web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kepakaran Basikal Officine Mattio Dari Itali Ada Di Bike And Beans Café, Putrajaya

Basikal ini menggunakan carbon fiber yang sama digunakan pada kenderaan mewah seperti Ferrari dan Lamborghini.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2023 12:13PM

Bike and Beans Cafe telah diumumkan sebagai pengedar tunggal untuk basikal jenama dari Itali, Officine Mattio

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sukan berbasikal kini dilihat telah menjadi aktivit kormesial berikutan ia mempunyai pengikut yang ramai tidak kira usia muda atau tua.

Jika anda seorang pemain basikal, tentunya penting untuk anda mengambil serious terhadap pemilihan jenis basikal untuk dikayuh. Dari setiap komponen dan bahagian basikal memainkan peranan untuk mendapatkan prestasi kayuhan yang baik

Jika anda berhasrat atau ingin mencari  barangan serta basikal yang mantap, apa kata anda hadir ke Bike and Beans Cafe di Menara Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya. Ini kerana baru-baru ini, kafe tersebut secara rasminya telah diumumkan sebagai pengedar tunggal untuk basikal jenama dari Itali, Officine Mattio.

Jenama ini mengetengahkan kepakaran mereka dalam membaiki atau menghasilkan basikal buatan tangan. Antara istimewanya, carbon fiber yang digunakan pada badan basikal ini merupakan bahan yang sama digunakan pada kenderaan mewah seperti Ferrari dan Lamborghini. Dahsyat dan pastinya memberi prestasi kayuhan dan kelajuan yang baik.

Selain daripada reka bentuknya yang eksklusif, setiap perincian komponen turut dihasilkan dengan penuh teliti. Bahkan anda boleh mengubahsuai atau customise basikal tersebut mengikut cita rasa anda termasuklah warna yang diinginkan.

Pengarah Pemasaran Bike and beans Café, Samsul Kamal Arrifin
Pengarah Pemasaran Bike and beans Café, Samsul Kamal Arrifin

Pengarah pemasaran Bike and beans Café, Samsul Kamal Arrifin berkata, Officine Mattio adalah sebuah produk yang mementingkan kualiti dan bukan kuantiti.

“Officine Mattio membuat satu keputusan untuk tidak menyertai (menaja) mana-man kejohanan-kejohanan yang dianjurkan. 

“Ini kerana apabila mereka menyertainya, produk tersebut akan menjadi permintaan tinggi dan mereka perlu menghasilkan basikal secara besar-besaran. Ia akan mempengaruhi kuantiti bukan kualiti,” katanya.

Tambahnya, dia melihat industri basikal di Malaysia sudah ke arah yang lebih matang berikutan aktiviti ini bukan sahaja untuk bersukan malah ia dijadikan sebagai collectors. 

Turut ditekan bahawa semahu mana pun pengayuh itu mahu mengekalkan gaya hidup sihat dengan berbasikal, undang-undang masih wajib diikuti untuk mengelakan persepsi yang buruk.

“Walaupun kita nak mengekalkan lifestyle yang aktif tapi kita masih perlu ikut undang-undang. Ada juga kadang-kadang saya rasa persepsi negatif terhadap kumpulan cyclist ini mungkin sebab ingin menjadikan aktiviti ini sebagai status simbol tetapi ia terpulang kepada hak masing-masing,” katanya. 

Menariknya, penempatan barangan jenama ini digabungkan bersama premis Bike and Beans Café kerana anda atau pemain basikal boleh hadir sarapan atau minum kopi selepas penat berkayuh sambil cuci-cuci mata melihat barangan tersebut. Mana tahu ada yang berkenan dihati, boleh dapatkannya terus disitu. 

Oleh itu, sinergi gabungan dua entiti perniagaan dalam satu tempat ini antara rancangan untuk memperluaskan lagi Bike and Beans ke sepuluh lokasi di seluruh Malaysia dalam masa 18 bulan ini dan Officine Mattio yakin akan menjadi jenama basikal premium yang terkenal di Malaysia. - Getaran, 17 Jun 2023 



 

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

17 Jun 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini