web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Visa Percutian Kerja Australia Dilanjutkan Kepada Warga Britain Berumur Lebih 30 Tahun

Mengikut perjanjian perdagangan bebas (FTA) antara kedua-dua negara pada Mei, 16 juta lagi orang layak memohon berdasarkan peningkatan had umur daripada 30 kepada 35.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2023 8:00AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Menetap dan bekerja di Australia kini lebih mudah bagi berjuta-juta rakyat Britain mulai Sabtu apabila had umur bekerja untuk visa cuti bekerja dinaikkan, lapor PA Media/dpa.

Mengikut perjanjian perdagangan bebas (FTA) antara kedua-dua negara pada Mei, 16 juta lagi orang layak memohon berdasarkan peningkatan had umur daripada 30 kepada 35.

Had visa dua tahun sedia ada akan dinaikkan kepada tiga tahun lagi, dan tidak perlu berturut-turut, pada 1 Julai 2024 selain tanpa keperluan untuk bekerja dalam sektor perladangan selama berbulan-bulan dalam tempoh berada di negara itu.

Perjanjian itu juga akan memudahkan warga Australia bekerja dan melancong di United Kingdom (UK).

Peraturan yang sama diperkenal di New Zealand pada Jumaat dengan lanjutan tempoh visa Julai depan serta penambahan peluang had tahunan Skim Cuti Kerja UK kepada 15,000.

Menteri Perdagangan UK Nigel Huddleston berkata perubahan itu akan menyediakan kemudahan yang lebih fleksibel bagi warga Britain untuk memilih sektor pekerjaan ketika berada di negara hemisfera selatan itu dengan tidak lagi perlu bekerja di ladang.

Pegawai di Jabatan Perniagaan dan Perdagangan berkata peraturan baharu yang dipersetujui dengan Australia itu juga bermakna buat kali pertamanya, mereka daripada sektor perkhidmatan UK termasuk arkitek, saintis, penyelidik, peguam dan akauntan, akan mempunyai akses kepada visa. untuk bekerja di Australia tanpa tertakluk kepada senarai pekerjaan mahir Canberra yang berubah-ubah.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian Wellington, profesional UK, seperti peguam dan juruaudit, akan dapat bekerja di New Zealand dengan lebih mudah dan membawa keluarga mereka bersama, menurut jabatan itu. - Bernama-PA Media/dpa

Isu Pada

Danial Hansen Sedia Untuk Cipta Sejarah

01 Jul 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini