Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Jom Cuba Resipi Daripada California Raisins, Lazat dan Menyelerakan

Kismis bukan sekadar snek. Dengan resipi yang betul, ia juga boleh menjadi bahan masakan yang enak.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2021 2:40PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kismis California Raisins memulakan kempennya yang dikenali sebagai 'Sweet Naturally' akhir tahun lalu dengan matlamat untuk mengeratkan silaturahim menerusi detik yang menarik dan menggembirakan.

Kempen ini dilihat tepat pada masanya memandangkan rakyat Malaysia begitu memerlukan keselesaan dan kegembiraan dalam tempoh mencabar ini. 

Menerusi kempen ini, California Raisins mengundang 11 pencipta kandungan gaya hidup dan masakan Malaysia untuk menghasilkan resipi perayaan hujung tahun idaman dengan menggunakan permata kecil yang manis ini.

Resipi-resipi tersebut dihimpunkan di dalam satu album yang dimuat naik ke laman FB California Raisins ASEAN  di mana orang ramai berpeluang untuk mengundi resipi perayaan kegemaran mereka selama dua minggu.

Selepas undian umum berakhir, tiga pencipta kandungan telah dipilih sebagai pemenang utama iaitu Kifli Mally, Mawardi Yunus dan Ivy Kam. Masing-masing telah menduduki tempat pertama, kedua dan ketiga.

Kifli Mally menghasilkan Poket Ayam bersama Perapan California Raisin, Mawardi Yunus mencipta Pai Epal California Raisin, dan Ivy Kam mempersembahkan Smoothie Merrylicious California Raisin.

Istimewa untuk anda, kami sertakan dua resipi yang menjadi pilihan ramai menerusi kempen ini. 

Jangan terlalu gusar dengan kandungan gula kesemua hidangan ini kerana California Raisins merupakan buah yang dikeringkan di bawah cahaya matahari. Ia manis tanpa gula tambahan. 

Kismis ini padat dengan ciri-ciri menyihatkan seperti tiada lemak, tiada kolesterol, rendah sodium dan tinggi khasiat.

Gambar ihsan California Raisins
Gambar ihsan California Raisins

Poket Ayam bersama Perapan California Raisin

Bahan-bahan:

200 gram dada ayam

Bahan-bahan 1: Perapan (dikisar halus)

75 gram California Raisins

10 tomato ceri

3 biji cili api

5 ulas bawang putih

1 sudu besar minyak zaitun

Daun rosemary

Daun selasih (basil)

Garam & gula secukup rasa

Bahan-bahan 2: Salad dan sos salad 

Kismis California Raisins

Daun Salad

1 cili benggala (merah /kuning)

1 batang Timun Jepun

1 sudu kecil bijan putih

1 sudu kecil biji sawi

1 biji limau nipis (jus)

Minyak Zaitun

1 sudu kecil lada hitam

Garam

Penyediaan : 

Penyediaan Ayam:

1. Kisar semua bahan-bahan untuk perapan.

2. Perap dada ayam dengan bahan perapan selama 30 – 60 minit.

3. Panggang ayam dengan menggunakan pemanggang udara (air fryer) pada 180° C selama 20 minit.

Penyediaan salad & sos salad:

1. Hiris timun, tomato ceri dan lada benggala.

2. Letakkan semuanya di dalam mangkuk bersama dengan California Raisins.

3. Tambah bijan putih, biji sawi, cuka buah, jus limau nipis, minyak zaitun, lada hitam, garam dan gaul rata.

Penyediaan roti Naan:

1. Panaskan roti pada kepanasan sederhana.

2. Masukkan hirisan ayam, daun salad & sos salad ke dalam poket roti Naan.

3. Sedia untuk dimakan.

Gambar ihsan California Raisins
Gambar ihsan California Raisins

Pai Epal California Raisin 

Bahan-bahan :

2 sudu besar California Raisins, dibelah dua

10 keping roti, dibuang kerak dan dileperkan 

2 biji epal dipotong kiub

2 sudu besar gula perang

1/2  sudu kecil serbuk kayu manis 

1/2 sudu kecil ekstrak vanilla 

2 sudu besar tepung jagung dicampur dengan sedikit air

3 biji telur dipukul 

Serbuk roti

Penyediaan: 

1. Letakkan epal, gula perang, serbuk kayu manis dan ekstrak vanilla di dalam kuali. Kacau rata, masak dengan api perlahan sehingga epal separuh masak. 

2. Masukkan kismis California Raisins dan kacau rata. 

3. Masukkan campuran tepung jagung, kacau sehingga pekat.  Tutup api dan biarkan ia sejuk.

4. Sediakan roti yang telah dileperkan supaya ia tidak menyerap minyak ketika digoreng. 

5. Ambil sekeping dan letakkan inti epal tadi di atasnya dan ambil lagi sekeping untuk diletakkan di atasnya. 

6. Gunakan penggiling (boleh gunakan gelas) dan tekan roti sehingga ia sekata.

7. Celupkan roti berinti ke dalam telur yang telah telah dipukul dan gaul ke dalam serbuk roti. 

8. Ulangi langkah 4  - 7 sehingga selesai. 

9. Letakkan pai ke dalam peti sejuk selama 30 minit agar semua ramuannya meresap dengan baik. 

10. Panaskan minyak pada api sederhana, dan kecilkan api sedikit sebelum mula menggoreng.

11.Goreng pai seketika dan angkat. Letakkan di atas tisu untuk keringkan lebihan minyak.

12. Sedia untuk dimakan. 

-Getaran, 27 Januari 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

2

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Banjir Kilat Landa San Diego, California

3

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Jom Makan-Makan Di Ipoh? Wajib Cuba 4 Restoran Ini!

4

TARA 7 bulan yang lalu

4 Tempat Makan Menyelerakan Di Kuching, Sarawak

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Jelajah 16 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran