Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Amyra Rosli, Menyemai Cinta

Kejelitaan, kemanisan dan kesantunannya membuatkan ramai yang terpikat. Biarpun begitu, Amyra Rosli tidak pernah hanyut dek populariti. TARA minggu ini mengupas isi hatinya.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2021 9:12AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dia antara bintang popular yang menjadi pujaan masa kini. Kejelitaan, kemanisan dan kesantunannya membuatkan ramai yang terpikat. Alangkah bertuahnya dia dianugerahkan ‘pakej’ yang diinginkan ramai insan.

Biarpun begitu, pemilik nama Nur Amira Izzati binti Rosli atau lebih dikenali sebagai Amyra Rosli ini tidak pernah hanyut dek populariti. 

Memang benar dia pernah terpalit dengan beberapa kontroversi, namun dia bangkit perbaiki diri. Buktinya, lihatlah siapa dirinya kini. Semakin bijak mengatur langkah. Penuh hati-hati, sesuai dengan statusnya sebagai seorang ibu dan juga isteri. 

Dengan pelbagai kelebihan diri, tidak hairanlah mengapa wanita berusia 30 tahun ini berjaya menjadi pempengaruh (influencer) kepada 5.7 juta orang pengikut di media sosial, Instagram. Cubalah intai akaun Instagram milik dirinya, bukan sedikit produk yang diwakilinya.

Atas nama populariti juga, TARA kali ini mengundang Amyra sebagai penghias muka hadapan. Sempena Syawal yang masih berbaki, pemilihan Amyra dilihat cukup ideal bagi meraikan bulan kemenangan umat Islam ini. 

Sebagai personaliti yang disenangi, kisah yang diungkap bukanlah sesuatu yang misteri, namun ia kisah yang seronok untuk dikongsi. Pencinta Amyra Rosli pasti menyedari, ‘Nur’ yang satu ini adalah seorang pemenang.

Menang mencapai trofi, menang di hati suami serta menang menginsafi diri. Ikuti perkongsian Amyra yang tidak lokek berkongsi cerita.

 

“Saya masih yang dulu, banyak yang perlu diperbaiki”

Keputusannya memakai hijab sejurus pulang daripada menunaikan umrah pada 2019 ternyata mengejutkan ramai peminat kerana ketika itu kerjaya lakonannya sedang ‘mekar’ dan dia menjadi perhatian banyak produksi. Masakan tidak, drama ‘Nur’ berjaya melonjakkan namanya sebaris dengan pelakon-pelakon hebat yang lain. 

Kini, setelah hampir dua tahun mengenakan hijab, Amyra dilihat semakin selesa mengorak langkah. Ketika segelintir artis bertindak ‘berpaling’ dari tuntutan agama ini dek tawaran kerja yang kononnya semakin sepi, Amyra tetap teguh dengan pendirian. Tidak pernah sekali dia merungut atau menyesali dengan penampilan terkini.

“Segala yang berlaku Allah sudah aturkan. Myra sendiri tidak sangka tiba-tiba buat keputusan untuk berhijab.

“Masa mula-mula dahulu, Myra memang tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang penampilan terbaharu. Sebabnya Myra tidak mahu tergesa-gesa dan berasa tidak yakin akan terus berhijab sehingga hari ini.

“Tapi dengan kuasa Allah, syukur Alhamdulillah, keputusan untuk berhijab dipermudahkan dan Myra kekal berhijab sehingga kini.”

“Sejujurnya Myra tidak berhadapan dengan masalah selepas berhijab. Kalau orang lain mendakwa mereka kurang mendapat tawaran berlakon, Myra lain pula halnya.

“Sejak berhijab, karier seni Myra berjalan seperti biasa. Malah, lebih banyak tawaran diterima, termasuklah menjadi jurucakap pelbagai produk. Myra rasa cukup bertuah dan akur dengan ketentuan-Nya.

“Bagi Myra, jika niat kita baik, inshaAllah semuanya akan mudah. Rezeki kita Allah dah tentukan. Sama ada berhijab atau tidak, rezeki itu pasti ada. Yang penting kena kuatkan semangat dan tetapkan hati. Doa yang baik-baik, pasti Allah akan tolong,” ujar cinta hati kepada pelakon, Amar Baharin ini.

Meskipun hatinya tidak berbelah-bagi, Amyra akui dia masih lagi dalam proses pembelajaran untuk menjadi muslimah sejati. Baginya, penghijrahannya masih belum sempurna, masih banyak yang perlu diperbaiki.

“Sebagai manusia biasa, lebih-lebih lagi mereka yang terlibat dengan dunia seni, cabarannya memang besar. Jika tidak cekalkan hati, lain jadinya.

“Macam Myra sendiri, Myra masih dalam proses pembelajaran. Untuk berubah ke arah yang lebih baik, ia perlukan masa. Bukan boleh dipaksa-paksa. Setiap hari, Myra cuba perbaiki diri. Masih banyak yang perlu Myra belajar.” 

“Kalau dulu Myra sibuk mengejar hal-hal dunia, asyik ingat duit, duit, duit. Tapi kini pendekatannya berbeza. Myra ikut nasihat ustaz, Myra kejar akhirat. Kerana apabila kita mengejar akhirat, dunia pun kita dapat.

“Ini Myra sudah alami sendiri. Syukur, rezeki sekarang sentiasa ada dan tidak pernah putus. Bukan sahaja cukup untuk diri sendiri, malah boleh dikongsi dengan ahli keluarga yang lain.

“Inilah hikmah penghijrahan Myra dan harap-harap kami sekeluarga terus berada di landasan yang betul,” tambah Myra yang tampil menawan dalam persalinan rekaan pereka tersohor tempatan, Melinda Looi pada petang itu. 

Penjelasan yang dikongsi Amyra ini ternyata mengumpan persoalan lain. Walaupun diakui dia masih Amyra Rosli yang sama seperti di awal kemunculannya, namun mana mungkin status sebagai hijabista dan seorang isteri itu dicampak ke tepi demi sebuah lakonan.

Pasti ada yang berubah, pasti ada yang mengikat diri agak tidak terbabas, tersasul tingkah.

“Selepas berhijab, Amar tidak pernah beri kata putus untuk Mira berhenti berlakon atau ada syarat-syarat tertentu. Dia ambil pendekatan dengan memberi nasihat dan beri masa untuk Myra sesuaikan diri.”

“Macam yang Myra jelaskan awal-awal tadi, Myra masih belajar. Untuk berubah kita perlu ambil langkah demi langkah. Tidak boleh buat semuanya secara drastik.

“Amar sentiasa bagi sokongan kepada Myra. Sebabnya kami sama-sama mahu berubah ke arah yang lebih baik.

“Selepas berhijab, Amar tidak pernah beri kata putus untuk Mira berhenti berlakon atau ada syarat-syarat tertentu. Dia ambil pendekatan dengan memberi nasihat dan beri masa untuk Myra sesuaikan diri.”

“Sebagai seorang isteri pula, Myra juga kena bijak bawa diri dalam dunia lakonan. Walaupun Amar tidak memberi kata dua tentang bersentuhan dengan pelakon lelaki, Myra sendiri cuba bataskan perkara itu.

“Myra percaya ada cara lain untuk menghidupkan watak-watak romantis yang digalas. Lihat sahaja pada lakonan Izzue Islam dan Saharul Ridzwan. Mereka ini adalah contoh pelakon lelaki yang memilih tidak bersentuhan dengan pasangan atau heroin mereka. Namun, mereka berjaya menghidupkan watak dengan baik.

“Myra kagum dengan mereka ini dan Myra sedang berusaha untuk buat seperti mereka” ujar Myra berterus-terang.

 

Masih dalam mood bercinta

Mengintai kehidupannya sebagai seorang isteri dan ibu muda kepada dua orang cahaya mata, Amyra tidak boleh menyembunyikan kebahagiaan yang dimiliki. Selain terpancar jelas di wajahnya, detik-detik manis dia bersama keluarga juga boleh diikuti di akaun Instagram.

Siapa yang tidak terhibur dengan keletah anak-anaknya, siapa yang tak teruja melihat keluarga kecil ini meraikan hari-hari istimewa? Jadi bagaimana agaknya Myra menjalani hari-harinya sebagai insan biasa? 

“Tidak dinafikan, Myra gembira dan bahagia dengan kehidupan sekarang. menjadi seorang ibu ni, ia satu pengalaman yang cukup berharga. Manisnya berpanjangan. Sebabnya Mira boleh tengok anak-anak membesar di depan mata. 

“Tidak dinafikan, Myra gembira dan bahagia dengan kehidupan sekarang. menjadi seorang ibu ni, ia satu pengalaman yang cukup berharga. Manisnya berpanjangan. Sebabnya Mira boleh tengok anak-anak membesar di depan mata. Myra jadikan mama (ibunya) sebagai contoh dalam melalui saat-saat menjadi seorang ibu.”

“Myra sentiasa menghargai peluang menjadi seorang ibu. Kalau boleh Myra tidak mahu berpisah dengan anak-anak. Rasa sebak dan rindu kalau terpaksa juga tinggalkan mereka dengan mama atas tuntutan kerja.

“Penat memang penat apabila menjaga anak kecil ini, tapi segala penat lelah itu akan hilang dengan sendiri apabila anak-anak ada di depan mata. Myra percaya, anak-anak adalah penguat semangat buat Myra dan juga suami,” kongsi wanita ini.

Dalam masa yang sama, pelantun lagu ‘Ada Saja’ ini turut terbuka apabila diminta berkongsi resipi kebahagiaan rumah tangganya.  Bergelar seorang isteri dan ibu pada usia yang muda bukanlah sesuatu yang mudah. Ramai yang tergelincir dek tewas dengan jiwa muda. Disertai dengan senyuman meleret, Amyra membuka bicara.

“Sepanjang tempoh lima tahun perkahwinan, Myra tak pernah melalui saat-saat sukar, tertekan atau jadi tak keruan. Alhamdulillah dan mudah-mudahan kebahagiaan ini berpanjangan.

“Mira beruntung sebab suami seorang yang sangat membantu dan bijak merancang untuk pastikan semuanya berjalan lancar. Dia tahu apa yang terbaik untuk keluarga.

“Baik Myra atau Amar, masing-masing kalau buat sesuatu perkara semuanya secara sederhana. Kami tak beri tekanan pada diri sendiri dan Myra rasa formula yang kami guna ini menjadi.”

“Walaupun Myra menjadi isteri dan seorang ibu pada usia yang agak muda, Myra tidak pernah rasa diri ini terkongkong atau terbeban dengan tanggungjawab. Sebabnya, sejak dari dulu lagi Myra tidak suka habiskan masa di luar bersama kawan-kawan jika tiada keperluan. Sudah terbiasa sejak di bangku sekolah lagi.

“Mama (ibunya) seorang yang tegas dan garang, dia sangat menjaga pergaulan Myra. Melepak selepas habis waktu sekolah memang tidak dibenarkan. Sebagai anak perempuan sulung, Myra memang ‘dikepung’.

“Myra tak rasa kehidupan sekarang ini membosankan, sebaliknya gembira dan bahagia dengan apa yang dimiliki,” ujar Myra hati-hati.

Tidak terhenti di situ, Amyra terus melanjutkan bicara tentang resipi keharmonian rumah tangga dan bagaimana dia menyuburkan rasa cinta bersama suami tercinta. Jangan tak tahu, wanita ini tidak percaya dengan persepsi yang mengatakan perkahwinan sesama selebriti selalunya tidak berkekalan. 

“Pekerjaan bukanlah penentu sama ada perkahwinan kita akan kekal atau sebaliknya. Myra memang tak setuju dengan pandangan orang yang mengatakan perkahwinan sesama artis ini tidak berkekalan. 

“Sebenarnya ia terpulang pada individu itu sendiri. Sama ada dia jujur dan tahu tanggungjawab apabila sudah berkahwin.

“Myra dan Amar sebenarnya masih dalam mood bercinta walaupun kami sudah mempunyai dua orang anak. Sesibuk mana pun kami dengan aktiviti lakonan dan anak-anak, kami akan cari masa untuk berdua-duaan.”

“Walaupun sudah lama berkahwin, jangan sesekali lupakan saat-saat bersama suami sebelum kehadiran anak-anak dahulu. Cari masa untuk luangkan masa sebab lumrah lelaki bergelar suami dia mahukan perhatian daripada seorang isteri.”

“Mama yang juga bertindak sebagai pengurus kami sering ingatkan agar kami sentiasa meluangkan masa bersama.

“Selain itu, mama juga selalu berpesan kepada Myra, walaupun sudah lama berkahwin, jangan sesekali lupakan saat-saat bersama suami sebelum kehadiran anak-anak dahulu. Cari masa untuk luangkan masa sebab lumrah lelaki bergelar suami dia mahukan perhatian daripada seorang isteri.

“Jadi, baik Myra mahupun Amar, kami memang banyak luangkan masa bersama kalau tidak terikat dengan mana-mana penggambaran.

“Satu amalan yang kami buat sampai sekarang ialah, sebelum masuk tidur, kami akan luangkan masa seketika untuk berbual-bual. Seboleh-bolehnya Myra tak mahu saat-saat manis sewaktu bercinta terhenti begitu sahaja.”

“Selain itu, Myra juga selalu ingatkan Amar tentang tarikh-tarikh istimewa. Lelaki ini mudah lupa, jadi sebagai isteri Myra akan ingatkan dia. Jadi, tiadalah bermasam muka nanti kerana merajuk.

“Bagi Myra, untuk menjalin perhubungan yang sihat, setiap pasangan tidak perlu memendam perasaan. Luahkan, beritahu apa yang kita mahukan. Kalau simpan, hati akan merana dan lama-lama ia makan diri sendiri.

“Satu lagi perkara yang Myra dan Amar titik beratkan dalam perkahwinan kami adalah kena ada kepercayaan dan komunikasi.

“Jangan ikat pasangan anda, beri dia kebebasan tetapi adalah batasannya. Kalau kita terlalu mengongkong, tidak mustahil dia akan ‘terbang’ mencari peluang di luar sana.

“Jadi, apa-apa pun kena berterus-terang. Suka atau tidak, kena beritahu pasangan kita. Myra tidak pernah menyekat Amar. Begitu juga Amar,” kongsi Amyra mengakhiri bicara. 

Semoga kerjaya dan cinta Amyra terus mekar selamanya. - Getaran, 22 Mei 2021.

 

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN WAJAH TARA - GETARAN

Wajah TARA : Amyra Rosli

Editor Getaran: M. Zulkifli Abd Jalil

Penyelaras : Shah Shamshiri

Teks : Rahayu MN

Suntingan : Ili Farhana

Penata Gaya : Nurul Azwa (Gune)

Pakaian : Himpunan ‘Lost in The Forest’ oleh Melinda Looi

Solekan : Saidatulnisa Aminuddin

Jurugambar : Azim Rahman

Video Belakang Tabir : Alif Omar

Suntingan Video : Muharram Kasim

Rekaletak: Hanif Zahari

Lokasi : One World Hotel Petaling Jaya

Isu Pada

Amyra Rosli, Menyemai Cinta

22 May 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat