Berita Terkini

6 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lembah Gajah Denny Sanford Antara Lokasi Mesti Dikunjungi Peminat Safari

Peminat gajah, safari akan dibawa menyaksikan kehidupan haiwan ini dengan lebih dekat di Lembah Gajah Denny Sanford dan pengunjung pasti membawa balik pengalaman baharu yang menakjubkan. 

TARA Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2023 9:45AM

Projek pemuliharaan gajah dilaksanakan secara menyeluruh di Lembah Gajah Denny Sanford. gambar TripAdvisor

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pusat Hidupan Liar Zoo San Diego menerusi Taman Safari Zoo San Diego, California baru-baru ini mengumumkan pembinaan Lembah Gajah Denny Sanford, iaitu projek pemuliharaan terbesar dalam sejarah 50 tahun penubuhannya. 

Lembah Gajah Denny Sanford serba baharu ini akan memberi pembaharuan kepada taman  berkenaan apabila persekitaran sedia ada diubah suai dengan menampilkan persekitaran berlatarkan elemen safari dan penerokaan bertepatan dengan habitat asal gajah.

Ia juga akan memberi peluang kepada pengunjung tanpa mengira peringkat umur untuk mengenali dengan lebih mendalam haiwan yang semakin pupus ini, hasil pengalaman berkunjung ke lembah ini.

Lakaran artis mengenai Lembah Gajah Denny Sanford.
Lakaran artis mengenai Lembah Gajah Denny Sanford.

Pada masa sama, ia bakal mewujudkan rasa empati dan lebih menghargai spesies haiwan yang hebat ini, sekali gus menambah minat pengunjung terhadap hidupan liar.

Pembinaan lembah ini membolehkan pengunjung melihat gajah dari pelbagai lokasi yang disediakan, termasuk menerusi terowong laluan pejalan kaki. Ia memberi peluang kepada orang ramai untuk menyaksikan aktiviti kawanan ketika bergerak melalui laluan berkenaan.

Pengunjung juga berpeluang mempelajari peranan gajah dalam ekosistem hidupan liar, selain mengenai sistem sosial mereka yang dianggap rumit oleh sesetengah pihak.

Lebih menarik, turut disediakan sebuah rumah persinggahan dua tingkat yang diilhamkan daripada safari di Afrika di tengah-tengah Lembah Gajah ini.  Kediaman ini memberi peluang kepada pengunjung untuk mempelajari dengan lebih lanjut mengenai hidupan liar yang mengagumkan ini.

Lembah Gajah Denny Sanford  bakal dibina menyamai habitat asal gajah.  gambar TripAdvisor
Lembah Gajah Denny Sanford bakal dibina menyamai habitat asal gajah. gambar TripAdvisor

Selain itu, pemilihan tumbuhan yang bakal menghiasi lembah ini juga dilakukan dengan teliti oleh sepasukan pakar hortikultur dan arboris bagi mewujudkan suasana sebenar terutama dari aspek pemandangan, bunyi dan bau padang rumput asli di Afrika. 

Lembah itu sudah pasti akan memberikan pengalaman baharu kepada kawanan gajah, apabila beberapa ciri inovatif turut diperkenalkan selaras dengan keadaan di Afrika yang mengalami perubahan musim sepanjang tahun.

“Walaupun gajah adalah haiwan yang hebat, tetapi masa depan mereka mudah terjejas. Oleh itu, kami amat berbesar hati untuk membantu pengunjung menerokai kehidupan gajah dalam suasana hampir menyamai keadaan asal bersama hidupan liar lain.

“Mereka boleh melihat sendiri sumbangan gajah dengan masyarakat dan berkongsi harapan kami terhadap masa depan gajah di seluruh dunia.

“Lembah Gajah ini akan meningkatkan rasa ingin tahu menerusi pelbagai unsur penerokaan yang dibina dan memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk mengalami detik keajaiban alam semula jadi yang menakjubkan.

“Justeru, kami harap segala kenangan bermakna yang anda peroleh di sini, akan kekal sepanjang hidup anda,” kata Pengarah Eksekutif Taman Safari Zoo San Diego, Lisa Peterson.

Seperti yang diketahui, perubahan iklim, pemburuan haram dan kehilangan habitat asal akibat pencerobohan manusia telah menjejaskan populasi gajah di seluruh dunia. Gajah savana Afrika kini disenaraikan sebagai terancam pada Senarai Merah Spesies Terancam Kesatuan Antarabangsa untuk pemuliharaan alam sekitar. 

Sebenarnya, aktiviti pemuliharaan gajah Afrika sudah lama menjadi keutamaan Pusat Hidupan Liar Zoo San Diego. Ia dilaksanakan dengan kerjasama Save the Elephants, The Nature Conservancy, Northern Rangelands Trust, Perkhidmatan Hidupan Liar Kenya dan Reteti Elephant Sanctuary di Kenya untuk pemuliharaan gajah. 

Taman Safari San Diego. gambar TripAdvisor
Taman Safari San Diego. gambar TripAdvisor

Kajian saintifik yang dijalankan di Afrika dan juga dengan kawanan gajah di Zoo San Diego dan Taman Safari, memberikan peluang untuk meningkatkan pemahaman mengenai spesies ini dan membantu usaha pemuliharaan. 

Hasil maklumat yang diperoleh mengenai tingkah laku sosial gajah yang rumit dan memahami keperluan kesihatan mereka amat berharga kepada Pusat Hidupan Liar Zoo San Diego serta rakan kongsinya bagi memastikan usaha pemuliharaan gajah dapat dilaksanakan dengan jayanya.

"Gajah di seluruh Afrika sedang menghadapi cabaran besar yang memerlukan kita semua bekerjasama dan mencari penyelesaian pemuliharaan yang mampan untuk gajah serta manusia," jelas Ketua Pegawai Kesihatan Pemuliharaan dan Hidupan Liar, Pusat Hidupan Liar Zoo San Diego, Nadine Lamberski. 

Lembah Gajah dibiayai oleh ribuan penderma dan penyokong setia Pusat Hidupan Liar Zoo San Diego sejak sekian lama iaitu Denny Sanford. Selain Lembah Gajah, Sanford adalah penderma utama untuk program Perkhemahan Penjelajah Hidupan Liar di Zoo San Diego dan untuk program televisyen pendidikan Penjelajah Hidupan Liar Zoo San Diego yang dilaksanakan di ratusan hospital kanak-kanak, Ronald McDonald Houses dan kemudahan lain di seluruh dunia. 

Lembah Gajah dijangka siap pada 2025. Layari sdzsafaripark.org/elephantvalley untuk maklumat lanjut. Buat pencinta safari, jangan lupa menyenaraikan tarikan terbaharu ini dalam senarai wajib lawat anda. - Getaran, 3 September 2023

Isu Pada

Pesanan Fazley Buat Rakyat Malaysia 9

09 Sep 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Banjir Kilat Landa San Diego, California

2

Luar Negara 9 bulan yang lalu

Kanak-Kanak Tertembak Mati Adik Usia Setahun Di California

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

6 Maut, 12 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Sacramento, California

4

Selera 3 tahun yang lalu

Jom Cuba Resipi Daripada California Raisins, Lazat dan Menyelerakan

Sorotan

1

Muat Naik Video Dikatakan Aibkan YDPA, Papagomo Ditahan Polis

2

Pengurus Dan Pegawai Keselamatan Kebakaran Di Premis, JBPM Dalam Proses Pinda Akta

3

Isu Kasino Forest City: Chegu Bard Tak Mengaku Salah Terbit Kenyataan Menghasut

4

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

5

Nur Shazrin Mungkin 'Lupakan' Paris 2024

6

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis