Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Monolog Suara Orang Kuat Rangkuman Kisah Hidup Fauziah Nawi Secara Peribadi Dan Sebagai Anak Seni Selama 70 Tahun 

“Usia saya sudah hampir 70 tahun dan kini saya sudah bersedia untuk berkongsi pengalaman hidup saya sejak saya budak sampailah sekarang.  Lagipun bila lagi? Mungkin ini juga menjadi yang terakhir untuk saya,” - Fauziah Nawi. 

TARA Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2023 9:06PM

Fauziah Nawi - Gambar oleh Ellyna Ali 

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pada tanggal 26 Jun 1953 ini, genaplah 70 tahun usia primadona Fauziah Nawi dan dalam tempoh itu, dia telah mencurah bakat dan keringat sebagai anak seni dalam bidang pengarahan dan lakonan drama, filem dan pementasan teater serta dunia penyiaran selama 5 dekad. 

Namun begitu, tidak hanya perjalanan kerjaya industri seni hiburan tanah air sahaja yang penuh dengan turun naik serta liku-liku yang berwarna-warni, tetapi juga kehidupan peribadinya sejak dari kecil, remaja, meningkat dewasa sehingga setelah berumah tangga dan melahirkan dua cahaya mata. 

Pengalaman hidup peribadi dan kerjaya seninya itulah yang ingin dikongsi Fauziah Nawi atau mesra disapa sebagai ibu Fauziah dalam pementasan monolog Orang Suara Kuat yang kini sedang dipentaskan di Sanggar Teater Fauziah Nawi (STEFANI). 

“Usia saya sudah hampir 70 tahun dan kini saya sudah bersedia untuk berkongsi pengalaman hidup saya sejak saya budak sampailah sekarang.  Lagipun bila lagi? Mungkin ini juga menjadi yang terakhir untuk saya. 

“Tajuk Orang Suara Kuat ini dipilih kerana arwah anak saya iaitu Pitt Haniff dan menantu saya, Farah Ahmad memang menggelarkan saya begitu. Suara saya memang kuat apabila bercakap. Orang fikir, bila saya cakap kuat begini, saya marah, tetapi ia memang semula jadi begitu,” katanya. 

Fauziah Nawi bakal menyambut ulang tahun ke-70 pada 26 Jun ini.
Fauziah Nawi bakal menyambut ulang tahun ke-70 pada 26 Jun ini.

Banyak perkara menarik yang dikongsi ibu Fauziah di dalam pementasan monolog ini. Antaranya adalah perbualan bersama arwah ayahnya. 

“Saya pernah tanya ayah saya, mengapa kita hidup miskin

. “Aku benci hidup kita miskin. Kerja macam nak mampus”. 

“Saya benar-benar memberitahunya begitu. Dia diam. Sebelum dia meninggal dunia dia beritahu: “Aku minta maaf pada kau.  Saya tanya: “Mengapa pak? Kata dia: “Sebab bapak tak boleh bagi kau orang kekayaan”.  

“Saya katakan kepada dia: “Bapak, aku pun minta maaf. Sebab aku anak kurang ajar”. Waktu perbualan ini berlaku, saya bukan muda lagi. 

“Arwah Pitt pun dah bertunang dengan Farah. Tapi, saya memang jenis tidak tapis-tapis apabila bercakap,” katanya. 

Pementasan monolog Suara Orang Kuat yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam, hanya menampilkan ibu Fauziah sebagai pamerannya. - Gambar fail
Pementasan monolog Suara Orang Kuat yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam, hanya menampilkan ibu Fauziah sebagai pamerannya. - Gambar fail

Demi menjayakan pementasan monolog Suara Orang Kuat ini juga, ibu Fauziah turut pulang kembali ke Ipoh kira-kira dua minggu lalu sempena reunion Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan (Raja Perempuan Secondary School). 

“Tapi kepulangan saya di sana membuatkan saya sedih dan menangis. Saya menangis kerana saya berasakan data simpanan saya terlalu kecil dan hanya mengandungi memori waktu zaman silam itu. 

“Bermakna saya ini hidup dalam kenangan. Padahal seorang guru saya iaitu Pak Latiff pernah mengingatkan kepada saya supaya jangan hidup dalam kenangan. 

“Pembangunan di Ipoh yang sungguh dahsyat . Saya tidak dapat mengenali lagi sebahagian tempat di Ipoh setelah lebih 50 tahun meninggalkan bandar tempat saya lahir dan membesar ini. 

“Misalnya, saya tidak dapat jumpa Tebing Tinggi tempat saya pernah menyanyi yang letaknya di Jalan Bendahara. Saya menjumpai Jalan Bendahara tetapi kawasan Tebing Tinggi itu sudah tidak kelihatan lagi. 

“Saya juga turut menjejaki semula rumah lama ibu bapa saya. Saya masih ingat lagi alamatnya iaitu No. 19 Jalan Salak, Sungai Bekam.  Bapa saya terpaksa jual rumah itu kepada orang kaya dan rumah itu kini sudah bertukar menjadi rumah batu. 

“Akhirnya Tuhan hendak tolong saya juga. Tidak jauh daripada rumah lama ibu bapa saya itu, masih terdapat rumah yang sama kepunyaan jiran saya. Rumah itu tidak diubah dan kekal begitu sahaja. Semua itu ada saya kongsikan di dalam pementasan monolog ini,” katanya. 

Bahkan, ibu Fauziah juga turut bercerita bagaimana dia terjebak sebagai anak seni sewaktu ibu bapanya menguruskan kantin di Kompleks  Budaya Negara (KBN) yang kini menjadi lokasi Istana Budaya yang ada sekarang. 

Pementasan monolog Suara Orang Kuat yang berlangsung selama tiga hari bermula 27 sehingga 29 Mei yang terletak di Ampang ini hanya menampilkan ibu Fauziah sebagai pamerannya ini berdurasi satu jam 15 minit hingga satu jam 30 minit. Tiket berharga RM150. - Getaran, 28 Mei 2023 

Isu Pada

Aishwarya Rai: Aura Nandini Dan 'Women Empowerment'

27 May 2023

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu