Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Menjamu Selera Di Kota Bangkok

Jika ke kota Bangkok, jangan lepaskan peluang ke Yana Restaurant Thai & International Halal Food dan Payathai Kitchen.

TARA Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2023 6:00PM

Jika berkesempatan menjejakkan kaki ke kota Bangkok, jangan lepaskan peluang mencari seleksi makanan kegemaran ini untuk dinikmati. - Gambar hiasan Pexels

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sama seperti Indonesia, Thailand juga adalah destinasi untuk memburu makanan lazat, selain terkenal dengan keindahan alam semulajadinya.  

Makanan Thai sememang sudah tidak asing dengan masyarakat Malaysia. Antara menu popular ialah tomyam, kari hijau, Gka Prow Gai atau ayam basil, Kari Massaman, Khanom Jeen Nam (laksa Thai), som tam, aiskrim kelapa, kastad labu dan tidak ketinggalan, hidangan kebangsaan Thailand iaitu Phad Thai. 

Memanglah tidak sukar mencarinya di Malaysia, namun keaslian rasanya tidak tepat! Melainkan anda mengunjungi restoran atau kafe berbintang empat atau lima.

Jadi, jika punya kesempatan menjejakkan kaki ke kota Bangkok, jangan lepaskan peluang mencari seleksi makanan kegemaran ini untuk dinikmati. 

Percayalah rasanya jauh lebih mewah dan berbaloi-baloi. Mencari restoran halal juga bukanlah satu isu. Ada banyak. Semua info hanya di hujung jari.

Bagaimanapun, untuk yang baru pertama kali mahu menjejakkan kaki ke Bangkok, di sini kami cadangkan dua lokasi selera yang mesti anda cuba apabila berada di negara gajah putih ini.

Kedua-dua restoran ini sentiasa dipenuhi oleh pencinta makanan Thai yang beragama Islam.

Yana Restaurant Thai & International Halal Food @ MBK Center 

Gambar oleh Rahayu MN
Gambar oleh Rahayu MN

Restoran yang terletak di tingkat 5 pusat beli-belah popular ini sebenarnya tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia dan juga pelancong muslim dari negara lain. Dek itulah, ada beberapa pekerjanya mampu berbahasa Melayu untuk melayan pengunjung.

Jika anda menjamu selera di sini, bermakna ada tidak perlu ragu-ragu tentang status halalnya kerana sijil pengesahan halalnya diperakui oleh pihak berwajib Thailand.

Nasi Goreng Daun Basil - Gambar oleh Rahayu MN
Nasi Goreng Daun Basil - Gambar oleh Rahayu MN

Pesanlah apa sahaja menu yang anda mahukan kerana setiap hidangan yang sampai ke meja,  pasti tidak mengecewakan.

Semangkuk tomyam panas pasti membuatkan anda tersenyum lebar. Lebih-lebih lagi jika anda mencuba tomyam bersantannya yang pekat dan penuh dengan isi makanan laut. Kecur liur dibuatnya. 

Fried Dried Salted Beef - Gambar oleh Rahayu MN
Fried Dried Salted Beef - Gambar oleh Rahayu MN

Selain itu hidangan mi supnya juga tidak boleh dilepaskan. Ada beberapa pilihan tersedia seperti daging lembu, daging lembu dan bebola daging, ayam dan juga ‘special’ yang menggabungkan kesemua bahan-bahan. Biarpun supnya cair dan jernih, namun rasanya padat dan mewah. Segalanya menyatu dalam satu mangkuk. Boleh tambahkan sedikit potongan cili jika anda penggemar makanan pedas. 

Jumbo Meatball Noodle Soup - Gambar oleh Rahayu MN
Jumbo Meatball Noodle Soup - Gambar oleh Rahayu MN

Lain-lain menu yang ada ialah ayam atau daging kari hijau, sup masam manis, kari panang, daging goreng lada hitam, som tam, kerabu mangga dan juga popia goreng untuk pembuka selera. 

Tentang harga, anda tidak perlu risau kerana ia berpatutan. Sesuai dengan saiz hidangan. Untuk lauk-pauk, setiap hidangan boleh dinikmati oleh dua hingga tiga orang. Untuk semangkuk mi sup contohnya ia berharga THB99, manakala harga untuk semangkuk tom yam ayam ialah THB199.

Fried Shrimp Cake - Gambar oleh Rahayu MN
Fried Shrimp Cake - Gambar oleh Rahayu MN

Jika memesan hidangan bersaiz individu pun, kuantitinya mengeyangkan. Percayalah, anda tidak akan menyesal menjamu selera di sini. 

2) Payathai Kitchen 

Gambar oleh Rahayu MN
Gambar oleh Rahayu MN

Tentang rasa, tidak perlu dipertikaikan lagi. Mereka yang pernah sampai, pasti akan singgah lagi apabila berada di Bangkok. Restoran ini terletak di Phetchaburi Road, Ratchathewi dan juga berhampiran dengan Masjid Darul Aman.

Jika anda menginap di kawasan Pratunam, anda juga boleh berjalan kaki kira-kira 20 minit untuk sampai ke sini. Jika tidak, boleh ambil BTS Sky Train, laluan Sukhumvit dan turun di stesen Ratchathewi.

Kari hijau ayam - Gambar oleh Rahayu MN
Kari hijau ayam - Gambar oleh Rahayu MN

Jadi apa yang boleh anda harapkan di restoran ini? Satu perkara yang anda harus tahu ialah, Payathai Kitchen bersaiz kecil dan jika datang pada waktu makan tengahari atau makan malam, berkemungkinan besar anda perlu bersabar menunggu meja kerana pada waktu ini memang ramai pelancong muslim yang singgah. Terutamanya dari Malaysia dan Indonesia. 

Selain itu, pekerja mereka juga tidak ramai, jadi sudah tentu ambil masa untuk menyediakan satu persatu hidangan yang dipesan. Penulis sendiri jatuh cinta dengan restoran ini, biarlah dekorasinya tidak fancy atau instagrammable, asalkan makanannya menjilat jari. Tambah bahagia, poket pun tidak rabak kerana harganya boleh dikatakan murah.

Tomyam merah - Gambar oleh Rahayu MN
Tomyam merah - Gambar oleh Rahayu MN

Tomyam merah atau tomyam putih misalnya cuma berharga THB89 untuk pilihan ayam. Manakala phad thai makanan laut berharga THB129, dan ikan siakap stim limau berharga THB329. 

Sepinggan atau semangkuk hidangan boleh dimakan berdua. Ini bermakna lebih banyak hidangan yang boleh dipesan jika anda seorang yang gemar mencuba itu dan ini. Jika diminta mencadangkan menu yang patut dicuba, penulis mahu anda menghirup tomyam merahnya yang pekat, mewah dengan rasa dan mempunyai aroma yang membangkitkan selera.

Sama ada ayam, daging atau makanan laut, rencah yang digunakan semuanya segar.

Salad makanan laut - Gambar oleh Rahayu MN
Salad makanan laut - Gambar oleh Rahayu MN

Begitu juga dengan salad suhunnya yang tidak lokek dengan makanan laut. Sotong dan udang bergelimpangan di dalam pinggan. Paling penting, ia secukup rasa. Ada pedas, manis, masin, masam. Boleh diratah begitu sahaja atau dimakan bersama nasi panas. 

Satu pesanan penting buat anda, jangan lupa sediakan wang tunai secukupnya kerana restoran ini tidak menawarkan kemudahan pembayaran mengunakan kad debit atau kredit. Tiada wang tunai bermakna anda tidak boleh makan di sini. - Getaran, 9 Julai 2023

Isu Pada

Danial Hansen Sedia Untuk Cipta Sejarah

08 Jul 2023

Sorotan

1

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

2

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

3

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

4

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

5

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

6

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET