web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengeluaran Ford Fiesta Dihentikan Selepas 47 Tahun

Ford kini dalam proses untuk melabur hampir €2 bilion (US$2.18 bilion) di kilangnya di Cologne selain menukarnya untuk pengeluaran model kereta elektrik baharu, yang pertama akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2023 8:33AM

Kereta Ford Fiesta terakhir akan dipasang pada Jumaat, apabila pengeluaran kenderaan itu dihentikan di kilang Ford di bandar Cologne, Jerman - Gambar Hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DUSSELDORF (Jerman) - Kereta Ford Fiesta terakhir akan dipasang pada Jumaat, apabila pengeluaran kenderaan itu dihentikan di kilang Ford di bandar Cologne, Jerman, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kira-kira 20 juta Ford Fiesta dihasilkan di seluruh dunia sejak 1976, kira-kira separuh daripadanya di Jerman - dengan pemasangan awal di Saarlouis berhampiran sempadan Perancis, sebelum berpindah selama beberapa dekad di Cologne.

"Kisah kejayaan Fiesta masih jauh daripada berakhir," tulis syarikat itu pada 2016 sempena ulang tahunnya yang ke-40. Bagaimanapun, masanya kini telah tiba.

"Ini adalah acara penting untuk Ford. Ford lama akan meninggalkan Eropah dan Ford elektrik baharu akan muncul," kata pakar industri Ferdinand Dudenhoffer.

Ford kini dalam proses untuk melabur hampir €2 bilion (US$2.18 bilion) di kilangnya di Cologne selain menukarnya untuk pengeluaran model kereta elektrik baharu, yang pertama akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.

"Dengan Fiesta, Ford mendorong permotoran besar-besaran lebih jauh dan mencapai golongan muda dan keluarga dengan bajet yang sederhana dengan kereta kecil ini," kata Dudenhoffer, yang merupakan pengarah Pusat Penyelidikan Automotif di Duisburg.

Ford Fiesta amat popular di negara-negara Eropah selatan seperti Itali dan Greece, katanya.

Jualan Fiesta memuncak pada awal 1990-an, selepas itu kejayaannya beransur-ansur pudar.

Sementara itu Dudenhoffer meragui sama ada Ford sekali lagi akan menjadi peneraju model kereta masa depan seperti yang dilakukan dengan Fiesta. - Bernama-dpa

Isu Pada

Danial Hansen Sedia Untuk Cipta Sejarah

08 Jul 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini