web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rasai Suasana Pandu Dan Jamu Selera di Lapangan Terbang

‘Park & Dine at the Piazza’ – Tarikan terbaharu KLIA, menjamu selera sambil menikmati keindahan panorama lapangan terbang!

Selera Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2021 11:30AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jom makan! Ia suatu perkara yang kita suka. Lagi-lagi jika ada pemandangan yang indah, bukan? Selepas boleh merentas daerah/negeri nanti, apa kata anda berkunjung ke Park & Dine at the Piazza di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)!

Pengalaman makan sambil melihat kapal terbang  melintas di udara. Satu dalam seribu.

Bermula dari jam 11.30 pagi hingga 9 malam, anda boleh menjamu selera sambil menikmati pemandangan langit KLIA. Bayangkan anda sekeluarga duduk makan semeja, sambil ditemani bunyi-bunyian kapal terbang di udara. Meresapi suasana tropika dan pemandangan yang unik, yang tidak boleh pula didapati di mana-mana lokasi lain.

Caranya mudah. Anda hanya perlu memandu ke Jalan CTA 4B, berhampiran Piazza (berhadapan Sama-Sama Hotel) dan terus meletak kereta di pekarangan ini (parkir adalah percuma). Seterusnya, pesan sajian yang diingini, cari tempat duduk yang tersedia dan nikmati makanan itu tadi. Mudah, bukan?

Park & Dine mengikut patuhan SOP yang ketat
Park & Dine mengikut patuhan SOP yang ketat

Semua sajian Park & Dine at the Piazza disediakan dengan penuh kasih sayang oleh barisan chef profesional dari Sama-Sama Hotel.

Paling istimewa, anda boleh mencuba Kaw Kaw Special oleh Ketua Chef Ahmad Farhan Noorzali dan pasukan kulinarinya. Menu istimewa ini menawarkan seleksi makanan kegemaran tempatan seperti Char Kuey Teow, Mee Rebus Wak Zul, Mee Goreng Mamak dan Mee Sup Bebola Ayam.

Hanya pandu & jamu!

Sementara itu, jika mahukan sajian barat, anda juga boleh memesan sajian Pizza Piazza. Pelbagai jenis piza yang boleh menjadi pilihan seperti Peperoni, Marsala Ayam, Quatro Formaggi dan Margaretta. Uniknya, piza-piza ini dibakar menggunakan ketuhar arang kayu. 

NANGIS! Kaw Kaw Set pula menawarkan set nasi putih bersama pilihan daging bakar seperti ‘Kambing Nangis’, ‘Daging Nangis’ atau ‘Ayam Nangis’. Set ini turut ditemani ulam, timun, sup dan sambal. Jangan ketinggalan mencubanya, kalau tak nanti ‘jangan menangis’!

Sajian-sajian itu tadi tidak sempurna tanpa set Kaw Kaw Sejuk. Set ini menawarkan aneka pencuci mulut seperti ABC Goyang, cendol pulut, teh bebola, teh ais lemon, kopi dan teh.

Pandu & jamu di dalam kereta sendiri
Pandu & jamu di dalam kereta sendiri

Jika mahu menikmati sajian di dalam keselesaan kereta sendiri, anda juga boleh memesan pesanan secara bungkus (take-away) atau pandu lalu (drive-thru). Hanya perlu prapesanan secara telefon atau atas talian di Sama-Sama Hotel.

Semua gambar: SAMA-SAMA HOTEL

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Projek Aerotrain KLIA Dijangka Siap Hujung Januari 2025 – MAHB

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Perkhidmatan ‘Autogate’ Di Pintu Masuk Utama Ditambah Baik - Ruslin

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Tembak Di KLIA: 'Sila Serah Diri Secara Aman' - Polis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Puluhan Ribu Penumpang Dijangka Banjiri Lapangan Terbang Mulai Hari Ini

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi