web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Australia Barat, Destinasi Yang Ada Segalanya, Waktu Perjalanan Hanya 5 Jam dari Kuala Lumpur

Australia Barat merupakan destinasi percutian terbaik untuk pengembaraan bersama keluarga. Anda boleh meronda di kota, mengintai kawasan perkampungan, malah berseronok di tepian pantai.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2023 8:20PM

Giants of Mandurah, salah satu tarikan di Australia. - Gambar Tourism Western Australia

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Merancang percutian, khususnya ke luar negara sememangnya mencetuskan keterujaan baik kepada anak-anak mahupun ibu bapa.

Jika anda inginkan destinasi yang menawarkan pengembaraan mendebarkan, keindahan alam yang mempesona dan lokasi yang cukup menarik untuk berehat dan meluangkan masa berharga bersama keluarga, Australia Barat adalah jawapannya.

Penerbangan terus hanya mengambil masa lima jam dari Kuala Lumpur ke Perth, Australia Barat, negeri yang kaya dengan khazanah alam dan kepelbagaian hidupan liar yang terpelihara dalam keunikan budayanya. 

Untuk kanak-kanak, mereka berpeluang mengenali pelbagai hidupan liar dan semua yang ditawarkan oleh alam semula jadi dengan penginapan ladang.

Manakala, pelancong dewasa pula boleh berjalan-jalan meneroka keindahan pemandangan desa sebelum menikmati pelbagai hidangan enak di Lembah Swan (Swan Valley).

 Pulau Rottnest
Pulau Rottnest

Antara yang wajib dimasukkan ke dalam agenda percutian anda  ialah menjejak pantainya yang bersih atau mengintai flora dan fauna di Pulau Rottnest (Rottnest Island).

Tarikan ini merupakan cara yang bagus untuk menyelitkan sedikit pembelajaran di luar sekolah untuk anak-anak ketika bercuti, dan meneroka pulau yang kaya dengan sejarah budayanya ini.

Berikut adalah tiga set pengalaman berbeza yang boleh anda rasai sekiranya menjejakkan kaki ke  Australia Barat.

1) Bertemu mesra dengan hidupan liar Australia barat

Caversham Wildlife Park
Caversham Wildlife Park

Pengembaraan mengenali hidupan liar boleh dimulakan di Caversham Wildlife Park. Taman milik keluarga ini menempatkan pelbagai spesis hidupan liar yang terbesar di Australia Barat. 

Bawalah anak-anak anda untuk merasai pengalaman bertemu haiwan paling unik dan menarik di Australia. Anda dan anak-anak akan menerima layanan istimewa daripada penjaga hidupan liar yang berdedikasi. Boleh juga bergambar bersama koala dan menyaksikan persembahan haiwan yang comel. 

Jika ke Pulau Rottnest, susah lepaskan peluang untuk bertemu haiwan paling gembira di dunia iaitu quokka. Haiwan paling ikonik di Australia Barat cukup mesra dengan pengunjung, sebab itulah ramai yang berswafoto dengan mamalia marsupial yang sentiasa tersenyum ini. 

Selain bertemu quokka, ada banyak lagi aktiviti menarik untuk dilakukan di pulau ini. Terdapat 63 pantai dan 20 teluk untuk diteroka. Anda boleh menyewa basikal dan keliling pulau atau menaiki bas ronda.

Hidupan liar di Australia Barat bukan sekadar di darat, tetapi juga di laut. Negeri ini terkenal sebagai salah satu lokasi terbaik di dunia untuk melihat ikan paus.

Di sinilah berlakunya migrasi ikan paus terbesar di hemisfera selatan. Bawalah keluarga anda mengikuti  lawatan melihat ikan paus untuk menyaksikan sendiri paus biru, orca, humpback atau southern right secara lebih dekat.

Aturkan aktiviti khas untuk anak-anak yang lebih besar dengan Perth Wildlife Encounters supaya mereka boleh berenang bersama ikan lumba-lumba Bottlenose di Rockingham.

Bahkan dengan bersnorkel, anak-anak anda boleh menyaksikan persembahan ikan lumba-lumba yang menyeronokkan.

Jika masih belum puas mengenali hidupan liar di Australia Barat, ada satu lagi lokasi terbaik untuk anda sekeluarga kunjungi iaitu Zoo Perth. 

Zoo ini menempatkan lebih 1,300 haiwan dan menjadi pusat konservasi haiwan. Di sini, anak-anak anda akan merasai pelbagai pengalaman – daripada berada dekat dengan haiwan, kepada melihat haiwan diberi makan dan mendengar rancangan bual bicara mengenai haiwan.

2) Bersatu dengan keindahan alam yang luar biasa

Law Walk di Kings Park and Botanic Garden
Law Walk di Kings Park and Botanic Garden

Jika dambakan sesuatu yang lebih mencabar, pergilah berjalan-jalan di Law Walk di Kings Park and Botanic Garden. Bersebelahan dengan Swan River (Sungai Swan), salah satu taman dalam bandar yang terbesar di dunia, denai mesra keluarga sepanjang 2.5 kilometer ini menyusuri lereng Gunung Eliza (Mount Eliza), di mana anda akan disambut oleh hutan belukar yang menyejukkan mata di Kings Park. 

Untuk memahat memori indah, datanglah pada bulan September untuk melihat keunikan pemandangan kawasan seluas lebih 400 hektar ini yang menyajikan limpahan warna bunga daripada 3,000 spesies bunga liar yang mekar.

Penuhi keinginan kembara anda untuk melihat pemandangan matahari terbenam yang cukup mengasyikkan di Australia Barat dengan mendaki trek di Air Terjun Lesmurdie. 

Pemandu pelancong terlatih dan berpengalaman dari Off The Beaten Track WA akan mengemudi perjalanan anda ke puncak, dan anda sekeluarga akan dapat menikmati  pemandangan bandar Perth dan lembah Mundy Regional Park. 

Jauh dari kesibukan kota Perth, susuri trek Swan Coastal Plain di Yanchep National Park dan nikmati biodiversitinya yang menakjubkan. Ambillah peluang berehat dengan piknik bersama anak-anak sambil melihat kanggaru western grey, dan menemui ikon Australia di laluan Koala ketika berada di sana.

Suntikan keseronokan dalam penerokaan alam semula jadi anda dengan mengunjungi Giants at Mandurah yang dicipta oleh artis kitar semula, Thomas Dambo.

Pada kemunculan pertama mereka di Australia ini, anda boleh mencuba permainan mencari arca istimewa yang menarik dan mengembara ke tanah orang Bindjareb Noongar, sambil anda dan anak-anak mengesan kedudukan gergasi rahsia yang terakhir.

3) Aktiviti yang mengeratkan ikatan kekeluargaan

Lembah Swan
Lembah Swan

Lembah Swan (Swan Valley) yang hanya 25 minit dari Perth, mempunyai banyak ladang anggur dan pastinya menghidangkan pemandangan ladang anggur yang menenangkan jiwa.

Salah satu ladang anggur untuk disinggahi ialah Grapes on Swan, di mana anda boleh memetik anggur terus dari ladang. 

Satu lagi aktiviti keluarga yang menyeronokkan ialah melawat 70 bangunan bersejarah dari seluruh dunia dan bermain kereta api model berskala di Amaze Miniature Park. Taman ini mempunyai koleksi mercu tanda mini dari seluruh dunia, termasuklah Menara Eiffel, Taj Mahal dan banyak lagi. 

Keindahan semula jadi yang menyegar dan mendamaikan.
Keindahan semula jadi yang menyegar dan mendamaikan.

Cara terbaik untuk meneroka Australia Barat ialah melalui kembara jalan raya (road trip). Anda boleh lakukan banyak persinggahan di sepanjang perjalanan. Ada banyak yang boleh dilihat dan dinikmati. Sama ada pemanduan ke destinasi yang dekat dengan bandar atau merancang perjalanan untuk beberapa hari, kembara jalan raya adalah peluang terbaik untuk anda mencipta memori indah bersama keluarga yang akan dikenang sepanjang hayat. 

Bagi membantu anda merancang kembara anda ini, Tourism Western Australia melancarkan sebuah panduan untuk kembara jalan raya ke seluruh negeri ini. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah memilih satu daripadanya dan mulakan pemanduan anda.

Bagi mendapatkan butiran lanjut dan inspirasi destinasi untuk percutian keluarga anda yang seterusnya, sila kunjungi laman web Tourism Western Australia di https://www.westernaustralia.com. - Getaran, 10 Jun 2023

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

10 Jun 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini