web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Permainan Dalam Talian, 'Dead by Daylight' Umum Penyertaan Nicolas Cage Sebagai Karakter Baharu

Berdasarkan treler yang dikongsikan platform YouTube, Cage dilihat telah menonjolkan perwatakan yang hampir sama seperti dalam filem aksi yang pernah dilakonkan sebelum ini. Nampak garang, maskulin dan lasak.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2023 12:28PM

'Dead by Daylight' telah mengumumkan penyertaan pelakon terkenal Hollywood, Nicolas Cage sebagai karakter baharu bernama Nic - Gambar Twitter Dead by Daylight

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kepesatan teknologi dalam mencipta karakter permainan video (game) menggunakan artificial intelligence (AI) dilihat semakin hebat dalam dekad ini.

Malah, terdapat watak di dalam game yang dicipta itu memiliki personaliti yang hampir sama dengan individu sebenar dalam dunia realiti, misalnya Dwayne Johnson (The Rock) dalam permainan gusti terkenal WWE.

Baru-baru ini, sebuah permainan dalam talian berkonsepkan penggambaran seram bertajuk Dead by Daylight telah mengumumkan penyertaan pelakon terkenal Hollywood, Nicolas Cage sebagai karakter baharu bernama Nic yang dicipta dan boleh digunakan di dalam permainan tersebut.

Berdasarkan treler yang dikongsikan platform YouTube, Cage dilihat telah menonjolkan perwatakan yang hampir sama seperti dalam filem aksi yang pernah dilakonkan sebelum ini. Nampak garang, maskulin dan lasak. 

Bahkan, audio pertuturan dalam dialog yang menggunakan suaranya sendiri menyerlahkan lagi elemen serta suasana suspen dan seram dalam game tersebut.

Sementara itu, Dead by Daylight juga memaklumkan permainan bagi musim baharu ini akan mula dipasarkan pada 13 Jun 2023 manakala info lanjut tentang penglibatan lanjut Cage akan dikongsi pada 5 Julai 2023. 

Digelar sebagai End Transmission, misi dan objektif bagi siri Dead by Daylight pada kali ini akan memfokuskan kepada kandungan fiksyen sains dengan gabungan karakter Gabriel Soma sebagai Survivor dan The Singularity sebagai Killer (pembunuh) yang  baharu. 

Siri permainan video Dead by Daylight kini sudah boleh dimainkan pada konsol PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC termasuklah PlayStation 5 dan Xbox Series. Jadi buat streamer di luar sana, nantikan kemunculan game ini dipasaran dan maklum balas daripada pemain. - Getaran, 27 Mei 2023

Sumber: pcgamer.com

Isu Pada

Aishwarya Rai: Aura Nandini Dan 'Women Empowerment'

27 May 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini