web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan empat tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 May 2023 4:14PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Our Blues       

Drama ini berkisar kepada sekumpulan penduduk di Pulau Jeju, yang kebanyakannya bekerja sebagai nelayan dan bagaimana mereka menjalani kehidupan seharian.

Ketika ramai yang telah berhijrah ke Seoul, namun sebahagian penduduk masih kekal di situ. 

Dilakonkan barisan pelakon popular Korea Selatan seperti Kim Woo Bin dan kekasihnya, Shin Min Ah, Lee Byung Hun, Cha Seung-won, Lee Jung-eun, Han Ji-min dan Uhm Jung-hwa, ia dianggap sebagai drama terbaik pada tahun lepas.

Menariknya, Our Blues juga menyaksikan Woo Bin, yang berehat sekian lama dari bidang lakonan atas sebab kesihatan, kembali menemui peminatnya.

Dia melakonkan watak seorang kapten kapal yang baik hati dan bercita-cita untuk terus menetap di Jeju bersama wanita yang dicintainya. Manakala Byung Hun and Min Ah pula melakonkan watak sebagai kekasih.

Namun episod yang paling menyayat hati adalah apabila Byung Hun (Dong Suk) bertemu semula dengan ibunya, yang dilakonkan oleh Kim Hye Ja. Mereka menghabiskan masa bersama untuk kali terakhir kerana Hye Ja (Ok Dong) menghidap kanser. 

Our Blues yang mengandungi 20 episod ini lebih berkisar kepada kisah persahabatan, percintaan dan turut memaparkan isu sebenar dunia hari ini. Ia boleh disaksikan di Netflix - Habibah Omar

My Stupid Boss 

Filem yang diadaptasi daripada novel ini menggandingkan pelakon-pelakon hebat dari tiga negara iaitu Indonesia, Malaysia dan Singapura. 

My Stupid Boss mengisahkan tentang seorang majikan yang sangat dibenci oleh para pekerjanya kerana memiliki perangai yang teruk terutamanya sifat kedekut yang sangat kronik. 

Kisahnya bermula apabila Diana lakonan Bunga Citra Lestari yang tinggal di Kuala Lumpur bersama suaminya Dika lakonan Alex Abbad ditawarkan bekerja sebagai kerani di syarikat teman suaminya iaitu Bossman lakonan Reza Rahadian. 

Ketika di hari temuduga, Diana terkejut melihat pekerja di situ membenci Bossman. Setelah dia bekerja di situ, barulah dia tahu kenapa mereka membenci Bossman dan akhirnya Diana turut membenci majikannya sendiri. 

Akibat tidak tahan dengan perangai Bossman, Diana mengadu pada suaminya  dan meluahkan hasrat untuk berhenti. Namun suaminya berkata perangai Bossman memang sebegitu dan memintanya untuk bertahan. 

Diana akhirnya membuat keputusan untuk membalas dendam terhadap Bossman dengan bantuan rakan sepejabatnya iaitu Norah Sikin, Mr Kho, Azhari dan Adrian. Berjayakah mereka mengenakan Bossman?

Saksikan kesudahan filem komedi ini di Netflix. - Helmi Anuar 

Upheld by Allah: Women in the Qur'an with Ustadha Lobna Mulla

Jika anda sedang mencari ilmu tentang wanita-wanita hebat dalam sejarah awal Islam, siri YouTube terbitan Yaqeen Institute ini adalah permulaan yang sangat baik. 

Setiap episod panjangnya kurang daripada 10 minit tetapi cukup untuk memperkenalkan kita kepada lapan wanita yang kisah mereka diceritakan dalam al-Quran dan sirah.

Ustazah Lobna Mulla mengupas dengan bijak cerita keimanan dan ketaqwaan wanita-wanita ini kepada Allah SWT dan bagaimana kita wanita di zaman ini boleh mencontohi mereka dan kecekalan mereka. 

Selari dengan ajaran agama Islam sebagai agama sepanjang zaman, ternyata, banyak yang dapat kita pelajari daripada perempuan-perempuan ulung ini. Wajib ditonton! - Ili Farhana

Renfield

Mari berkenalan dengan Renfield, si pembantu peribadi paling malang di dunia. Mengapa malang? Kerana dia berkhidmat dengan majikan paling narsisistik di dunia iaitu Count Dracula.

Jika sebelum ini kita banyak dihidangkan dengan versi berbeza Count Dracula karya Bram Stoker, kali ini pembantunya yang malang (Nicholas Hoult) mengambil tempat sebagai watak utama. 

Dalam filem bergenre seram komedi ini, Renfield yang telah berkhidmat selama berdekad dengan Count Dracula (lakonan Nicolas Cage) ingin merasai kehidupan di luar bayang gelap majikannya. Merasai kehidupan yang normal sama seperti orang lain.

Adakah impian Renfield akan menjadi kenyataan. Saksikannya hanya di Vudu, Google Play Movies dan YouTube. - Suzan Ahmad

Isu Pada

Aishwarya Rai: Aura Nandini Dan 'Women Empowerment'

27 May 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini