Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mencari 'Closure' (Penamatan)

Kadangkala, satu langkah perit perlu diambil untuk kesejahteraan diri sendiri di masa hadapan.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2021 8:50AM

Gambar: Rodnae Production, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

"Mencintai tidak semestinya memiliki. Apa yang kita cinta tidak semestinya milik kita. Kekadang Tuhan hanya menemukan untuk kita tahu erti pengorbanan."

Menarik ungkapan di atas. 

Saya pasti ramai yang mungkin mengimbas kembali episod hidup atau sesuatu yang menyayat hati. Sesuatu yang terjadi dalam bab kehidupan mereka di masa lampau atau yang sedang berlaku kini dalam perhubungan peribadi mereka. Sama ada ia pernah berlaku atau sedang berlaku, saya pasti ada pengajaran yang tersirat di sebalik pengalaman tersebut.

Sepanjang profesi saya, sebagai pensyarah motivasi imej positif dan sebagai penulis buku tentang pengendalian perhubungan sesama manusia, ia adalah tanggungjawab saya untuk cuba membantu meringankan beban emosi yang ditanggung para pembaca, terutama yang membabitkan kaum wanita yang teraniaya dan dibebani oleh isu-isu yang berkait rapat dengan ketidakupayaan dalam mengendalikan emosi dan pertimbangan dalam perhubungan, baik sebagai pasangan kekasih mahupun pasangan berumah tangga.

Ada beberapa contoh kesilapan yang sering berlaku. Antaranya adalah:

Ada yang begitu cepat jatuh cinta walaupun hanya mengenali pasangan beberapa bulan dan terus membuat perancangan sendiri untuk membina hubungan ke tahap yang lebih serius tanpa pengetahuan pasangan mereka, yang belum tentu memikirkan perkara yang sama. 

Ini adalah kesilapan yang sering dilakukan oleh wanita terutamanya dalam keadaan dipanggil ‘separa sedar’ dan ini akan mengecewakan diri sendiri apabila akhirnya mereka menyedari bahawa pasangan mereka tidak memikirkan tentang hala tuju yang sama dalam perhubungan. Maka lama-kelamaan akan timbul konflik yang berulang apabila kedua pasangan tidak mempunyai tahap ‘frekuensi kehendak’ yang sama dalam pelbagai hal walaupun secara mata kasar kelihatan seperti pasangan yang intim dan ideal.

Timbulnya konflik ini mungkin disebabkan beberapa faktor peribadi yang hanya diketahui oleh setiap individu itu sendiri. Antara sebab yang boleh menyumbang kepada ketidaksefahaman ini adalah kematangan usia, status kewangan, latar belakang keluarga, tahap pendidikan dan keadaan kesihatan.

Gambar: Pexels, Pixabay
Gambar: Pexels, Pixabay

Di sini saya ingin kongsikan satu pengalaman sebuah pasangan yang pernah menceritakan tentang dilema yang dihadapi mereka selama dua tahun bersama. Jarak perbezaan umur wanita ini adalah 10 tahun lebih tua dari pasangannya . Wanita ini juga adalah seorang yang mempunyai kedudukan yang tinggi dan berjaya dalam kerjayanya tetapi sentiasa gagal dalam mencari pasangan hidup selepas mengharungi pelbagai pengalaman pahit dalam perhubungan di masa lalu melalui perkahwinan yang sebelumnya. 

Sedar bahawa umurnya semakin meningkat senja, wanita ini seolah-olah merasakan dia kesuntukan masa untuk mencari cinta sejati dan ini menyebabkan dia sentiasa membuat keputusan yang terburu-buru untuk memenuhi ruang yang kosong dalam hidupnya. Baginya wang bukanlah isu pokok tetapi cinta sejati menjadi fokus utamanya. Namun dia tidak mampu lagi untuk mempunyai anak disebabkan umurnya.

Lain pula isu yang dialami oleh pasangannya, lelaki yang berumur 40 tahun yang masih tercari-cari arah tuju sebenar dalam hidup. Keadaan kewangan masih belum stabil serta masih mempunyai keinginan untuk bersuka-ria. Keluarganya pula mahukan dia berkahwin dan mempunyai ramai anak. Dia merasakan yang dirinya belum bersedia untuk menghadapi tanggungjawab ini kerana merasakan sebagai seorang lelaki dia bertanggungjawab untuk menjaga keperluan anak dan isteri sedangkan tahap kewangannya belum mengizinkan. Ini berkaitan dengan maruah dan integriti dirinya.

Disebabkan perbezaan dan limitasi yang dihadapi, maka kedua-duanya tidak dapat mencapai kehendak hati masing-masing kerana ekpektasi mereka terhadap pasangan tidak dapat dipenuhi. Apa yang sedang berlaku adalah keduanya menetapkan ekspektasi pada diri dan terhadap pasangan yang salah.

Pertelingkahan akibat ekpektasi ini mengakibatkan kemustahilan untuk hubungan ini diteruskan kerana ia secara jelas tidak dapat diselamatkan kecuali salah seorang mengalah dan sanggup melakukan sebuah pengorbanan besar untuk meneruskan hasrat mereka dan jika ini berlaku ia masih belum pasti dapat menjanjikan satu kepastian dalam kebahagiaan hubungan yang sentiasa berlandaskan ‘ekpektasi keupayaan.’

Gambar: Rodnae Productions, Pexels
Gambar: Rodnae Productions, Pexels

Kita sering dengar tentang ungkapan ‘cinta memerlukan pengorbanan.’ Mungkin ungkapan ini ada juga kebenarannya. Tetapi pengorbanan seperti apa untuk menunjukkan erti sebenar sebuah cinta yang agung?

Dalam buku saya Smart Women Foolish Choices ada banyak kisah pengalaman sebenar wanita berjaya di luar sana yang berkongsi kisah bagaimana hubungan bersama pasangan mereka gagal. Saya rasa penting untuk kita ambil iktibar daripada kesilapan mereka supaya kita menjadi lebih peka dalam menangani isu yang sama jika ia berlaku pada diri kita.

Dalam bab sembilan buku itu, saya menekankan betapa pentingnya kita sebagai wanita membina ‘kuasa’ dalam diri serta mencintai diri kita dahulu sebelum kita dapat mencintai orang lain. 

Dalam menjalin perhubungan atau menjadi pasangan kekasih, ini perkara utama yang perlu diingati-- percintaan adalah satu pengembaraan dalam hidup dan tiada apa yang kekal. Kehidupan akan sentiasa berubah mengikut masa dan kita hanya boleh merancang namun apa yang kita rancang bergantung kepada perjalanan hidup dan takdir. Mungkin ia bermula kerana Allah menemukan kita dengan individu tersebut untuk menyampaikan sesuatu pengajaran kepada kita. Ia tidak semestinya dianggap sesuatu yang pasti. Dalam pengembaraan itu kita akan diberikan cabaran dan konflik. Itu peluang kita untuk kaji kembali mengapa isu yang sama terus berlaku dan apa yang perlu kita ubah dari segi pendirian, sikap dan prinsip bagi mengelakkan perkara yang sama berulang.

Persoalannya, mungkinkah kita sering memilih karakter pasangan yang mempunyai ciri-ciri, latar belakang, umur dan perangai yang sama? Atau cara kita mengendalikan hubungan itu sama seperti kita mengendalikan perniagaan kita? 

Ada pepatah Inggeris menyebut ‘When dealing with issues, use your brains, with people use your heart.’ Cuba kita lakukan refleksi diri sendiri dan imbas kembali pilihan yang kita buat dan cara kita mengendalikan hubungan sesama manusia sebelum ini. Mungkin kita tegas dalam membuat keputusan dalam perniagaan dan segalanya harus berlaku mengikut kehendak kita. 

Namun dalam menjalinkan hubungan sesama manusia adakah kita menggunakan pendekatan yang sama? Adakah semuanya harus mengikut garis panduan yang kita tetapkan? 

Gambar: Rodnae Productions, Pexels
Gambar: Rodnae Productions, Pexels

Hubungan sesama manusia perlu lebih menitikberatkan rasa hormat, simpati dan sikap bertolak ansur. Kadang-kadang ia memerlukan deria rasa dan deria fikir kita untuk ‘membaca’ apa yang terkandung dalam kata-kata yang tidak diucapkan atau yang tersirat dalam minda manusia.

Dalam perjalanan sesebuah hubungan, kita perlu sentiasa ingat bahawa jika sampai waktunya hubungan itu tidak memberikan kebahagiaan lagi dan sering mendatangkan penderitaan, walaupun pelbagai cara dicuba untuk menyelamatkannya, kita harus membuat keputusan untuk memutuskannya. Kenapa? Supaya kedua-dua pihak dapat meneruskan kehidupan dan mencari kebahagiaan masing-masing dengan orang lain yang dapat membahagiakan mereka.

Siapakah yang harus memutuskannya dahulu? Kadang-kadang kedua-dua pihak sentiasa berlengah dan cuba menghindari sebarang bentuk konfrontasi dan membiarkan komunikasi berhenti tanpa sebarang penyelesaian. Ini adalah cara yang tidak sihat untuk mental dan emosi.

Akibatnya ia boleh menimbulkan tekanan perasaan yang dapat mendorong kepada masalah kronik seperti depresi dan kemurungan yang akan menghalang prestasi kerja dan hubungan bersama manusia lain.

Sebaliknya apa yang kita harus lakukan adalah menukar cara kita berfikir dan sedia menerima bahawa apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Kita perlu berterima kasih untuk pengalaman yang dilalui dan melihatnya sebagai pengajaran untuk kemudian hari. Tidak perlu melayan perasaan negatif seperti marah dan dendam kerana ia hanya akan mencerminkan kelemahan diri sendiri. Jangan saling mempersalahkan sesiapa kerana semua yang berlaku adalah pilihan diri sendiri. 

Gambar: Rodnae Productions, Pexels
Gambar: Rodnae Productions, Pexels

Perlukah ada ‘penamatan’ atau ‘closure’?

Jawapannya ‘ya’ perlu. Jika tiada penamatan dari pihak si dia dan dia sentiasa mengelak, maka anda perlu membuat ‘penamatan’ anda sendiri. Anda perlu membuat demikian untuk berlaku adil pada diri sendiri supaya anda boleh meneruskan kehidupan dengan tenang dan lancar. Penamatan juga adalah satu cara untuk kita menghormati diri sendiri.

Anda perlu memberitahu pada diri sendiri bahawa tidak ada gunanya kita hilang identiti diri semata-mata untuk sentiasa merawat sesuatu yang rosak kerana ia hanya akan merugikan waktu, semangat dan harga diri anda. Jangan berikannya kepada seseorang yang tidak tahu menghargai dan menilainya. Anda perlu ingat bahawa kebahagiaan anda terletak di tangan anda sendiri dan bukan orang lain. 

Dan sekiranya ia adalah disebabkan ketidakupayaan seperti kes pasangan yang disebutkan tadi, maka anggaplah ia satu pergorbanan yang tulus dari pihak anda dengan melepaskannya atau memutuskannya untuk kebaikan kedua-dua pihak supaya kedua-duanya dapat mencari kebahagiaan masing-masing. Semua pihak layak untuk mendapat kebahagiaan .

Bila harus buat keputusan untuk ‘penamatan’?

1. Apabila hubungan ini memberikan lebih banyak penderitaan daripada kebahagiaan dan anda lebih banyak menangis daripada ketawa.

2. Apabila sedar yang anda sering membela kesalahannya terhadap anda namun jauh di hati anda semuanya tak masuk akal.

3. Apabila dia sering memperlakukan penderaan terhadap anda baik dari segi mental atau fizikal.

4. Apabila isu yang sama sering timbul walaupun telah cuba diselesaikan berulang kali.

5. Apabila dia tidak menitikberatkan dan tidak berusaha untuk menyelamatkan hubungan anda berdua.

6. Apabila anda berdua tidak lagi mempunyai misi dan visi yang sama dalam kehidupan.

7. Apabila dia cuba menyekat anda daripada menggapai kejayaan dalam kerjaya dan diri anda.

8. Apabila saat intim anda berdua menjadi kekok dan memaksa.

9. Apabila anda berdua tidak lagi tertarik antara satu sama lain dan rasa tiada lagi rasa kebersamaan. 

10. Apabila perasaan cinta dalam hati sudah tidak wujud.

Ia amat sukar untuk dilakukan apabila hubungan sudah lama terjalin dan pelbagai memori indah telah dibina. Namun anda perlu memberanikan diri demi mencapai kebahagiaan yang anda berhak nikmati. Jika anda berupaya melakukannya maka anda telah membuat keputusan yang wajar dan jika ia berulang lagi, anda akan lebih bersedia untuk menanganinya pada masa akan datang.

Anda perlu ‘menerima’ dan reda bahawa tidak semua yang kita cintai dapat kita miliki. - Getaran, 7 Februari 2021

Sharifah Shawati Syed Mohd adalah bekas pengacara TV yang kini bergelar Konsultan Imej Positif & NLP & ‘Neuro Semantics Master Practitioner’. Beliau juga penulis buku ‘Smart Women Foolish Choices’ & ‘Imej Anda Aset Anda’. Hubungi beliau di [email protected] . Instagram: @shshawati 

Isu Pada

Dayang Nurfaizah

06 Feb 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 8 bulan yang lalu

8 Sikap Lelaki Budiman Di Dalam Perkahwinan

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Anak Lelaki Saya Letakkan Standard Tinggi Untuk Lelaki Yang Mahu Dekati Saya - Adrea Abdullah

3

TARA 1 tahun yang lalu

Mengenali Erti Sakinah Dalam Perhubungan

4

Kolum 1 tahun yang lalu

Mengapa Bertunang? - Kisah Perhubungan Menjelang Hari Bahagia

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat