Berita Terkini

18 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Raikan Warna-Warni  Deepavali di 4 Pusat Beli Belah Sekitar Lembah Klang

Sebagai tanda kebersamaan, rakyat Malaysia yang berbilang kaum boleh mengunjungi pusat beli-belah berikut untuk meraikan perayaan Deepavali dengan pelbagai acara dan tawaran menarik.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2022 2:00PM

Da Men USJ - Gambar Pavilion Kuala Lumpur Marketing Team

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hujung minggu ini, kaum India akan meraikan ‘pesta cahaya’ atau Deepavali dengan penuh warna-warni selepas dua tahun tidak dapat menyambutnya secara normal. Bagi memeriahkan suasana sambutan, banyak  pusat beli-belah turut mendedikasikan dekorasi indah bagi memeriahkan suasana. Tidak ketinggalan, aktiviti dan tawaran beli-belah yang menarik.

Sebagai tanda kebersamaan, rakyat Malaysia yang berbilang kaum boleh mengunjungi pusat beli-belah berikut untuk menghangatkan suasana perayaan. Boleh hiburkan hati dengan pelbagai aktiviti dan tawaran menarik bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Jika tidak mahu berbelanja sakan pun, anda boleh merakam memori berlatar belakangkan hiasan Deepavali yang memukau.

Berikut adalah pusat beli-belah yang tidak rugi dikunjungi sempena Deepavali ini.

Gambar Pavilion Kuala Lumpur Marketing Team
Gambar Pavilion Kuala Lumpur Marketing Team

1) Pavilion Bukit Jalil 

Mulai sekarang hingga 31 Oktober 2022, Pavilion Bukit Jalil mempersembahkan ‘Deepavali Harmoni’, festival yang mengalu-alukan pengunjung untuk meraikan pesta cahaya. Di sini pengunjung boleh menjamu mata dengan ‘kolam’ yang meriah dan berwarna-warni, menyaksikan pelbagai persembahan kebudayaan dan pertunjukan fesyen yang menarik bersama tawaran penebusan membeli-belah yang harmoni dan banyak lagi.

Gambar Pavilion Kuala Lumpur Marketing Team
Gambar Pavilion Kuala Lumpur Marketing Team

Jejaki kolam 3D teratai indah yang diilhamkan di pintu masuk utama, aras 3 yang mempersembahkan seekor merak gergasi setinggi 15 kaki yang sempurna dan Insta-worthy. Manakala di aras 5, zon merah jambu, pengunjung akan disambut dengan kolam yang direka oleh Kolam Master, Ruben Prakash. Tidak kalah dengan sang merak, kolam ini juga tampil menawan dan cukup rumit untuk direalisasikan.

Gambar Pavilion Kuala Lumpur Marketing Team
Gambar Pavilion Kuala Lumpur Marketing Team

Memperkukuh kedudukannya sebagai pusat acara dan perayaan yang menarik, pengunjung juga  boleh meneroka beberapa lagi kolam yang ditempatkan di pintu masuk, aras 2 dan pintu masuk Piazza, aras 3. Hiasan kolam-kolam ini disiapkan oleh lebih 100 pelajar dari INTI Centre of Art & Design (ICAD) dalam masa dua hari. 

Sila layari www.pavilion-bukitjalil.com/ untuk maklumat lanjut tentang acara dan promosi yang sedang berlangsung.

Gambar Pavilion Kuala Lumpur Marketing Team
Gambar Pavilion Kuala Lumpur Marketing Team

2) Pavilion Kuala Lumpur

Tahun ini, Pavilion Kuala Lumpur, mempersembahkan 'Majestic Deepavali'  dengan hiasan mewah, persembahan, aktiviti dan ganjaran membeli-belah! Tarikan utamanya sudah pastilah hiasan gajah yang dan kolam berwarna-warni yang menerangi air pancut kristal yang ikonik. 

Untuk makluman anda, mengikut agama Hindu, gajah adalah simbol suci keamanan, kekuatan mental, dan kuasa, manakala kolam menandakan keberuntungan dan nasib baik. Diinspirasikan oleh reka bentuk sari yang menakjubkan, pusat membeli-belah ini dihiasi dengan bunga-bunga berwarna terang yang diinspirasikan daripada warna-warna pelangi.

Gambar Pavilion Kuala Lumpur Marketing Team
Gambar Pavilion Kuala Lumpur Marketing Team

Penuhi hari anda di sini dengan pelbagai aktiviti daripada sesi menjamu selera sehinggalah hiburan terkini. Jika ingin mencari produk-produk penjagaan diri, anda boleh mendapatkan produk rawatan badan dan mandian bertema Deepavali daripada LUSH, dan dapatkan bauan istimewa anda daripada Amouage.

Untuk penampilan yang berseri dan bergemerlapan, dapatkan koleksi kristal rona emas daripada Swarovski. Lelah berjalan dari satu tingkat ke satu tingkat, lepaskan lelah seketika dengan menonton filem blockbuster terbaharu di Dadi Cinema, dan akhiri hari yang panjang dengan menjamu selera di Royal India atau The Coffee Academïcs.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara dan promosi ‘Majestic Deepavali’ Pavilion KL, pembeli boleh melawat www.pavilion-kl.com

Gambar Pavilion Kuala Lumpur Marketing Team
Gambar Pavilion Kuala Lumpur Marketing Team

3) Da Men USJ

Bagi anda yang tinggal di kejiranan Subang Jaya, apa kata anda kunjungi Da Men USJ untuk melihat sendiri kemeriahan 'Alight With Joy' sempena Deepavali kali ini. Sesuai dengan tema pesta cahaya, pusat membeli-belah itu dihiasi dengan tanglung tradisional India yang melambangkan kejayaan cahaya mengatasi kegelapan, pengetahuan atas kejahilan, dan kebaikan atas kejahatan. 

Atas semangat Keluarga Malaysia, pusat beli-belah komuniti itu juga berbangga mempersembahkan kolam yang menakjubkan dibuat dengan sari dan gelang berwarna-warni dan mengangkat budaya dan fesyen tradisional India yang mewah.

Gambar Pavilion Kuala Lumpur Marketing Team
Gambar Pavilion Kuala Lumpur Marketing Team

Selain itu, banyak juadah dan ganjaran membeli-belah menanti di Bazar Deepavali Da Men USJ. Beli pakaian untuk digayakan pada Deepavali nanti, dapatkan makanan ringan India yang menjadi kegemaran ramai dan serlahkan penampilan perayaan anda dengan seni Henna dan aksesori pada setiap hujung minggu sehingga 23 Oktober. 

Kanak-kanak berumur 4 hingga 15 tahun dijemput hadir mempamerkan bakat mereka untuk memenangi hadiah menarik dengan Deepavali Kids Indian and Belly Dance Competition pada 30 Oktober hadapan.

Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan promosi ‘Alight With Joy’, layari www.damen-mall.com

Gambar Syeda Imran
Gambar Syeda Imran

4) Intermark Mall

Mulakan perjalanan yang penuh dengan budaya dan warisan India dengan 'Ode To Odissi'. Intermark Mall berbangga dapat bekerjasama dengan Temple of Fine Arts untuk memberi penghormatan kepada tarian Odissi, satu bentuk tarian daripada negeri Odisha di pantai timur India. 

Ground Atrium pusat membeli-belah ini dipenuhi dengan warna-warni dan kalungan bunga yang meriah, menghidupkan kaleidoskop warna untuk menceriakan sambutan Deepavali.

Apabila melangkah ke Ground Atrium, pengunjung akan dapat melihat kostum Odissi yang cantik lengkap dengan penutup kepala dan aksesori. Tidak ketinggalan sari Odisha turut dipamerkan bagi memberi peluang kepada pengunjung melihat sendiri warisan tekstil dan seni tenunan yang diinspirasikan daripada teks dan tradisi agama lama. 

Gambar Syeda Imran
Gambar Syeda Imran

Dengan kerjasama pereka fesyen terkenal di peringkat antarabangsa, Carven Ong, Intermark Mall mempersembahkan koleksi yang direka secara eksklusif, mengingatkan kepada kecantikan burung merak dan bakat yang mewah. 

Bagi mereka yang ingin membeli barangan perayaan, bazar Intermark Mall di Ground Atrium menawarkan pilihan aksesori buatan tangan dari HIAS, pakaian perayaan dan aksesori dari Cashmere Creation, biskut lazat daripada Cookies by Yusa dan beg bergaya untuk menyerlahkan penampilan Deepavali anda Hueysybags.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan promosi 'Ode To Odissi' Intermark Mall, lawati www.intermark-mall.com. - Getaran, 22 Oktober 2022

Gambar Syeda Imran
Gambar Syeda Imran

Isu Pada

I'm Ready To Romance - Theebaan G

22 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

TNB Santuni 50 Keluarga Masyarakat India Di Lembah Pantai 

2

Gaya 5 bulan yang lalu

EMAX Beauté Buka 4 Outlet Di Pavilion Bukit Jalil

3

Semasa 5 bulan yang lalu

PM, Isteri Tiba Di Riyadh, Mohon Maaf Tak Dapat Bersama Raikan Deepavali

4

Semasa 5 bulan yang lalu

2.3 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuh Raya Utama Sepanjang Cuti Deepavali - LLM

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan