web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini 

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur.

TARA Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2023 6:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Daddy's Home

Sempena sambutan Hari Bapa yang disambut pada hari ini, barangkali ada baiknya juga jika anda dapat luangkan masa menonton filem Hollywood, Daddy’s Home. 

Filem komedi berkisahkan tentang seorang bapa tiri bernama Brad (lakonan Will Ferrell) yang berkongsi kasih sayang dua anak tirinya bersama bapa kandung, Dusty (Mark Wahlberg) yang telah hilang selama 10 tahun.

Dusty terasa tercabar apabila mengetahui bekas isterinya berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak ganas dan begitu lemah lembut. Brad seorang yang penyabar ingin mendidik anak tirinya untuk menjadi manusia yang bersopan santun san merasakan didikkan yg diberikan oleh Dusty sebelum ini tidak membawa kebaikan.

Maka kedua-dua mereka telah berazam untuk menunjukkan siapakah bapa yang terbaik untuk anak-anak mereka. Pelbagai cara dan taktik digunakan untuk mempengaruhi anak-anak ini supaya mereka memilih seorang sahaja sebagai bapa yang sebenar.

Filem yang diarahkan oleh Sean Anders ini ditayangkan pada 2015 dan kini boleh ditonton di saluran Netflix.

My Father Is A Playboy

 

Filem dari Vietnam yang sangat menyayat hati ini diarahkan Huynh Dong manakala skripnya ditulis oleh Toto Chan dan Lee Minh. Ditayangkan pada 2022 ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang playboy dan sering bertukar-tukar teman wanita. 

Suatu hari, salah seorang bekas teman wanitanya datang dan menyerahkan seorang bayi perempuan. Bekas teman wanitanya itu memberitahu bahawa bayi itu adalah anak mereka. Si playboy ini terkejut dan mencari kembali bekas wanitanya itu untuk menyerahkan bayi tersebut kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa dia mempunyai anak. 

Pelbagai halangan yang terpaksa dilaluinya saat mencari bekas teman wanitanya itu. Akhirnya dia bercadang untuk meletakkan anaknya itu di sebuah kuil tetapi dihalang oleh rakannya yang sanggup menjaga dan membela anak tersebut. 

Si Playboy itu kemudian menyedari kesilapannya dan sewaktu mengingati semula masa lalunya, dia menjaga anak tersebut dengan baik. Bahkan, dia juga turut bekerja keras untuk membesarkan anak tersebut.  

Setelah anaknya semakin sudah bersekolah, anaknya itu mual bertanya tentang ibunya. Si playboy terpaksa berbohong dengan mengatakan bahawa ibunya seorang wanita yang hebat kerana sering menyelamatkan anak kecil lain. 

Suatu hari, si ibu datang berjumpa dengan anaknya itu bersama kekasih baharunya. Dia mengajak anaknya itu berpindah ke Singapura. 

Walaupun kehidupan ibunya sudah semakin baik, namun si anak tidak mahu tinggalkan bapanya kerana dia menganggap ayahnya itu adalah ayah nombor satu di dunia. 

Apakah kesudahan seterusnya? Saksikan filem yang dibintangi Tien Luat, Be Bao Thi, Be Vi An, Van Trang, Huynh Phuong, Nguyen Thao, Khuong Ngoc, Lam Vy da, Khanh Linh, dan Ngo Kien Huy ini di Netflix. Selamat Hari Bapa!  – Ellyna Ali 

The Village

The Village ialah filem terbaharu di Netflix dari Jepun. Ia dilabelkan sebagai cerita yang mempunyai rating 16+ dan amaran keganasan. Bagaimanapun, plot dan elemen genre sebenar lebih dekat dengan jenayah dan thriller.

Filem ini turut dikategorikan sebagai drama. Mungkin kerana peralihan dari satu plot ke plot berjalan sangat perlahan. Walaupun ia tidak berdarah dan ganas seperti siri jenayah, thriller, seram yang lain, namun The Village mampu membuatkan penonton berasa ‘seram-sejuk’ untuk babak-babak tertentu.

Ia mengisahkan tentang Yu Katayama (Ryûsei Yokohama) sebagai watak utama. Dia merupakan seorang pemuda yang tinggal di kampung yang terpencil tetapi memiliki kecantikan luar biasa. Kampung yang dinamakan Kamonmura ini, biarpun kecil, namun nampaknya hampir mustahil untuk seseorang melarikan diri daripadanya. Sekurang-kurangnya untuk Yu.

Yu telah tinggal di Kamonmura semenjak lahir, dan masa lalunya (atau lebih tepatnya keluarganya) membuatkan dia terperangkap di sana. Kehidupan yang dilalui Yu tidak sama dengan orang lain kerana dia adalah mangsa buli yang dibuli dan dipukul setiap hari. – Rahayu MN 

Gumraaah

 

Tersenarai dalam ranking 10 teratas rancangan popular di Netflix Gumraah yang dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Aditya Roy Kapoor, Mrunal Thakur, Ronit Roy, Vedika Pinto dan Manoj Bakshi ini merupakan remake filem tamil yang berjudul ‘Tadam’.

Diterbitkan Cine One Studio bersama T-Series Films, Gumraah mengisahkan tentang Arjun Sehgal (Aditya Roy Kapoor) yang dibawa ke balai polis tempatan sebagai suspek kepada satu kes pembunuhan. 

Mengikut alibi Arjun, dia berada di pejabat untuk meraikan  pembukaan pejabat baharunya, dan kemudiannya tersadai di tepi jalan kerana tayar keretanya pancit. 

Selepas tiga jam, baru dia berjaya pulang ke rumah kerana alat pembaiki kereta kepunyaannya rosak jadi terpaksa tunggu sesiapa yang sudi membantu. 

Pihak polis masih bertegas bahawa Arjun adalah pembunuhnya kerana muka Arjun jelas terpampang dalam gambar yang diambil oleh jiran sebelah rumah secara tak sengaja. 

Namun, kejutan besar menanti pihak polis apabila mereka menerima kedatangan Sooraj Rana (Aditya Roy Kapoor) yang mempunyai wajah saling tak tumpah dengan Arjun. Dia dibawa ke balai kerana memandu secara mabuk. 

Inspektor Shivani Mathur (Mrunal Thakur) percaya yang Arjun tak bersalah kerana alibinya yang kukuh namun ketuanya, ACP Dhiren Yadav (Ronit Roy) pula tak mahu lepaskan peluang untuk menyumbat Arjun dalam penjara. 

Siasatan dilakukan sekali lagi di rumah mangsa, Aakash Sardana (Aditya Lal) dengan kehadiran pasukan forensik namun mereka masih juga buntu mencari siapa pembunuh sebenar. 

Bagi peminat filem thriller, Gumraah bakal menjadi sebuah  filem wajib ditonton pada hujung minggu ini. Selamat menonton!. – Rubini Nagarajah.

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

17 Jun 2023

Sorotan

1

Sharul Aimy Lakar Sejarah, Raih Pingat Sulung Negara Pada Kejohanan Asia

2

2 Gol Penang FC Batal, Akur Seri 0-0 Dengan Terengganu

3

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

4

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

5

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

6

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman