Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Realisasikan Impian Cantik Dan Langsing Dengan Tenaga Ultrasound

CFU Ultima, rawatan muka dan badan bukan invasif baharu yang eksklusif menggunakan tenaga ultrasound untuk menyasarkan kawasan yang lebih sukar dirawat seperti kedutan, dagu berlapis, pipi kendur, lemak berlebihan di pinggang dan lemak perut.

TARA Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2023 12:00PM

BMF adalah perintis profesional kecantikan di Asia Tenggara yang berpengalaman lebih 40 tahun. - Gambar Bella Marie France

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika dibuat perbandingan dulu dan kini, terlalu banyak perubahan yang berlaku dalam gaya hidup seharian. Revolusi dalam dunia kecantikan juga bukan kepalang. Baik wanita, mahupun lelaki, masing-masing sangat menitikberatkan keterampilan diri demi meraih keyakinan diri.

Jika diperhatikan di pasaran, terdapat lambakan rawatan kecantikan yang boleh dipilih. Tepuk dada, tanya selera. Rawatan kecantikan yang mana menjadi pilihan hati. Namun, jadilah pengguna bijak. Buat kajian sebelum mengambil rawatan kecantikan yang dimahukan. 

BMF menawarkan Rawatan penentang usia yang canggih dalam teknologi kecantikan. - Gambar Bella Marie France
BMF menawarkan Rawatan penentang usia yang canggih dalam teknologi kecantikan. - Gambar Bella Marie France

Jangan terpedaya dengan iklan yang menawarkan pakej rawatan yang tidak masuk akal, takut nanti menyesal di kemudian hari. Seandainya anda benar-benar serius untuk melakukan sesuatu demi kecantikan, apa kata kunjungi BMF (Bella Marie France), perintis profesional kecantikan Asia Tenggara yang berpengalaman lebih 40 tahun membantu selebriti dan pelanggannya mencapai fizikal yang ideal.

Tahun ini, jenama yang hadir dengan slogan penjenamaan semula - The Aesthetics People ini melancarkan CFU (see-fu) Ultima, rawatan muka dan badan bukan invasif baharu yang eksklusif yang menggunakan tenaga ultrasound untuk menyasarkan kawasan yang lebih sukar dirawat seperti kedutan, dagu berlapis, pipi kendur, lemak berlebihan di pinggang dan lemak perut.

CFU Ultima - rawatan ekslusif BMF baharu untuk wajah serta badan

CFU Ultima yang inovatif merupakan prosedur bukan invasif untuk wajah dan badan yang merupakan lelaran terkini Rawatan Ultrabunyi Terfokus Berintensiti Tinggi (HIFU).

Rawatan penentang usia yang canggih ini merupakan satu kemajuan yang luar biasa dalam teknologi kecantikan. CFU Ultima menggunakan kuasa tenaga ultrasonik dalam kaedah aplikasi baru untuk memberikan ketepatan, keselesaan dan kelajuan yang dipertingkatkan tanpa masa henti atau kerosakan kulit. Ini bermakna hasil yang lebih cepat, sesi yang pendek dan penjimatan yang lebih besar.

CFU Ultima, rawatan muka dan badan bukan invasif baharu yang eksklusif yang menggunakan tenaga ultrasound untuk menyasarkan kawasan yang lebih sukar dirawat. - Gambar Bella Marie France
CFU Ultima, rawatan muka dan badan bukan invasif baharu yang eksklusif yang menggunakan tenaga ultrasound untuk menyasarkan kawasan yang lebih sukar dirawat. - Gambar Bella Marie France

Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas tentang mesin ini berfungsi, jom semak maklumat berikut:-

1. Transduser tanpa pusat: kesan terma selektif

Transduser tanpa pusat CFU Ultima yang unik membolehkan pelepasan tenaga ultrasound yang lebih disasarkan, meningkatkan prestasi tanpa merosakkan permukaan kulit. Kawasan kulit yang terdedah kepada tenaga ultrasound adalah lebih kecil lantas mengurangkan ketidakselesaan.

2. Easyzoom

CFU Ultima boleh dikonfigurasikan dengan transduser berbeza untuk mengubahsuai kedalaman, kuasa dan mod pancaran ultrasonik untuk mencapai hasil yang diingini kerana aplikasi ‘Easyzoom’nya.

3. Easyflow

CFU Ultima secara mendadak mengurangkan masa rawatan dan ketidakselesaan dengan aplikasi Easyflow, satu pencapaian baharu dalam keselesaan pesakit. Pelepasan tenaga ultrasound yang pantas mempercepatkan prosedur dengan ketara.

4. Active Cooling Emission (ACE) Technology

Cecair penyejuk diedarkan secara aktif dalam mesin untuk menjamin keselamatan dan kecekapannya. Ini menghalang kerosakan haba pada kulit dan meningkatkan keselamatan keseluruhan prosedur.

CFU Ultima Face

Prosedur canggih ini menyasarkan kelopak mata kuyu, kulit kendur, liang roma yang besar, kedutan, garis senyuman, lemak berlebihan atau rahang. Menggunakan ultrasound yang dihantar jauh ke dalam kulit pada suhu yang betul, rawatan bukan invasif ini:

* merangsang produksi kolagen untuk menegang, meremajakan dan menggebukan kulit

* mengangkat kulit yang kendur supaya wajah berbentuk V

* mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan untuk kulit licin dan tampak muda

* memperbaiki penampilan parut jerawat untuk kulit yang lebih bersih

* mempunyai masa henti sifar dengan ketidakselesaan yang minimum dan hasil yang tahan lama

Selain itu, BMF juga telah mencipta dua produk baharu untuk kegunaan di rumah bagi melengkapkan manfaat Rawatan Muka CFU Ultima: Serum Intense Age-Defying dan Intense Age-Defying Cream 

CFU Ultima Body

CFU Ultima Body menyasarkan lengan atas, garis bra, perut, pinggul, paha dalam dan luar serta betis. Mencapai hasil kontur badan yang lebih baik dan menyasarkan kawasan yang sukar dirawat, rawatan ini:

* Merangsang penghasilan kolagen untuk menganjalkan dan membentuk badan

* Mengurangkan lemak setempat di bawah kulit untuk kontur yang lebih molek

*Mempunyai masa henti sifar dengan ketidakselesaan yang minimum dan hasil yang tahan lama

Amy Quek - Gambar Bella Marie France
Amy Quek - Gambar Bella Marie France

Ketika majlis pelancaran baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Bella Marie France, Amy Quek berkata, slogan terbaharu yang diperkenalkan BMF  menggambarkan mesej BMF iaitu pelanggan boleh memilih rawatan bukan invasif untuk mencapai hasil yang sama baiknya dengan rawatan invasif, dan penjagaan estetik tidak semestinya memerlukan penggunaan suntikan atau prosedur invasif lain.

“Ini adalah titik perubahan bagi BMF dalam menghayati slogan baharu jenama kami, yang memperkasa dedikasi kami untuk menawarkan rawatan yang paling canggih dan cekap. Prosedur bukan invasif mencerminkan pendekatan holistik kami terhadap estetika dan mempamerkan himpunan kepakaran serta perkhidmatan terbaik kami.”

"Kami sentiasa berkembang untuk kekal di hadapan dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini dalam teknologi kecantikan. Ini membolehkan kami menawarkan rawatan terbaik yang disokong oleh sains dan nutrisi, dan boleh membantu pelanggan mencapai matlamat estetik mereka dengan cara yang selamat dan berkesan.”

Barisan tetamu istimewa dan media yang turut hadir di majlis pelancaran 'tagline' baharu BMF baru-baru ini. - Gambar Bella Marie France -
Barisan tetamu istimewa dan media yang turut hadir di majlis pelancaran 'tagline' baharu BMF baru-baru ini. - Gambar Bella Marie France -

Selain menggunakan teknologi termaju dalam rawatannya, pendekatan holistik BMF terhadap rawatan termasuk nasihat pemakanan pakar daripada pakar pemakanan bertauliah yang bekerjasama dengan pelanggan untuk merancang dan memantau kemajuan mereka,” ujar Amy.

Untuk maklumat lanjut tentang rawatan terbaharu ini, anda boleh klik di sini.  - Getaran, 3 Jun 2026 

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

03 Jun 2023

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi