Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini 

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan empat tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur.

TARA Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2023 6:05PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tu Jhoothi Main Makkaar

Tersenarai sebagai filem trending di platform Netflix, ‘Tu Jhoothi Main Makkaar’ merupakan filem Bollywood romentik komedi terbaharu di bawah arahan Luv Rajan.

Filem terbitan rumah produksi Yash Raj Films ini dibintangi oleh Ranbir Kapoor, Shraddha Kapoor, Dimple Kapadia, Anubhav Singh Bassi dan Boney 

Ia membawa kisah Rohan yang lebih dikenali dengan nama ‘Mickey’ Arora (Ranbir Kapoor) dibesarkan dalam keluarga berada dan menggunakan kekayaanya untuk membantu pasangan yang ingin keluar dari hubungan cinta mereka. 

Semua maklumat akan dikumpul dan team Mickey akan membantu individu yang ingin menggunakan perkhidmatannya.. 

Semasa bercuti di Sepanyol bersama kawan baiknya, Daabas (Anubhav Singh Bassi) dan Kinchi (Monica Chaudhary), Mickey telah bertemu dengan Nisha ‘Tinni’ Malhotra (Shraddha Kapoor) dan jatuh cinta dengan wanita itu. 

Mereka kemudiannya bersetuju untuk membawa hubungan yang baru dibina ini ke peringkat seterusnya iaitu bertunang dan berkahwin. Mickey berasa bahagia, namun sebaliknya bagi Tinni. 

Tinni yang berasa semuanya berlaku terlalu pantas bagi dirinya, bermula untuk menghubungi seorang konsultan putus cinta untuk keluar dari hubungan tersebut tanpa menyedari konsultan tersebut adalah kekasihnya sendiri. 

Siapa sangka, hobi Mickey yang dianggap seni kehidupan itu makan diri sendiri? Jadi untuk mengetahui kesudahan kisah Mickey, jangan lupa layari filem ‘Tu Jhoothi Main Makkaar’ di platform Netflix hujung minggu ini.– Rubini Nagarajah.

The Perfect Storm

Filem ini dihasilkan  berdasarkan kisah benar tentang kehilangan kapal nelayan Andrea Gail. Kapal penangkap ikan tersebut karam di tengah laut setelah bertembung dengan ribut taufan pada tahun 1991.

Perfect Storm dibintangi oleh nama-nama besar Hollywood seperti George Clooney yang berperanan sebagai Kapten Billy Tyne dan Mark Wahlberg sebagai salah seorang krew kapal bernama Bobby Shatford. 

Pada mulanya Andrea Gail berlayar dari Gloucester pada Oktober 1991 menuju Grand Banks dengan enam orang krew termasuk kapten kapal.  Mereka kemudian memutuskan untuk pergi mencari ikan ke wilayah yang kaya ikan di Flemish Cap. Ini kerana hasil tangkapan mereka di Grand Banks tidak begitu memuaskan.

Ketika berada di Flemish Cap tangkapan mereka ternyata cukup lumayan hinggalah kemudiannya mereka memutuskan untuk pulang. Di saat inilah mereka bertemu dengan cuaca buruk - Hurricane Grace yang kemudian bergabung dengan badai lainnya yang digelar sebagai The Perfect Storm.

Digambarkan dalam ini, badai taufan tersebut menghasilkan gelombang dengan tinggi hampir 30 meter dan menghempas kapal Andrea Gail hingga seluruh anak kapal terhempas ke tengah laut. – Rahayu MN 

The Last Castle

Sebuah filem aksi drama yang diinspirasikan daripada tragedi sebenar yang berkisar tentang rusuhan banduan terhadap sebuah penjara yang menempatkan bekas-bekas anggota tentera.Hal ini terjadi apabila seorang banduan tentera yang berpangkat Leftenan Jenderal bernama Eugene Irwin, (lakonan Robert Redford) dimasukkan ke situ atas kesalahan melanggar perintah pihak atasan.

Seluruh banduan tentera menunjukkan rasa hormat yang tinggi seperti di dalam kem tentera terhadap Irwin kerana mengetahui kemasukan beliau ke penjara adalah tindakkan yang tidak adil.

Justeru itu, pelbagai hukuman berbentuk sabotaj dilakukan oleh pengarah penjara berpangkat Leftenan Kolonel terhadap Irwin kerana berasa kurang selesa dengan keadaan tersebut.

Dengan sifat kepemimpinan yang ada pada Irwin sebagai seorang bekas jenderal, dia bersama banduan lain merancang untuk membuat rusuhan besar bagi memberi pengajaran kepada seluruh pihak pengurusan penjara tersebut.

Filem yang diarahkan oleh Rod Lurie dan ditayangkan pada 2001 kini boleh ditonton menerusi saluran Netflix. – Izwan Ramlan

I Wanna Dance with Somebody 

Jika anda merupakan peminat filem biopic muzikal seperti Bohemian Rhapsody dan Rocketman serta peminat tegar superstar lagenda, Whitney Houston, anda harus menyaksikan dokumentari I wanna Dance with Somebody yang kini ditayangkan di Netflix. 

Menggunakan penulis skrip Bohemmia Rhasody iaitu Anthony McCarten, filem dokumentari yang menggunakan latar belakang tahun 1983 ini, membongkar kita detik-detik dan perjalanan hidup  seorang penyanyi koir gereja berusia 19 tahun yang kemudiannya berjaya menjadi  seorang bintang pop yang cukup sensasi di dunia. 

Filem dokumentari ini juga banyak memaparkan kejayaan dan pencapaian luar biasa Whitney Houston dalam kerjaya nyanyiannya termasuk persembahan di The Merv Griffin Show, lagu di awal kerjaya nyanyiannya, "I Want to Dance with Somebody (Who Loves Me)" yag benar-benar hits serta rendisi hebatnya sewaktu membuat persembahan di "Star Spangled Banner" di Super Bowl XXV pada tahun 1991.

Bahkan, ia juga turut memaparkan sisi gelap kehidupan Whitney Houston iaitu tentang hubungan rumah tangganya yang porak peranda bersama Bobby Brown, pergelutannya akibat ketagihan dadah serta hubungan dengan bapanya yang berakhir dengan cukup buruk.

Diarahkan Kasi Lemmons, I Wanna Dance with Somebody dibintangi Naomi Ackie, Stanley Tucci, Ashton Sanders, Tamara Tunie, Nafessa Williams, and Clarke Peters.

Naomi Ackie telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi teraju utama dalam filem dokumentari ini dan dan dia telah memberikan persembahan lakonan yang cukup hebat sebagai Whitney Houston – Ellyna Ali – Getaran, 4 Jun 2023 

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

03 Jun 2023

Sorotan

1

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

2

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

3

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

4

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

5

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

6

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

7

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini