Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pendedahan Rasmi Barisan Iphone 15 Menggegarkan Dunia Teknologi Hari Ini

Siri iPhone 15 yang ditunggu-tunggu peminat Apple boleh dilihat melalui laman rasmi berita Apple Newsroom mulai Rabu

Teknovasi Dikemaskini 7 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Sep 2023 8:43AM

IPhone 15, teknologi yang dinanti.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apple secara rasmi memperkenalkan siri iPhone 15 yang ditunggu-tunggu oleh peminat produk jenama berkenaan melalui laman rasmi beritanya di Apple Newsroom hari ini. 

Ia datang dengan empat pilihan varian iaitu iPhone 15, 15 Plus, 15 Pro dan 15 Pro Max.

Mari kita fokus terus kepada iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max iaitu varian paling mantap dan premium. Ia dilengkapi dengan skrin OLED berukuran 6.2-inci manakala untuk kategori Max pula skrinnya berukuran 6.7 inci OLED dan kedua-duanya menggunakan skrin jenis Dynamic Island dengan paparan ProMotion 120Hz.

Teknologi skrin yang digunakan ialah Super Retina XDR Display, kecerahan puncak 2000 nits dan dilindungi dengan Ceramic Shield dan hadir dengan cip A17 Pro baharu bersama teknologi binaan 3nm. Turut ditawarkan peningkatan prestasi CPU dan GPU yang lebih berkuasa. 

Direka dengan bahan titanium gred aeroangkasa yang kuat lagi ringan, menariknya dua model ini memiliki teknologi pengecasan USB type-C untuk menyokong penghantaran data 10 Gbps.

Bahkan butang mod senyap di bahagian tepi sudah tiada dan digantikan dengan action button yang boleh diubah menjadi shortcut untuk membuka kamera, lampu suluh dan lain-lain.

Masih mengekalkan tetapan trio kamera iaitu 48MP  utama + 12MP ultra lebar + 12MP telephoto, model ini memiliki tetapan baharu pada sensor kameranya yang menawarkan hasil imej yang lebih baik pada keadaan yang tidak terang atau kurang bercahaya.

Ini termasuklah 5x zum optik iaitu 24mm, 28mm dan 35mm dan sensor baharu tersebut turut menyokong rakaman video  Pro Res pada 4K60 dan spatial video.

Ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Natural Titanium, Blue Titanium, White Titanium dan Black Titanium.

Bagi iPhone 15, ia dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.1-inci manakala iPhone 15 Plus pula bersaiz 6.7-inci. Kedua-dua menggunakan skrin yang sama iaitu skrin Dynamic Island dengan kecerahan puncak 2000 nits. Dengan paparan standard 60Hz dan dilindungi Ceramic Shield ia dikuasakan menggunakan cip A16 Bionic yang sama seperti iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max. 

Begitu juga dengan rekaannya sama seperti model sebelumnya tetapi turut hadir dengan pengecasan USB-C namun penghantaran datanya lebih perlahan berbanding model Pro.

Kameranya juga sama iaitu jenis dwi-kamera akan tetapi hadir dengan sensor baharu 48MP utama + 12MP ultra lebar. Keupayaan kamera ini penyokong pelbagai fungsi seperti Smart HDR, Photonic Engine, dan seumpamanya.

Jadi kepada anda yang sudah memasang niat untuk memiliki telefon pintar premium daripada Apple ini, pra tempah akan bermula pada 22 Septermber dan mula tersedia pada 29 September. Berapakah harga yang ditawarkan di Malaysia? Ini harganya:

iPhone 15 Pro RM5,499 (harga permulaan)

iPhone 15 Pro Max RM6,599 (harga permulaan)

iPhone 15 Plus RM4,899 (harga permulaan)

iphone 15 RM4,399 (harga permulaan

Maklumat lanjut klik pautan ini.

Sumber/ Foto: Apple News Room

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian โ€“ JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB โ€“ Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Jelajah 3 jam yang lalu

Patung Lilin Elon Musk Yang Pertama Di Dunia Berada Di Hong Kong

oleh Rahayu MN