web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Teknologi Pemetaan Cahaya 'Gemerlapkan' Ipoh, Gamit Pelancong Ke Perak

Teknologi yang diaplikasikan di Hutan Hujan Lumina iaitu pertunjukan visual dan bunyi berkonsepkan pemetaan cahaya pasti menjanjikan keseronokan kepada pengunjung.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Jun 2023 4:36PM

Pengarah Kreatif Pincer MBI Studio Mohamad Nadhir Zuhair Mohamad Nozi menunjukkan projek pemetaan cahaya Kinta Limestone Nightwalk yang akan menjadi produk pelancongan baharu di Ipoh ketika ditemui Bernama baru-baru ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Berinspirasikan teknologi di Hutan Hujan Lumina di Singapura, kerajaan negeri melalui Pincer Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Studio akan mewujudkan satu lagi produk pelancongan baharu iaitu “Kinta Limestone Nightwalk” bagi pelancong yang gemarkan keunikan aktiviti riadah mereka.

Teknologi yang diaplikasikan di Hutan Hujan Lumina iaitu pertunjukan visual dan bunyi berkonsepkan pemetaan cahaya pasti menjanjikan keseronokan kepada pengunjung.

Pengarah Kreatif Pincer MBI Studio Mohamad Nadhir Zuhair Mohamad Nozi berkata industri pelancongan Perak memerlukan produk baharu terutama bagi menarik lebih ramai pelancong berkualiti berikutan ia semakin berkembang selepas dua tahun terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Pincer MBI Studio bertanggungjawab memastikan kemeriahan dan kegemerlapan 'Kinta Riverwalk' suatu ketika dahulu bakal kembali menjadi 'ikon malam' dan destinasi santai di bandar raya Ipoh, inilah projek perintis  yang akan menjadi tarikan baharu kelak. 

"Kita mahu jadikan Lembah Kinta ini sebagai tempat yang mampu bersaing seperti Lembah Klang dari segi tempat menarik untuk dilawati dan wajib singgah buat semua lapisan umur," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Pincer MBI Studio di sini.

Mohamad Nadhir berkata projek yang dijangka disiapkan pada fasa suku keempat tahun ini hanya boleh dilakukan pada waktu malam menggunakan teknik dan teknologi terkini dalam menghasilkan paparan dalam bentuk 3D.

"Kenapa kita nak buat seperti yang ada di Singapura kerana kita juga mempunyai anak seni tempatan yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini dan kita mahu wujudkan versi negara kita atau versi Perak itu sendiri," katanya sambil menyatakan langkah berkenaan sebagai sebahagian usaha mempromosi Tahun Melawat Perak (TMP) 2024 dan Tahun Melawat Ipoh 2023. 

Menurut Mohamad Nadhir lagi, bandar raya Ipoh mampu menjadi platform utama mempromosi sektor pelancongan untuk menarik lebih ramai kedatangan pelancong ke daerah itu sekali gus menginap di situ sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi lain. 

"Kita tidak mahu pelancong jadikan Ipoh sebagai tempat 'persinggahan' sementara untuk menikmati makanan semata-mata dan mereka tidak bermalam di sini. 

"Rata-rata tinjauan yang kita lakukan mendapati mereka akan singgah di Ipoh dan akan bermalam di Pulau Pinang, begitu juga sebaliknya dari Pulau Pinang jadikan Perak seperti 'RnR' dan teruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. 

"Kenapa mereka tidak bermalam di sini kerana tidak ada aktiviti malam atau daya tarikan waktu malam di Ipoh dan saya yakin jika wujudnya produk pelancongan baharu ini kelak mereka akan menginap untuk alaminya sendiri,” katanya. 

Justeru katanya, sudah sampai masa beliau selaku anak jati Perak melakukan sesuatu untuk merancakkan sektor pelancongan di dalam negeri melalui pengalamannya yang pernah terlibat secara langsung dalam industri seni visual pemetaan cahaya selain menjayakan projek di dalam dan luar negara.  

Pelajar jurusan Mekatronik Institut Jerman-Malaysia (GMI) itu berkata sebelum ini, beliau bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak pada 2019, menjayakan projek Tahun Melawat Johor 2020 termasuk Perbadanan Muzium Negeri Pahang selama tiga tahun. 

"Saya juga pernah bekerjasama dengan Disney Malaysia dan Astro sempena pelancaran drama bersiri Wizards of Warna Walk pada 2019 menukarkan lampu pada Menara Kuala Lumpur dengan penggunaan teknologi Internet Benda atau IoT mengikut warna citarasa mereka. 

"Itu sebab saya nak curahkan pengalaman yang saya ada melalui penglibatan di peringkat Majlis Belia contohnya, setiap daerah ada satu projek khas agar Perak secara keseluruhannya mampu bercahaya di daerah-daerah bukan sekadar di Ipoh sahaja," katanya. - Bernama

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

24 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Ditutup Akibat Tanah Runtuh

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini