web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Mi Kolok Wajib Cuba Di Miri, Sarawak

Kalau ke Sarawak, selain mencuba laksanya, mi kolok ialah hidangan wajib cuba. Berikut tiga lokasi selera mesti singgah di Miri

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2023 9:23AM

Mi Kolok ialah antara hidangan tempatan wajib cuba jika anda berkunjung ke Sarawak!

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sajian mi kolok atau mi kolo merupakan sajian sepanjang hari masyarakat di Sarawak. Hidangan mi ringkas ini mengadunkan yee mee atau mi kering yang digaul dengan campuran kicap, dan dihidangkan bersama hirisan protein sama ada daging atau ayam rebus, didatangkan dengan sup dan sambal. Kalau ke Sarawak, selain mencuba laksanya, mi kolok ialah hidangan wajib cuba. 

Mat Kolok menyediakan lebih 10 jenis mi kolok untuk pilihan pelanggan
Mat Kolok menyediakan lebih 10 jenis mi kolok untuk pilihan pelanggan

Mat Kolok

Di Miri, Sarawak, sebuah restoran yang terkenal dengan kelazatan mi koloknya ialah Mat Kolok. Bertepatan dengan namanya, Mat Kolok menyediakan lebih 10 jenis mi kolok untuk pilihan pelanggan.

Kolok daging, kolok ayam, kolok special, kolok perut, kolok urat, kolok wanton, kolok bakso, kolok kek ikan, kolok jejari ketam, kolok tulang dan kolok yang boleh dicampur proteinnya! Adunan mi kolok di Mat Kolok sempurna rasanya dengan rasa kicap yang ringan, ditambah dengan sup berperisa dan sambal lazat untuk sedikit kepedasan.  

Mat Kolok juga menyediakan beberapa jenis mi yang tidak kurang popularnya di Bumi Kenyalang
Mat Kolok juga menyediakan beberapa jenis mi yang tidak kurang popularnya di Bumi Kenyalang

Bukan sahaja sedap, layanan di Mat Kolok juga pantas dan mesra. Selain dari mi kolok, Mat Kolok juga menyediakan beberapa jenis mi yang tidak kurang popularnya di Bumi Kenyalang ini seperti mi pok, mi Kwang Tung, mi jawa dan laksa. Untuk menikmati mi kolok sedap yang memikat selera di Miri, kami cadangkan  anda ‘waze’ sahaja ke Mat Kolok. 

Mat Kolok - Jln Taman Blvd 1, Faradale Commercial Centre, 98000 Miri, Sarawak

Buka: 7 pagi - 5 petang setiap hari

Madli’s

Restoran Madli’s yang terletak di Jalan Merpati ini sudah bertapak hampir 30 tahun di bandar Miri. Cukup terkenal dengan hidangan sate cara Sarawak, Madli’s juga menyediakan beraneka sajian tempatan popular seperti mi jawa, laksa, dan tidak ketinggalan sajian mi koloknya yang sedikit berbeza berbanding yang lain.

Digoreng dengan sayur sawi dan taugeh, mi kolok kering ini disediakan seperti mi goreng mamak tanpa telur
Digoreng dengan sayur sawi dan taugeh, mi kolok kering ini disediakan seperti mi goreng mamak tanpa telur

Saiz mi kolok di Madli’s muai berbanding saiz mi kolok biasa di restoran lain dan mi kolok di sini juga tidak didatangkan dengan sup atau sambal. Digoreng dengan sayur sawi dan taugeh, mi kolok kering ini disediakan seperti mi goreng mamak tanpa telur.  

Rasa masakan di Madli’s diolah sedikit manis dan berat, rasa yang cukup digemari oleh pengunjung restoran ini buat sekian lamanya. Selain makanan tempatan Sarawak, Madli’s juga menawarkan menu istimewa seperti sate Wagyu  serta hidangan ikan Lalapan.

Madli’s - Aras bawah, Lot 1088, Jalan Merpati, 98000 Miri, Sarawak

Buka: 830 pagi - 11 malam (setiap hari) Tutup - Selasa

Kornia’s Recipe

Selain mi jawa yang menjadi bualan ramai, mi kolok di Kornia’s Recipe juga tidak kurang hebatnya, dan mendapat ulasan memberangsangkan. Mi kolok di Kornia’s Recipe digaul dengan adunan kicap dan dihidang dengan semangkuk sup. 

Warna dan rasa kicapnya sedikit kuat tetapi boleh ‘dilembutkan’ dengan supnya yang lazat. Seperti kebanyakan restoran di Sarawak, Kornia’s Recipe menawarkan mi jawa, Laksa Sarawak, mi kolok, serta pelbagai hidangan nasi lemak dan nasi ayam panggang. 

Mi kolok di Kornia’s Recipe juga tidak kurang hebatnya
Mi kolok di Kornia’s Recipe juga tidak kurang hebatnya

Satu lagi kelebihan di Kornia’s Recipe ini ialah jualan kuih-muihnya yang beraneka jenis. Salah satu yang mesti dicuba ialah kuih serabey atau Serabai Sarawak yang menjanjikan rasa manis berlemak dengan tekstur yang kenyal. Paling penting ia dijual pada harga yang sangat berpatutan. 

Kornia’s Recipe

Marina Square, 98000, Miri Sarawak

8 pagi - 3 petang (Hari Bekerja), 7 pagi - 3 petang (Hujung Minggu), Tutup - Selasa - Getaran, 26 Ogos 2023

Isu Pada

Gemilang Putrajaya

26 Aug 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

4

Politik 2 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang