web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polisi ‘Once Broken, Considered Sold’, Adakah Sah Di Sisi Islam?

Frasa ini sering dilihat di premis-premis pusat membeli belah yang bermaksud jika sesuatu barang itu pecah atau rosak, anda dikira wajib untuk membayar dan polisi ini sah diguna pakai.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2023 12:15PM

Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mesti ramaikan yang pernah lihat papan tanda atau label ‘Once Broken, Considered Sold’ di premis-premis pusat membeli belah atau dalam erti kata lain jika sesuatu barang itu pecah atau rosak, anda dikira wajib untuk membayar dan membeli produk tersebut.

Peringatan tersebut bertujuan mengingatkan kepada pelanggan yang hadir supaya lebih berhati-hati ketika menyentuh atau membelek barang yang dipamerkan. Iyalah, barang yang menarik mestilah perlu dipamerkan untuk menarik perhatian pengunjung. 

Langkah meletakkan frasa dan mempraktikan polisi tersebut adalah perlu supaya pemilik kedai tidak menanggung rugi. - Gambar hiasan Unsplash
Langkah meletakkan frasa dan mempraktikan polisi tersebut adalah perlu supaya pemilik kedai tidak menanggung rugi. - Gambar hiasan Unsplash

Namun, adakah polisi jual beli ‘Once Broken, Considered Sold’ ini sah dalam Islam dan apakah ia dibenarkan? Jawapannya, sah dan dibolehkan! Menurut Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, barang yang dirosakkan dengan sengaja atau tidak sengaja perlu diganti semula dengan nilainya.

Bahkan, langkah meletakkan frasa dan mempraktikan polisi tersebut adalah perlu supaya pemilik kedai tidak menanggung rugi.

Hal ini kerana ia tidak merujuk kepada aktiviti jual beli tetapi ia lebih kepada perbuatan individu itu sendiri. Terdapat hadis yang dinyatakan oleh al-Hafiz Ibn Abd al-Bar bahawa harta seseorang yang dirosakkan perlu diganti.

أن الأموال تُضمن بالعمد والخطأ

Maksudnya: Sesungguhnya harta-harta dijamin daripada kerosakan atau musnah (oleh seseorang) secara sengaja atau tidak sengaja.                       

     (Rujuk al-Istizkar 279/7)

Jadi sebaiknya jika kita melihatnya terlebih dahulu dan jika seseorang itu hendak mengetahui barang tersebut dengan lebih lanjut, panggilkan promoter yang bertugas untuk mendapat penerangan sebelum membelinya.

Tidak dinafikan, kadang-kala berlaku kemalangan atas kecuaian diri sendiri. Bagaimanapun, dosa kesalahan yang dilakukan kerana tersilap, terlupa atau dipaksa akan diampunkan Allah SWT.

إِنَّ اللَّهَ قَدْ تَجَاوَزَ عَنْ أُمَّتِي الْخَطَأَ، وَالنِّسْيَانَ، وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ

Maksudnya: Sesungguhnya Allah memaafkan kesalahan yang dilakukan umatku kerana tersilap, terlupa atau kerana dipaksa.                        

Riwayat Ibn Majah (2043)

Namun dalam konteks perniagaan, barang tersebut tetap perlu digantikan. Saidina Abu Bakar RA meriwayatkan bahawa beliau menyaksikan Rasulullah SAW menyampaikan khutbah ketika Hujjatul Wada’, baginda bersabda:

أَلَا ‌إِنَّ ‌دِمَاءَكُمْ ‌وَأَمْوَالَكُمْ ‌وَأَعْرَاضَكُمْ ‌عَلَيْكُمْ ‌حَرَامٌ كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ هَذَا

Maksudnya: Sesungguhnya darah-darah kamu, harta-harta kamu dan maruah kamu adalah suci sebagaimana sucinya hari ini...

Riwayat Ahmad (18966) 

Kawal diri atau anak-anak ketika masuk ke dalam premis-premis dan sentiasa berjaga-jaga supaya kejadian barang pecah atau rosak dapat dielakkan. - Gambar hiasan Unsplash
Kawal diri atau anak-anak ketika masuk ke dalam premis-premis dan sentiasa berjaga-jaga supaya kejadian barang pecah atau rosak dapat dielakkan. - Gambar hiasan Unsplash

Oleh itu, kawal diri atau anak-anak ketika masuk ke dalam premis-premis berkenaan dan sentiasa berjaga-jaga supaya kejadian barang pecah atau rosak dapat dielakkan. Semoga Allah sentiasa melindungi kita daripada berlaku perkara yang tidak diingini berlaku. - Getaran, 24 Jun 2023 

Sumber Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

24 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Berpakaian Kurang Sopan Ketika Berjual Beli Di Media Sosial, Apa Hukumnya?

2

Politik 2 tahun yang lalu

Tak Wajar Angkat PAS Wakil Islam, Pandangan Wan Salim Amat Tepat

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mufti Pulau Pinang Pertahan Tindakan Batal GVF 2023

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Pewaris Bayar Cukai: Kerajaan Belum Cadang Pinda Akta - Ahmad Maslan

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini