web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Menu Ayam Bawang Hajris Buatkan Nasi Kandar Di Restoran Hajris Bistro Surrr!

Popular dalam kalangan warga Cheras dan terdapat hampir 15 jenis lauk nasi kandar disediakan  

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2023 9:05PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nasi Kandar merupakan antara makanan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia sejak sekian lama. 

Juadah signature Pulau Pinang ini dijual dengan begitu meluas di Lembah Klang, malah ada beberapa restoran yang amat terkenal dalam kalangan pencinta nasi kandar.

Kali ini, penulis ingin membawa anda mengenali Restoran Hajris Bistro yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Popular dalam kalangan penduduk setempat, Hajris tidak jauh beza dengan restoran mamak lain, namun ada satu menu di sini yang sering membuatkan pelanggan ketagih dan sentiasa menjadi rebutan iaitu ayam bawang.

Selain ayam bawang, Hajris menawarkan hampir 15 lauk pauk yang perlu dicuba oleh peminat nasi kandar, termasuk ayam goreng, kari kambing, daging masak hitam dan telur sotong.

Kali ini, penulis mengambil ayam bawang Hajris dan telur sotong sebagai lauk utama. Untuk sayur pula, selalunya orang ramai akan mengambil kobis namun penulis lebih gemar menukarnya kepada bendi dan cili hijau. Kuah campur pula wajib banjir, baru ada surrr!

Sebelum terlupa, ada satu lagi elemen tambahan yang perlu diambil untuk menambah keenakan hidangan anda iaitu telur masin dan kelapa goreng.

Sekarang, masa untuk bercakap mengenai ayam bawang Hajris. Beza dengan ayam bawang di restoran lain, versi disediakan Hajris tidak terlalu basah atau terlalu kering. Ada rasa rangup dan juicy apabila digigit, memang amat berlainan dengan di tempat lain.

Sekali pandang, ia kelihatan seperti ayam rempah yang sedikit pedas, lemak dan masin. 

Apabila digabungkan bersama telur sotong goreng kunyit, paduan ini jelas tidak menghampakan, apatah lagi diselang-seli dengan kunyahan cili hijau yang rangup dan segar.

Bagi mereka yang tidak mahu makan nasi, kedua-dua lauk utama ini juga amat sesuai dimakan bersama roti canai, capati dan seumpamanya. Anda cuma perlu memastikan ia dinikmati bersama dua lauk signature ini.

Jika anda tidak gemarkan bendi dan cili hijau, jangan risau. Hajris menawarkan pelbagai pilihan sayur, termasuk peria goreng yang enak dimakan ketika masih panas.

Bercakap soal harga, tidak dinafikan kedua-dua menu ini agak ‘keras’ harganya, sekitar RM20 hingga RM30 tidak termasuk air. 

Walaupun harganya sedikit tinggi, bagi penulis ia masih berbaloi kerana kualitinya setanding dengan harga. Untuk penilaian, penulis berikan ⅘ bintang. Selamat mencuba! - Getaran, 16 September 2023

Sumber foto: Izwan Ramlan

Isu Pada

Resipi Berzaman Lahirkan Perpaduan

16 Sep 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini