web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pentingkan Produk Pencuci Pakaian Untuk Keluarganya - Lisa Surihani Kini Jadi Duta Produk Sabun, Wakili Wanita Berhijab

Lisa Surihani telah dilantik sebagai Duta Jenama Rangkaian Produk Daia sebagai mewakili wanita berhijab yang memerlukan produk yang boleh memberi kesegaran sepanjang hari. 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2023 5:09PM

Lisa Surihani ((tengah) telah dilantik sebagai Duta Jenama Rangkaian Produk Daia sebagai mewakili wanita berhijab. - Gambar MSL Group

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun karier seninya bagaikan sepi daripada sebarang perkembangan terbaharu, pelakon Lisa Surihani dilihat semakin mendapat tempat di kalangan jenama komersial dengan melantik isteri kepada Yusry Abdul Halim ini sebagai jurucakap atau duta. 

Terbaharu, Lisa telah dilantik sebagai Duta Jenama Rangkaian Produk Daia sebagai mewakili wanita berhijab yang memerlukan produk yang boleh memberi kesegaran sepanjang hari. 

“Dengan adanya pencuci pakaian yang sesuai untuk anda dan keperluan keluarga anda pasti akan memudahkan kerja mencuci pakaian. Inilah kelebihan Daia Hijab All Day Freshness. Ia membolehkan anda menggunakan satu produk untuk mencuci hijab dan pakaian keluarga anda, menjadikan ia serba guna dan pilihan yang praktikal.

“Dengan menggunakan Daia Hijab All Day Freshness, ia sememangnya memudahkan kerja-kerja mencuci, lebih-lebih lagi jika anda seorang ibu yang perlu menguruskan pakaian untuk semua ahli keluarga. Produk daripada Daia ini bukan sahaja menyegarkan hijab saya, tetapi pakaian semua ahli keluarga saya turut mendapat cucian dan kesegaran berkualiti tinggi.”

''Kepada semua pengguna yang bercadang menggunakan Daia sebagai pencuci pakaian pilihan mereka, saya amat syorkan untuk anda mencuba produk terbaharu daripada jenama pencuci ini,” ujar Lisa Surihani ketika diminta berkongsi pengalaman tentang Daia Hijab All Day Freshness.

Sementara itu, Jurucakap Gentle Supreme Sdn Bhd (pemilik jenama Daia), Eliza Yanti memberitahu media, kehadiran variasi terbaharu pencuci pakaian Daia itu adalah kerana pihaknya cukup memahami kehendak pengguna di Malaysia. 

“Kebanyakan wanita Muslim di Malaysia memakai hijab. Hijab juga telah berkembang dari segi fungsi dan gaya dengan kehadiran trend fesyen hijab yang terkini. Cuaca panas di Malaysia menyukarkan pemakaian hijab. Apabila kita berpeluh, bakteria daripada peluh akan terperangkap pada pakaian dan ini menyebabkan bau busuk.”

''Dengan suhu mencecah 35°C di sesetengah kawasan di Malaysia, pemakaian hijab menjadi agak mencabar. Pemakaian hijab sepanjang hari boleh meningkatkan tahap kelembapan rambut, yang kemudiannya menyebabkan hijab dipenuhi dengan kesan peluh, dan akhirnya mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan dan membuatkan pemakai hijab berasa tidak selesa, resah gelisah, sehinggalah menjejaskan keyakinan diri,” ujar Eliza.

Daia Hijab All Day Freshness boleh didapati dalam bentuk serbuk dan cecair.
Daia Hijab All Day Freshness boleh didapati dalam bentuk serbuk dan cecair.

Tambah Eliza, Daia Hijab All Day Freshness merupakan satu penyelesaian inovatif yang mampu menghapuskan semua bau termasuk bau peluh ketika dicuci dan meneutralkan bau ketika dipakai, membuatkan pakaian segar sepanjang hari.

“Daia Hijab All Day Freshness, yang dirumus dengan formulasi terkini, memberikan kawalan bau peluh berprestasi tinggi yang dapat menghilangkan semua bau ketika dicuci dan meneutralkan bau ketika dipakai, menjadikan pakaian lebih bersih dan kekal segar sepanjang hari. 

''Harumannya yang segar dan kekal lama membantu mencegah bau yang tidak menyenangkan, supaya anda dapat kekal aktif dan segar sepanjang hari,” ulas beliau. 

Daia Hijab All Day Freshness dengan formula terkini dengan Teknologi Smart Ion dan kawalan bau peluh yang memberikan prestasi standard tertinggi cucian kerana ia mampu membasmi 99.9 peratus bakteria, menanggalkan kotoran degil, dan menghapuskan semua bau peluh ketika dicuci serta meneutralkan bau ketika dipakai, menjadikan pakaian bersih dan kekal segar sepanjang hari. 

Ia boleh didapati dalam bentuk serbuk dan cecair, yang mana kedua-duanya lembut di tangan dan sesuai untuk pengeringan dalam rumah. - Getaran, 4 Jun 2023 

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

03 Jun 2023

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa