Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


8 Bangunan Ikonik Dan Bersejarah Yang Anda Patut Lawati Di Malaysia, Siap Sedia Untuk Ber-OOTD!

Sebagai anak Malaysia, anda seharusnya berbangga kerana negara ini mempunyai kehebatan yang setanding dengan yang ada di luar negara

TARA Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2023 1:04PM

KLCC di waktu malam menyajikan pemandangan yang amat indah

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena bulan kemerdekaan ini, apa kata cuba luang masa ke bangunan ikonik atau bersejarah di Malaysia. Tak kenal, maka tak cinta, kan?. Malaysia ini biarpun ada yang memperkecil-kecilkannya, tetapi negara majmuk ini tidak kalah dengan kehebatan senibinanya. Bahkan, turut memiliki senibina ‘ajaib’.

Sebagai anak Malaysia, berikut adalah lapan bangunan ikonik dan bersejarah di Malaysia yang patut anda lawati. 

1. Menara Berkembar Petronas 

Gambar - Rahayu MN
Gambar - Rahayu MN

Fakta menakjubkan tentang menara ikonik ini ialah ia mempunyai 32,000 buah tingkap 29 buah lift laju dan 10 buah eskalator di setiap bangunan.  Menara berkembar 88 tingkat ini pernah dinobatkan sebagai bangunan tertinggi di dunia sehingga tahun 2004 sebelum dirampas oleh Taipei101.

Ia telah direka oleh arkitek Argentina-American bernama César Pelli dan rekaannya menyerupai motif kesenian Islam. Menara kebanggaan rakyat Malaysia ini menjadi buruan ramai pelancong luar negara sekiranya mereka singgah di Kuala Lumpur. 

Populariti yang diperolehi menara berkembar yang lebih dikenali sebagai KLCC ini membuatkan ‘spiderman’ Alain Robert, pendaki bebas dari Perancis, cuba memanjatnya pada 20 Mac 1997, tanpa peralatan keselamatan. Bagaimanapun, ketika berada di tingkat 60, dia ditahan oleh pihak polis. 

Pada 2007, dia sekali lagi kembali untuk mencuba, namun masih gagal kerana dihalang oleh pihak berkuasa.

2. Menara Kuala Lumpur

Gambar -  Izuddin Helmi Adnan (Unsplash)
Gambar - Izuddin Helmi Adnan (Unsplash)

Terletak di Bukit Nanas, Menara Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1 Oktober 1996. Ia menampilkan sebuah antena yang meningkatkan ketinggiannya kepada 421 meter (1,381 kaki) dan merupakan menara tunggal ketujuh tertinggi di dunia. Bahagian atasnya terletak pada ketinggian 335 meter (1,099 kaki).

Antara fakta menarik tentang menara ini yang mungkin anda tidak sedari ialah, ia merupakan pit-stop pertama dalam program realiti, The Amazing Race Asia 1, direka oleh syarikat milik tempatan, Kumpulan Senireka Sdn Bhd, dan ia sebenarnya lebih tinggi dari Menara Berkembar Petronas kerana ia terletak di puncak bukit pada ketinggian 94 meter dari aras laut.

3. Merdeka 118, Kuala Lumpur

Gambar - Rahayu MN
Gambar - Rahayu MN

Menara Merdeka 118 merupakan bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan tertinggi di Asia Tenggara. Fakta ‘ajaib’ tentang menara ini, ketinggian puncak menara atau spire Merdeka 118 adalah 160 meter dengan berat 1,015 tan. 

Berat ini adalah bersamaan dengan berat 852 buah kereta Proton Saga. Maklumat ini dikongsi oleh Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Ahmad Zulqarnain Onn.

Menawarkan ruang seluas lebih daripada 4.3 juta kaki persegi untuk tujuan kediaman, komersial, dan rekreasi. 17 tingkat teratas menara ini menempatkan Park Hyatt Hotel Kuala Lumpur yang eksklusif .

4. Menara Exchange 106

Gambar - Izuddin Helmi Adnan (Unsplash)
Gambar - Izuddin Helmi Adnan (Unsplash)

Menara dengan ketinggian 454 meter ini merupakan sebahagian daripada projek Tun Razak Exchange (TRX). Siap dibina pada tahun 2019, menara yang dibina oleh Perbadanan Kejuruteraan Pembinaan China (CSCEC) ini merangkumi ruang lantai seluas 2.6 juta kaki persegi meliputi 106 tingkat. 

Exchange 106 diisytihar sebagai pusat industri kewangan Malaysia yang berkembang pesat, rekod menunjukkan hampir separuh telah disewakan kepada institusi kewangan utama. Reka bentuk yang bertaraf dunia, menjadikannya setanding hartanah terkemuka antarabangsa seperti The Shard, bangunan di Canary Wharf, London, One World Trade Centre, New York, dan Shanghai IFC.

5. Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka Kuala Lumpur

 Gambar - Najua R (Unsplash)
Gambar - Najua R (Unsplash)

Bangunan Sultan Abdul Samad adalah salah satu mercu tanda bersejarah paling ikonik di Kuala Lumpur. Dinamakan sempena nama Sultan Abdul Samad, Sultan Selangor pada masa ia mula dibina pada tahun 1894.

Setelah siap dibina pada tahun 1897, ia dijadikan pusat pentadbiran kerajaan kolonial British. Bangunan ini merupakan contoh seni bina Moor yang menakjubkan dan mempunyai menara jam dan kubah tembaga. 

Bangunan ini telah menjadi saksi kepada banyak peristiwa bersejarah termasuklah peristiwa kemerdekaan negara, di mana bendera Union Jack diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan bendera Jalur Gemilang dikibarkan.  

Bangunan ini diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan dalam kategori Tapak Warisan pada 2007 oleh Jabatan Warisan Negara, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.

6. Cheong Fatt Tze

Gambar - Rahayu MN
Gambar - Rahayu MN

Rumah Agam Cheong Fatt Tze ialah sebuah rumah agam bersejarah yang terletak di Georgetown, Pulau Pinang. Berusia lebih 100 tahun, rumah agam ini memperlihatkan keindahan seni bina ‘Hakka-Teochew. Turut membanggakan, ia juga pernah digunakan sebagai lokasi penggambaran filem Perancis bertajuk Indochine dan filem Hollywood, Crazy Rich Asians.

Rumah agam itu dibina pada akhir abad ke-19 oleh saudagar terkenal China Cheong Fatt Tze. Fakta menarik yang anda patut tahu ialah warna biru indigo rumah agam ini diperbuat daripada tumbuhan-tumbuhan. Warna ini juga merupakan warna yang popular pada zaman kolonial, dan disebabkan warna birunya ini, maka rumah ini turut digelar sebagai ‘Le Bleu Mansion’.

7. Menara Condong Teluk Intan

Gambar - Rahayu MN
Gambar - Rahayu MN

Kebanggaan orang Teluk Intan dan menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara. Menara Condong ini merupakan sebuah menara jam yang binaannya yang condong itu, mirip dengan The Leaning Tower of Pisa di Itali. 

Dibina pada tahun 1885 setinggi 25 meter dan mempunyai 110 anak tangga, ia masih kukuh berdiri walaupun kelihatan senget. Untuk pengetahuan anda, sejarah mencatatkan bahawa menara ini bukanlah sengaja dibina condong tetapi strukturnya berubah selepas dilanda banjir besar pada tahun 1895 sehingga menyebabkan ia tenggelam. Banjir inilah dipercayai punca menara ini mula condong ke arah Barat.

Individu yang bertanggungjawab membina menara ini ialah Leong Choon yang mendapat ilham daripada reka bentuk binaan pagoda di negara China. 

8. Kellie’s Castle, Batu Gajah, Perak

Gambar - Rahayu MN
Gambar - Rahayu MN

Biarpun bangunan ini tidak siap, ia menjadi tarikan pelancongan yang cukup popular. Kisah-kisah seram yang diceritakan dari mulut ke mulut membuatkan lebih ramai yang tertarik untuk melawat bangunan bersejarah yang dibina oleh seorang pengusaha ladang dari Scotland, William Kellie Smith pada tahun 1915 ini.

Kellie’s Castle adalah lambang cintanya kepada isteri serta bagi merayakan kelahiran anak lelakinya Anthony. Smith merancang membina istana besar yang digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.

Mengikut pelan yang dibuat, istana ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah, terowong rahsia dan juga dilengkapi dengan lif yang pertama dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.

Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Pembinaannya dihentikan selepas Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal untuk mengambil lif yang ditempah pada 11 Disember 1926. - Getaran, 19 Ogos 2023

Isu Pada

Gemilang Putrajaya

26 Aug 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 3 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 3 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 3 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

2

Nur Shazrin Mungkin 'Lupakan' Paris 2024

3

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

4

Anwar Bertemu PM Qatar, Zahirkan Kesediaan Malaysia Beri Rawatan Kepada Rakyat Palestin

5

Putera Mahkota Arab Saudi Berhasrat Adakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia Akhir Tahun Ini - PM

6

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand