Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tujuh Perkongsian Produk Apple ‘Fake’ Dicipta Oleh AI Midjourney

Beberapa gambar ciptaan dari artificial intelligence (AI) midjourney memaparkan barangan ‘fake’ terbaharu dari Apples yang menjadi perbualan hangat di dalam dunia teknologi. 

TARA Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2023 10:08AM

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila beberapa gambar ciptaan dari AI midjourney memaparkan barangan fake terbaharu dari Apples yang menjadi perbualan hangat dalam dunia teknologi. - Gambar AI midjourney

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pasti ramai yang mengetahui jenama peranti dunia yang menggunakan nama buah iaitu Apple. Ia dikendalikan oleh syarikat Apple Inc yang merupakan perusahaan teknologi multinasional yang berpusat di Cupertino, California. Syarikat ini dicipta untuk merancang, mencipta, mengembangkan produk seterusnya menjual barangan elektronik mereka ke pasaran dunia. 

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila beberapa gambar ciptaan dari artificial intelligence (AI) midjourney memaparkan barangan fake terbaharu dari Apples yang menjadi perbualan hangat dalam dunia teknologi. 

Berikut adalah tujuh produk fake Apples yang luar biasa dan menjadi persoalan adakah ia mempu dicipta atau tidak.

Apple Jetpack

Apple Jetpack
Apple Jetpack

Jika diimbas kembali, salah satu filem yang pernah memaparkan teknologi jetpack ini adalah Men In Black. Sebuah sut yang dipakai di belakang badan seperti bag galas dan mempunyai ekzos yang mengeluarkan bahan api untuk terbang. Terlihat di dalam AI tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Tim Cook sedang memakai objek itu dengan paparan harga bernilai 119, 999 USD (RM560,815).

Apple Robot

Apple Robot
Apple Robot

Kita dapat lihat terdapat banyak teknologi robot dicipta pada zaman ini bertujuan membantu manusia. 

AI ini tidak terlepas peluang untuk berkongsi gambaran Apple Robot. Ia mempunyai anggota badan yang hampir sama seperti manusia sebenar dan bertubuh lebih besar sedang berdiri di hadapan Tim Cook.. Harga yang dipaparkan untuk robot ini pula ialah 69,000 USD (RM322,471)

Apple Jeans

Apple Jeans
Apple Jeans

Kemudian produk yang agak tidak masuk akal bagi sebuah syarikat elektronik adalah  Apple Jeans. Ramai yang terkejut dan tertawa apabila melihat produk fabrik seluar jeans  yang dihasilkan lukisan AI ini. Jeans tersebut turut diperagakan Tim Cook dan nilainya 400USD (RM 1,869), dahsyat!

Apple Toilet 

Apple Toilet 
Apple Toilet 

Produk yang turut menjadi buah mulut ramai adalah  Apple Toilet atau lebih khusus dirujuk sebagai jamban seperti mana dalam gambar yang dikongsikan oleh AI tersebut dengan harga 10,169 USD (RM47,524). Terdetik dalam pemikiran penulis, apakah terdapat kecanggihan yang luar biasa mampu dipraktikkan oleh syarikat teknologi terhadap jamban ini? Mungkin ada mungkin jua tidak.

Apple Teleport

Apple Teleport
Apple Teleport

Kita beralih kepada gambaran AI produk Apple dengan teknologi yang lebih mencabar iaitu Apple Teleport. Wah, tidakkah anda terpegun dengan produk ini dengan paparan harga bernilai 29 juta USD (RM135 juta)? 

Teleport atau teleportasi bermaksud suatu konsep bayang di mana bahan atau tenaga dapat dipindahkan dari satu tempat ke satu lokasi yang lain pada tempoh masa yang singkat. 

Bagaimanapun, teknologi sains ini sekadar teori dan sehingga kini masih tiada satu kajian pun menyatakan ia berjaya dihasilkan.

Apple Orange

Apple Orange
Apple Orange

Lambang produk pun sudah menunjukkan ia diinspirasikan daripada buah epal. Tetapi produk Apple Orange yang dicipta di dalam AI ini berbentuk seperti buah oren. Untuk produk ini, ada kemungkinan buah oren tersebut ini sangat istimewa kerana harganya pun agak mahal iaitu dengan nilai 39 USD (RM182). Namun untuk membayangkan kehebatan produk tersebut adalah sesuatu yang sukar dikenal pasti.

Apple Ship

Apple Ship
Apple Ship

Produk yang paling mahal dan menggerunkan dengan nilai 1 billion USD (RM4,673,500) adalah Apple Ship, sebuah kapal angkasa. AI ini menghasilkan gambar kenderaan tersebut yang berbentuk bulat seakan-akan piring UFO. 

Papar ini membuatkan ramai yang terdiam dan menyatakan bahawa ia sesuatu perkara yang agak melampaui batas. Namun, terdapat juga respon yang menyatakan sokongan terhadap produk tersbut.

Berdasarkan paparan AI midjourney ini, ada di antara karya-karya ini   yang mungkin tidak mustahil untuk dicipta  syarikat Apple Inc. Namun secara jujurnya, terdapat produk yang tidak relevan untuk dipadankan bersama jenama tersebut. Apapun,  ia sekadar perkongsian sebuah AI terhadap produk ‘fake’ Apple. Mungkin boleh menjadi realiti atau sekadar fantasi. - Getaran, 2 Julai 2023 

Sumber: AK Researcher

Isu Pada

Danial Hansen Sedia Untuk Cipta Sejarah

01 Jul 2023

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik