web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gunung Sinsing, Ketiga Tertinggi Di Malaysia Berketinggian 2,586 Meter

Gunung Sinsing telah menarik perhatian orang ramai sejak 2018 apabila di uar-uarkan menerusi media sosial sebagai puncak ketiga tertinggi di Malaysia dan Borneo, mengatasi Gunung Tambuyukon (2,580m) di Substesen Monggis Taman Kinabalu di Ranau.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2023 8:09AM

Gunung Sinsing terletak dalam Hutan Simpan Nuluhin Trusmadi, di bawah pengurusan Pejabat Perhutanan Daerah Tambunan - Gambar oleh Muhammad Nur Iskandar di laman web originalsabahan.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SANDAKAN - Jabatan Perhutanan Sabah secara rasminya telah mengukur ketinggian Gunung Sinsing di Tambunan dan mendapati ketinggian puncak gunung itu ialah 2,586 meter (m) dari aras laut sekali gus sebagai puncak ketiga tertinggi di Malaysia.

Jabatan berkenaan dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pada ekspedisi baru-baru ini, sekumpulan penyelidik dari Pusat Penyelidikan Perhutanan Sepilok bersama wakil Persatuan Komuniti Kampung Nupakan, Tambunan menggunakan peralatan penerima data sistem satelit navigasi sejagat yang lebih tepat iaitu Stonex S900A Sistem Satelit Navigasi Sejagat (GNSS) untuk mengesahkan ketinggian puncak gunung tersebut.

“Data ketinggian dicerap melebihi tempoh empat jam pada 10 Mei 2023. Data cerapan kemudian diproses oleh juruukur berdaftar untuk menentusahkan ketinggian sebenar puncak Gunung Sinsing dari aras laut.

“Dengan menggunakan kaedah itu, didapati ketinggian puncak Gunung Sinsing ialah 2,586m (m.s.l.), sekali gus mengekalkan statusnya sebagai puncak ketiga tertinggi di Malaysia dan Borneo,” menurut kenyataan itu. 

Menurut Jabatan Perhutanan Sabah, gunung yang kurang dikenali itu terletak dalam Hutan Simpan Nuluhin Trusmadi, di bawah pengurusan Pejabat Perhutanan Daerah Tambunan serta merupakan sebahagian daripada Unit Pengurusan Hutan 10 (FMU10) Projek Pengurusan Hutan Mampan.

Gunung Sinsing telah menarik perhatian orang ramai sejak 2018 apabila di uar-uarkan menerusi media sosial sebagai puncak ketiga tertinggi di Malaysia dan Borneo, mengatasi Gunung Tambuyukon (2,580m) di Substesen Monggis Taman Kinabalu di Ranau.

Ketua Konservator Hutan Datuk Frederick Kugan berkata Jabatan Perhutanan akan meneruskan usaha untuk melindungi kawasan berkepentingan seperti Gunung Sinsing.

Bersebelahan Gunung Sinsing ialah Gunung Trus Madi (2,642m), yang juga gunung kedua tertinggi di Malaysia serta diletakkan di bawah pengurusan FMU10 yang berkeluasan 88,401 hektar. 

“Disebabkan ketinggian, hutan pergunungan ini menjadi habitat kepada pelbagai spesies flora dan fauna yang unik, yang sebilangannya tidak ditemukan di tempat lain.

“Melalui inisiatif Heart of Borneo (HoB) di bawah kelolaan Jabatan Perhutanan Sabah, satu ekspedisi saintifik telah dianjurkan bermula pada 14 hingga 20 Mei lepas untuk mengkaji kepelbagaian flora, fauna dan sosioekonomi setempat yang tinggal berhampiran hutan simpan,” katanya.

Gunung tertinggi di Malaysia ialah Gunung Kinabalu yang berketinggian 4,095m. - Bernama

Isu Pada

Aishwarya Rai: Aura Nandini Dan 'Women Empowerment'

27 May 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

2

Semasa 1 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

3

Semasa 3 hari yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

4

Semasa 4 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa