web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Trip.com Beri Tawaran Menjimatkan Di 8 Destinasi Buat Semua Kaki Travel 

Penyedia perkhidmatan kembara sehenti antarabangsa ini akan melancarkan 7.7 Super Saver Sale atau Jualan Penjimatan Hebat 7.7 bermula 4 Julai hingga 7 Julai 2023.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2023 6:52PM

Trip Super Saver - Gambar Trip.com

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ada banyak cara untuk merancang sebuah percutian dengan harga yang jimat. Selain merancang beberapa bulan lebih awal, boleh juga mengintai promosi-promosi percutian yang dianjurkan oleh platform percutian seperti Trip.com. 

Penyedia perkhidmatan kembara sehenti antarabangsa ini akan melancarkan 7.7 Super Saver Sale atau Jualan Penjimatan Hebat 7.7 bermula 4 Julai hingga 7 Julai 2023.

Tawaran kilat harian ini dilaksanakan atas dasar siapa cepat dia dapat, dalam tiga slot masa iaitu 12 tengahari, 3 petang dan 8 malam.

Inilah peluang untuk ‘kaki travel’ merebut tawaran terbaik bagi hotel, penerbangan, tiket dan lawatan di pelbagai rantau dan negara termasuk Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Jepun, Korea, Vietnam, Hong Kong dan Taiwan.

Kod promosi eksklusif boleh didapati oleh pelanggan e-mel dan ahli kumpulan Telegram. Pengguna boleh menyertai kumpulan Telegram di t.me/TriptalksMY dan melanggan risalah  beritanya menerusi e-mel di my.trip.com/subscribe. Selain itu, pengguna juga boleh menantikan kod promosi rahsia yang hanya akan dipaparkan di halaman kempen di sini

Nikmati potongan sehingga 30 peratus dengan diskaun serta-merta RM60 untuk penerbangan antarabangsa yang berlepas dari Malaysia menerusi Malaysia Airlines, AirAsia, All Nippon Airways, STARLUX Airlines dan banyak lagi. Kod promosi bernilai sehingga RM150 juga disediakan dengan perbelanjaan minimum RM1,500 bagi tempahan penerbangan.

Dapatkan potongan sehingga 70 peratus daripada harga hotel untuk destinasi utama seperti Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Jepun, Korea, Vietnam, Hong Kong dan Taiwan. Pengguna boleh menggunakan kod promosi bernilai sehingga RM100 dengan perbelanjaan minimum RM1,000 bagi tempahan hotel. 

Tawaran juga disediakan bagi tiket dan lawatan, dengan potongan sehingga 50 peratus bagi lawatan terpilih ke tempat menarik dan juga tawaran beli satu, percuma satu. 

Manfaatkan tawaran Korea eSim 7 Day Pass (Pas 7 Hari eSim Korea), tiket ke Taman Tema Genting SkyWorlds dan Bangkok Wonderful Pearl Cruise dengan bufet makan malam. Kod promosi bernilai sehingga RM20 ditawarkan dengan perbelanjaan minimum RM100 bagi tempahan tiket dan lawatan. 

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang tawaran ini, boleh layari Trip.com.

Isu Pada

Danial Hansen Sedia Untuk Cipta Sejarah

01 Jul 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini