web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan empat tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2023 6:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lyle, Lyle, Crocodile

Filem muzikal komedi arahan Will Speck dan Josh Gordon daripada lakon layar William Davies ini diadaptasi daripada  cerita kanak-kanak, The House on East 88th Street by Bernard Waber.

Ia mengisahkan tentang seorang ahli silap mata berkarisma bernama Hector P. Valenti di New York mahu  menyertai  pertunjukkan bakat di peringkat kebangsaan  tetapi sentiasa ditolak.

Satu hari selepas uji bakat yang gagal, dia mengembara ke sebuah kedai haiwan peliharaan eksotik, di mana dia mendapati seekor anak buaya yang boleh menyanyi tetapi tidak boleh bercakap dan menamakannya sebagai Lyle.

Melihat Lyle sebagai peluang untuk dia menjadi kaya dalam showbiz hiburan, dia telah mencagarkan rumah tiga tingkat stail Victoria miliknya untuk mengadakan persembahan bersama Lyle.  Namun, sewaktu hari pertama persembahan, Lyle mengalami ketakutan. 

Apa yang berlaku seterusnya? Anda harus saksikan filem lucu yang dibintangi Javier Bardem, Constance Wu, Winslow Fegley, Scoot McNairy, Brett Gelman, and Ego Nwodim ini. Apa yang menarik, penyanyi terkemuka, Shawn Mendes telah meminjamkan suaranya untuk watak Lyle.  – Ellyna Ali 

Awake

Histeria global berlaku selepas malapetaka misteri menghapuskan semua fungsi alatan elektronik dan menghilangkan keupayaan manusia untuk tidur. Para saintis berlumba-lumba melawan masa untuk mencari penawar bagi insomnia yang tidak dapat dijelaskan sebelum kesan mautnya menghapuskan populasi manusia. 

Apabila Jill, seorang bekas tentera, mendapati anak perempuannya, Matilda mungkin menjadi penyelamat, kerana boleh tidur seperti biasa, Jill mesti memutuskan sama ada untuk melindungi anak-anaknya dalam apa jua keadaan atau mengorbankan segala-galanya untuk menyelamatkan dunia.

Situasi menjadi tegang dan semakin tidak terkawal apabila rahsia Matilda mula tersebar luas dan banyak pihak mahu mendapatkan Matilda untuk dijadikan bahan uji kaji. Saksikan bagaimana seorang ibu harus bergelut melindungi keluarga kecilnya. Tonton filem ini di Netflix – Rahayu MN

 

The Outsider

Sebuah filem aksi thiller berkisahkan tentang kumpulang Yakuza dari Jepun yang telah menerima ahli baharu mereka iaitu Nick Lowell (lakonan Jared Leto) seorang bekas askar dari Amerika Syarikat.

Nick yang mempunyai perwatakan ganas dan kurang bercakap telah diangkat sebagai orang kanan kumpulan Yakuza dan perkara tersebut dan ia telah mengundang ketidakpuasan hati salah seorang daripada ahli kumpulan tersebut iaitu Seizu, anak kepada ketua kumpulan.

Keadaan menjadi huru-hara apabila kumpulan Yakuza lain mengisytiharkan perang dengan kumpulan ini berikutan pembelotan dan pengkhianatan yang dilakukan oleh Seizu. 

Lebih tragis lagi, Seizu telah membunuh ayahnya sendiri dalam satu pertemuan di depan mata Nick ketika rundingan damai sedang dijalankan. Peristiwa ini menyebabkan Nick marah dan merancang untuk membunuh Seizu dengan tangannya sendiri.

Filem arahan Martin Zandvliet dan ditayangkan pada 2018 kini boleh ditonton menerusi saluran Netflix. - Izwan Ramlan

Dasara

 

Jika anda pencinta genre thriller, aksi dan dramatik, karya ‘Dasara’ mungkin dapat memenuhi selera anda kerana ia memilki semuanya.

Sebagai naskah pertama di industri Kollywood, Srikanth Odela menampilkan karya yang penuh aksi yang berlatarkan zaman 80-an di sebuah kampung di India.

‘Dasara’ mengisahkan berkenaan persahabatan tiga sahabat iaitu Dharani (Nani), Suri (Deekshith Shetty) and Vennela (Keerthy Suresh) yang mengharungi kehidupan mereka di sebuah kampung lombong arang batu iaitu Veerlapalli.

Kampung berkenaan terkenal dengan agenda politik kotor mereka serta sebahagian penduduknya yang menjadi ‘hamba’ alkohol ekoran ahli politik di kawasan berkenaan yang menjadikan kampung itu sebagai hub penjualan alkohol.

Bahkan, ketagihan penduduk di kampung berkenaan terhadap alkohol turut dianggap sebagai perkara lazim dan mereka mengikuti ketagihan berkenaan sebagai satu tradisi.

Dharani yang mengalami trauma sejak di zaman kanak-kanak susulan ketakutanya yang menyelubungi dirinya, menjadikan ketagihan arak sebagai tabiat untuk mengelak daripada traumanya.

Sentiasa menghambakan dirinya dengan minuman arak tanpa menyedari  apa yang berlaku di sekelilingnya, Dharani tiba-tiba dikejutkan dengan khabar kematian kawannya iaitu Suri yang dikenali sejak dibangku sekolah.

Dengan keadaan yang sentiasa mabuk, Dharani secara perlahan-lahan mula membuang ketagihannya terhadap minuman arak untuk mencari kebenaran terhadap kematian rakannya itu. 

Apakah yang berlaku sebenarnya?  Bagi mengetahui kesudahan ‘Dasara’, jangan lupa layarinya di platform Netflix pada hujung minggu ini bersama keluarga anda. Selamat menonton!.- Rubini Nagarajah - Getaran, 7 Mei 2023

 

Isu Pada

Aiswarya Rai: Aura Nandini Dan Women Empowerment

06 May 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini