Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kualiti ‘Military Grade’, Gayakan Siri iPhone 15 Dan Apple Watch 9 Bersama Casetify

Casetify iaitu jenama-jenama global aksesori teknologi telah mengumumkan barisan koleksi terbaharu khas sempena pelancaran Siri iPhone 15 dan Siri Apple Watch 9

TARA Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2023 1:38PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Minggu ini dunia teknologi hangat dengan pendedahan Iphone 15 Pro yang amat dinantikan peminat jenama Apple. Beberapa penambahbaikan terhadap speksifikasi yang ditawarkan dan penggunaan bahan titanium gred aeroangkasa berjaya mencuri perhatian orang ramai. Namun bagaimana pula dengan aksesorinya?

 Ultra Bounce Case sebagai aksesori utama pelindung kamera
Ultra Bounce Case sebagai aksesori utama pelindung kamera

Jadi Casetify iaitu jenama global aksesori teknologi baru-baru ini telah mengumumkan barisan koleksi terbaharu khas sempena pelancaran Siri iPhone 15 dan Siri Apple Watch 9. Koleksi ini mengetengahkan Ultra Bounce Case sebagai aksesori utama pelindung kamera dengan tahap kualiti serta ketahanan yang lebih padu.

Ini termasuklah dua produk baharunya yang lain iaitu sarung telefon Impact Ring Stand dan Impact Band untuk Siri Apple Watch 9. Koleksi ini merupakan pelengkap bagi pengguna siri iphone 15 dan menjanjikan kualiti yang lebih baik daripada koleksi sebelumnya. 

Sebelum ini, aksesori untuk iphone 14  dilaporkan tidak begitu tahan lama dan mudah retak apabila terhentak.

 Ultra Bounce Case dapat menahan hentakan yang kuat jika telefon anda terjatuh dari ketinggian sehingga 10 meter
Ultra Bounce Case dapat menahan hentakan yang kuat jika telefon anda terjatuh dari ketinggian sehingga 10 meter

Bagi sarung telefon Ultra Bounce Case, ia menawarkan perlindungan tanpa mengetepikan nilai personaliti telefon itu sendiri untuk anda menggayakan teknologi Apple tersebut dengan tenang. 

Direka dengan kejuruteraan EcoShock, aksesori ini memiliki penarafan 10 kali ganda ‘military grade, jadi ia mampu menahan impak yang kuat jika telefon anda terjatuh dari ketinggian sehingga 10 meter (32.8 kaki). 

Ring Stand Cas, cincin kamera ikonik yang dipasangkan di bahagian belakang telefon
Ring Stand Cas, cincin kamera ikonik yang dipasangkan di bahagian belakang telefon

Untuk aksesori Ring Stand Cas, mereka yang suka gemar menonton filem seperti Netflix di telefon atau penstrim permainan dalam talian, aksesori ini wajib dimiliki sebagai komponen tambahan yang memudahkan mereka. 

Malah, aksesori cincin kamera ikonik jenama ini mempunyai fungsi yang berganda dan bukan setakat menjadikan ia sebagai kaki atau alat mendirikan telefon.

Dengan dua rekaan baharu MagSafe yang disesuaikan dengan sarung telefon Siri iPhone 15, pelanggan ditawarkan dengan pelbagai corak dan cetakan malah anda juga boleh customize cetakan aksesori ini dengan perkhidmatan bersama Customisation Studio. 

 Corak dan cetakan sarung yang boleh di customize mengikut cita rasa pengguna
Corak dan cetakan sarung yang boleh di customize mengikut cita rasa pengguna

Ia membolehkan pembeli menentukan jenis cetakan sarung telefon dimahukan mengikut gaya personaliti dan citarasa masing-masing. Sarung Telefon Ultra Bounce Case akan dijual pada harga AS$110 (RM515), manakala Impact Ring Stand Case berharga AS$80 (RM374), dan kedua-duanya hadir dengan varian warna hitam. 

Bounce Band warna pasir agak menarik perhatian pengguna i-watch yang lain
Bounce Band warna pasir agak menarik perhatian pengguna i-watch yang lain

Buat pemakai jam pintar i-watch, Apple menawarkan Bounce Band yang diperbuat daripada getah fluoroelastomer FKM. Ia lebih berkualiti, tahan lasak dan sesuai untuk aktiviti luar dengan reka bentuk pengudaraan geometri bagi pengudaraan dan keselesaan yang lebih baik. Bounce Band menawarkan tiga pilihan warna iaitu hitam, jingga dan warna pasir pada harga USD69 (RM136). 

Jadi apa tunggu lagi, rebut peluang untuk mendapat koleksi Casetify terbaharu untuk Siri iPhone 15 dan Siri Apple Watch 9. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang rasmi Casetify untuk melihat lebih banyak produk lagi. - Getaran, 17 September 2023

Sumber Foto: thinkingcap.studio 

Isu Pada

Resipi Berzaman Lahirkan Perpaduan

16 Sep 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 5 bulan yang lalu

5 Sarung Telefon ‘Fancy’ Iphone 15 Dari CASETiFY Patut Anda Guna Sebelum Tamat 2023

Sorotan

1

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

2

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

3

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

4

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

5

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

6

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji