Berita Terkini

57 minit yang lalu: Bekalan dadah sintetik di Timur dan Tenggara Asia pada tahap ekstrem — Laporan UNODC 58 minit yang lalu: Punggung kanak-kanak tercucuk besi pagar rumah sedalam 15 sentimeter 10 jam yang lalu: RM9.6 juta untuk baik pulih 39 klinik daif di Kelantan - Dr Zaliha 10 jam yang lalu: KPDN Labuan lumpuh sindiket seludup minyak kecil-kecilan 10 jam yang lalu: Operasi SAR kesan kanak-kanak dikhuatiri lemas di Tanjung Malim disambung esok - Bomba

IKUTI KAMI


Sambal Nasi Lemak Village Park Kini Boleh Didapati Secara Eksklusif Di Pasar Raya Jaya Grocer

Jaya Grocer melancarkan rangkaian produk Label Persendirian pertama dengan kerjasama Grab Signature Brands.  

TARA Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2023 4:20PM

(Dari kiri) Aishah Chong dan Mohd Shamil Ngoh Abdullah bersama Adelene Foo melayani pelanggan bertuah pada majlis pelancaran di Jaya Grocer Starling. - Gambar MKH Associates

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Walaupun kini ia tidak menjadi topik bualan hangat di media sosial, namun Nasi Lemak Village Park cukup popular di kalangan penggemar hidangan turun-temurun ini, bahkan masih menjadi buruan ramai.

Percaya dengan selera orang ramai, rangkaian pasar raya premium di Malaysia, Jaya Grocer kini membawakan ‘Village Park Nasi Lemak Sambal’ di semua rangkaian pasaraya mereka.

 Produk ini adalah hasil kerjasama dengan Grab Signature Brands, yang mempersembahkan siri produk di bawah Label Persendirian Jaya Grocer. Village Park Nasi Lemak Sambal merupakan produk yang membuka tirai siri eksklusif ini. 

Semasa pelancaran produk itu di cawangan Starling Mall baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jaya Grocer, Adelene Foo memaklumkan kerjasama tersebut adalah sebahagian daripada usaha Jaya Grocer untuk terus meningkatkan kualiti pengalaman membeli-belah dengan menawarkan produk istimewa yang sukar didapati di tempat lain. 

(Dari kiri) Aishah Chong dan Mohd Shamil bersama Adelene Foo pada majlis pelancaran Village Park Nasi Lemak Sambal di Jaya Grocer Starling. - Gambar MKH Associates
(Dari kiri) Aishah Chong dan Mohd Shamil bersama Adelene Foo pada majlis pelancaran Village Park Nasi Lemak Sambal di Jaya Grocer Starling. - Gambar MKH Associates

“Idea sebalik Label Persendirian Jaya Grocer adalah untuk membawa jenama-jenama terkemuka yang digemari rakyat Malaysia ke platform kami. 

“Dengan berbuat demikian, bukan sahaja kami dapat mengembangkan penawaran produk eksklusif keluaran Jaya Grocer, tetapi juga menjadikannya lebih mudah didapati dan dinikmati rakyat Malaysia.

“Sehubungan itu, kami telah merancang lebih dari setahun untuk merealisasikan matlamat ini. Kami amat teruja untuk membawa sambal pertama daripada Village Park Nasi Lemak Sambal kepada pelanggan di rak rangkaian Jaya Grocer,” ujar beliau. 

Label Persendirian Jaya Grocer ini telah dipilih dengan teliti bagi memenuhi citarasa dan kualiti yang diharapkan oleh pelanggan melalui Grab Signature Brands, koleksi restoran dan rakan kongsi peniaga yang digemari di GrabFood. 

Sebagai salah sebuah perniagaan nasi lemak terlaris di GrabFood, pelancaran sambal sedia-makan ini amat bersesuaian dengan Restoran Village Park.

“Sebagai rangkaian pasar raya premium, kami ingin terus berinovasi dan pertimbangkan cara untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan. Pelancaran produk Label Persendirian Jaya Grocer adalah titik permulaan inisiatif ini,” tambah Adelene lagi.

Pada majlis pelancaran itu, pengasas Village Park Nasi Lemak, Datuk Seri Mohd Shamil Ngoh Abdullah turut hadir. Beliau telah memulakan perniagaan pada tahun 2002 bersama isterinya, Datin Seri Aishah Chong.

Jadi, jika anda merupakan salah seorang penggemar nasi lemak popular ini, dapatkanlah Village Park Nasi Lemak Sambal yang tradisional dan menyelerakan ini di pasaraya Jaya Grocer. Selain boleh dimakan bersama nasi lemak yang anda sediakan sendiri, ia juga sesuai dinikmati dengan mi atau nasi lain. 

Setiap balang 225ml ini dijual pada harga RM17.90 dan boleh juga dipesan melalui saluran atas talian, GrabMart.

Dengan setiap pembelian Village Park Nasi Lemak Sambal, para pelanggan juga boleh memperoleh mata ganjaran GrabRewards melalui program Keahlian Jaya Grocer yang diperkenalkan oleh Grab. - Getaran, 20 Mei 2023 

Isu Pada

Aishwarya Rai - Aura Nandini dan ‘Women Empowerment’

20 May 2023

Sorotan

1

Abd Halim Bangga Jadi Anak Nelayan, Beri Kelebihan Dalam Acara Kolam Renang

2

8 Termasuk 7 Pesilat Cedera Ringan MPV Dinaiki Langgar Lori

3

Lim Kit Siang, Allahyarham Nik Abdul Aziz Terima Gelaran Tan Sri

Disyorkan untuk anda

TARA 1 hari yang lalu

Puteh Rooftop Bar Melaka Lokasi Terbaharu Untuk Berhibur dan Menjamu Selera di Bandaraya Bersejarah

oleh Rahayu MN

TARA 1 hari yang lalu

Lisdawati Kongsi Kembara Kerohanian Ke Tanah Suci

'Saya faham sebagai hamba kita perlu kembali kepada Allah, sebagai pendosa saya mengharapkan pengampunan daripada Allah dan semoga mendapat haji mabrur,” katany...

TARA 1 hari yang lalu

Pentingkan Produk Pencuci Pakaian Untuk Keluarganya - Lisa Surihani Kini Jadi Duta Produk Sabun, Wakili Wanita Berhijab

Lisa Surihani telah dilantik sebagai Duta Jenama Rangkaian Produk Daia sebagai mewakili wanita berhijab yang memerlukan produk yang boleh memberi kesegaran sepa...

oleh Rahayu MN

TARA 1 hari yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini