Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Konsert Rossa Di Zepp KL Lebih Intim, Bawa Mahalini Dan Rizky Febian Sebagai Penyanyi Undangan

Kehadiran Datuk Seri Rossa kali ini adalah untuk mempromosikan lagu-lagu terbaru daripada album terbarunya yang berjudul 'Another Journey: The Beginning'

TARA Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2023 12:53PM

Rossa - Gambar Instagram Rossa

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nama penyanyi terkenal Indonesia,  Datuk Seri Rossa sememangnya sudah sinonim dengan peminat muzik di Malaysia. Lagu-lagunya sering diputarkan di radio tempatan dan menjadi pilihan kebanyakan rakyat Malaysia saat berhibur di pusat karaoke. 

Baru sahaja melakukan konsert besar pada tahun lalu, kali ini Rossa kembali untuk menghiburkan peminat-peminatnya di Malaysia menerusi Konsert Another Journey: The Beginning selama dua hari iaitu pada 13 dan 14 Julai 2023 yang merupakan Dream Festival Collaboration Vol 3. 

Kedatangan Rossa kali ini adalah untuk mempromosikan album terbarunya iaitu Another Journey : The Beginning yang mendapat sambutan hangat di Indonesia. 

“Saya sangat menantikan untuk membuat konsert di Zepp KL kerana kawan-kawan saya beritahu seronok menyanyi di situ. Konsert saya sebelum ini juga lebih formal dan tiketnya lebih mahal.

“Kali ini lebih santai dan intim. Saya juga akan menyanyikan banyak lagu baru saya daripada album terbaru ini. Pada malam itu nanti saya akan menyampaikan lebih daripada 20 buah lagu,” katanya.

Konsert yang sepatutnya berlangsung selama satu malam ini ditambah menjadi dua malam kerana permintaan tinggi daripada peminat.

“Sebenarnya ada kesilapan yang berlaku tentang penghebahan waktu membeli tiket. Tiba-tiba tiket ‘sold out’. Ramai yang marah-marah. Jadi kami mengambil inisiatif untuk menambah satu malam lagi,” ujarnya.

Menariknya untuk konsert kali ini, Rossa turut menjemput dua penyanyi popular dari Indonesia iaitu Mahalini dan Rizky Febian untuk menjadi penyanyi undangan. Rizky akan membuat persembahan pada 13 Julai, manakala Mahalini pula pada 14 Julai.

“Mahalini adalah komposer muda yang turut memberikan sentuhan emasnya pada lagu Lupakan Cinta dalam album terbaru saya. Saya sangat terharu apabila dia bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada sejarah konsert itu nanti,” jelasnya. 

Rossa juga turut mengundang bakat baru dari Malaysia iaitu Zareef Sein sebagai penyanyi jemputan dan pemain gitar yang dikenali sebagai Anuar.

Memandangkan konsert akan berlangsung selama dua malam berturut-turut, kata Rossa dan akan banyak istirehat selepas selesai malam pertama untuk memastikan dirinya kekal bertenaga untuk meneruskan konsert di hari kedua. 

Bercerita lebih lanjut mengenai album terbarunya, kata Rossa album istimewa ini dihasilkan selepas enam tahun tidak muncul dengan album.

“Album Another Journey : The Beginning begitu dekat di hati saya kerana ia berkisar tentang perjalanan yang saya lalui ketika pandemik.

“Selama melalui pandemik, banyak hal terjadi yang sekali gus mengubah perjalanan hidup manusia di seluruh dunia. Kita terpaksa berjauhan dengan insan yang kita sayang dan berusaha bertahan.

“Cerita hidup kita terus berjalan seiring dunia yang berubah. Perkara itu yang cuba saya kongsikan dalam album baharu ini. Kehadiran dan kepergian membenihkan pelbagai cerita dalam kehidupan saya. 

“Album ini menterjemahkan perjalanan emosi dan naik turun kehidupan saya sebagai manusia sepanjang tempoh yang menguji menerusi 10 buah lagu yang dimuatkan dalam album ini,” kongsinya.

Rossa turut bergandingan dengan nama-nama besar seperti Melly Goeslaw, Yovie Widianto, Enda Ungu, Rian D’Masiv. Beliau juga memberi peluang kepada nama baru yang semakin meningkat naik seperti Mahalini,  Andmesh dan Bersena Bestandhi. – Getaran, 7 Julai 2023

Isu Pada

Danial Hansen Sedia Untuk Cipta Sejarah

08 Jul 2023

Sorotan

1

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

2

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara