anwar Di Medan Selera Cyberjaya

2

TARA 1 tahun yang lalu

Raikan Warna-Warni  Deepavali di 4 Pusat Beli Belah Sekitar Lembah Klang

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Festival Filem China 2022 Tingkat Hubungan Malaysia-China Melalui Industri Perfileman

4

Selera 3 tahun yang lalu

Rasai Suasana Pandu Dan Jamu Selera di Lapangan Terbang

Sorotan

1

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

2

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

3

Agong Berkenan Hadir Rumah Terbuka KM Melaka

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat