Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ikan Pekasam Yang Tidak Dibuang Isi Perut Haram Dimakan, Tapi Baca Dulu Huraian Ini

Ikuti perkongsian dan penerangan lanjut tentang hukum memakan ikan pekasam atau ikan masin yang tidak dibuang isi perutnya

TARA Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2023 1:14PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ikan pekasam bila digoreng enak sungguh jika dimakan bersama nasi panas. Menu yang cukup popular terutamanya di Perak ini dihasilkan menggunakan peraman ikan air tawar bersama beras dan garam kasar selama beberapa hari, bagi menghasilkan rasa masam dan masin. Jika dihasilkan dengan betul dan teliti, ia mampu bertahan lebih lama daripada ikan masin.

Namun ada segelintir pembuat menghasilkan pekasam tanpa membersihkan terlebih dahulu perut ikan berkenaan. Ini menimbulkan persoalan, apakah dibolehkan ikan pekasam yang tidak disucikan ini dimakan oleh masyarakat muslim, memandangkan isi perut tersebut dikategorikan sebagai kotoran?

Menurut Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, ikan yang diproses secara tidak sempurna haram dimakan kerana tidak bersih.

Mazhab Imam Syafi'i mengatakan segala isi perut, tahi dan darahnya adalah tidak halal untuk dimakan.

Betul semua makanan di laut halal dimakan sepertimana firman Allah: 

أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهُ

Maksudnya: “Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut (air), dan makanannya.”

Surah Al-Maidah (96)

Namun jangan sesekali keliru dengan kekotoran yang ada di dalam ikan seperti tahi kerana setiap makanan bukan sahaja berpandu kepada halal, ia perlu disusuli dengan tayyiban yang bermaksud makanan tersebut bersifat baik dan elok. Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا

Maksudnya : “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik”

Surah al-Baqarah (168)

Maka, walau dengan apa cara sekalipun, ikan tersebut perlu dibersihkan dengan sempurna, termasuk mencuci dan membuang segala isi perut. 

Perbahasan mengenai perut ikan ini turut ditekankan oleh pengikut mazhab Syafi’i dalam nukilan Al-Jawahir yang berbunyi:

قَالَ فِي الْجَوَاهِرِ كُلُّ سَمَكٍ مُمَلَّحٍ وَلَمْ يُنْزَعْ مَا فِي جَوْفِهِ فَهُوَ نَجِسٌ.

Maksudnya: “Semua ikan masin yang tidak dikeluarkan segala isi perutnya, maka ia dianggap najis”

Namun berdasarkan konteks ikan ini, ia tertumpu kepada ikan yang bersaiz besar. Untuk ikan kecil yang agak susah untuk dibersihkan, ia masih boleh dimaafkan. Antara contoh mudah ialah ikan bilis yang kebanyakannya dijual dan dimakan tanpa membuang tahi dan isi perut. Ia adalah najis yang dimaafkan dan halal untuk dimakan.

Akan tetapi jangan sesekali anda menyamakan telur ikan walaupun ia berada di dalam perut ikan tersebut. Berbeza dengan tahi dan isi perut, telur ikan halal dimakan dan tidak bercampur dengan darah atau mana-mana kotoran di bahagian tersebut kerana terdapat lapisan penghalang antara najis dan telur yang tidak mungkin akan bercampur.

Tuntasnya, perkara utama yang anda perlu lakukan sebelum memasak ikan adalah dengan membersihkan tahi, darah dan segala isi di dalam perutnya kecuali telur. Ini termasuklah penjual ikan pekasam atau ikan masin bersaiz besar. Pastikan ikan tersebut betul-betul bersih sebelum diproses dan dijual kepada pelanggan. Jika tidak, hukumnya haram dimakan. - Getaran, 9 September 2023

Sumber: Jabatan Mufti Wilayah

Isu Pada

Pesanan Fazley Buat Rakyat Malaysia 9

09 Sep 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 4 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 4 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 4 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 4 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM