web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gucci Melantik Alia Bhatt Sebagai Duta Produk Pertama Dari India

Perlantikan ini menjadi peristiwa bersejarah di dalam hidupnya kerana menjadi salah satu wajah India yang terpilih untuk diiktiraf oleh wilayah fesyen global. 

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2023 1:02PM

Alia Bhatt - Gambar dari Instargam @aliaabhatt

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seperti kita lihat di kaca televisyen atau iklan-iklan yang ada, Gucci iaitu jenama fasyen dan barangan mewah dari Itali seringkali menampilkan artis popular seperti bintang Hollywood, Dakota Johnson, Julia Garner sebagai duta produk mereka.

Dalam sejarah jenama tersohor ini, buat kali pertamanya Gucci dengan memperkenalkan pelakon India Alia Bhatt sebagai duta global baharunya dari India. Perkara telah dimaklumkan  sendiri oleh Alia  semasa penampilan sulungnya di Met Gala pada awal bulan Mei lalu sambil memperagakan gaun putih hasil ciptaan pereka fesyen Prabal Gurung.

Pada masa sama, Alia juga memberitahu dia sudah bersedia untuk membuat kemunculan antarabangsanya di dalam filem Heart of Stone yang akan bergandingan bersama Gal Gadot dan Jamie Dornan.

Jadi tidak hairanlah jika jenama mewah Itali ini melamar pelakon popular tersebut sebagai wajah terbaharunya sebagai duta memandangkan kehadirannya di dalam industri hiburan dan perfileman juga sudah semakin meningkat naik di pentas global.

Alia turut meluah rasa penghargaan terhadap pelantikan tersebut menerusi hantaran di platform instagram miliknya dengan menyatakan Gucci sentiasa memberi inspirasi kepadanya

"Saya berbesar hati untuk mewakili rumah Gucci bukan sahaja di India tetapi di peringkat global. Legasi Gucci sentiasa memberi inspirasi dan menarik minat saya dan saya tidak sabar-sabar untuk membuat banyak pencapaian terhadap pakaian yang akan dicipta oleh kami bersama," katanya.

Selebriti ini juga telah membuat penampilan di pentas peragaan Gucci 2024 di Seoul sempena ulang tahun ke-25 jenama itu di negara tersebut.

Gucci menggabungkan Alia bersama beberapa duta mereka yang lain seperti Hanni NewJeans, pelakon popular dari China, Ni Ni dan Harry Styles untuk mengetengahkan beberapa lagi produk terbaharu jenama fesyen mewah tersebut. 

Langkah yang diambil Gucci ini telah membuka mata ramai pihak bahawa terdapat banyak lagi wajah-wajah jelita bertaraf antarabangsa dari India yang wajar untuk angkat sebagai duta.

Bahkan baru-baru ini, Deepika Padukone turut dilantik sebagai wajah Louis Vuitton, manakala Priyanka Chopra sebagai wajah jenama barang kemas, Bulgari.

Sebagai info tambahan, Alia bukan sahaja seorang pelakon malah dia juga seorang penerbit dan usahawan.

Dia mempunyai produksi miliknya sendiri iaitu Eternal Sunshine Productions. Projek filem sulungnya yang berjudul Darlings hasil kolaborasi bersama rumah produksi  Red Chillies telah ditayangkan di Netflix dan menjadi ia menjadi satu kejayaan yang menggemparkan. - Getaran, 2 Jun 2023

Isu Pada

Danial Hansen Sedia Untuk Cipta Sejarah

01 Jul 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini