web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


iQOO Z7 Tambat Hari Gen Z Dengan Slogan ‘PowerZGiler’, Telefon Pintar Yang Penuhi Kehendak Mereka 

iQOO iaitu model telefon pintar di bawah jenama bebas Vivo baru-baru ini telah melancarkan siri iQOO Z7 yang terdiri daripada iQOO Z7 dan iQOO Z7x

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2023 5:15PM

Siri Z7 pada kali ini menampilkan spesifikasi yang tidak terlalu rendah namun cukup memuaskan hati pengguna dengan slogan "PowerZGiler". - Gambar oleh Izwan Ramlan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Generasi muda kini terkenal dengan sifat mereka yang celik teknologi dan mempunyai permintaan khusus dalam sesebuah pengeluaran gajet untuk melengkapkan gaya hidup mereka ini. 

iQOO iaitu model telefon pintar di bawah jenama bebas Vivo baru-baru ini telah melancarkan siri iQOO Z7 yang terdiri daripada iQOO Z7 dan iQOO Z7x. Ia dikatakan mampu memenuhi keperluan generasi muda seiring dengan kemampuan masing-masing.

Siri Z7 pada kali ini menampilkan spesifikasi yang tidak terlalu rendah namun cukup memuaskan hati pengguna dengan slogan "PowerZGiler". 

Menilai keupayaan, model iQOO Z7, telefon ini  memiliki sistem pengecasan segera dengan aliran elektrik sehingga 120W dengan kapasiti bateri sebanyak 5000 mAh.

iQOO Z7 - Gambar oleh Izwan Ramlan
iQOO Z7 - Gambar oleh Izwan Ramlan

Bahkan jika telefon ini kehabisan bateri, model ini hanya mengambil masa sembilan minit sahaja untuk baterinya dicas bagi mendapatkan jangka hayat bateri mencecah 50 peratus. 

Model  iQOO Z7 juga juga  mampu bertahan sehingga 5 jam tontonan video. Dengan pengecasan selama 5 minit sahaja sudah membolehkan pengguna menonton rancangan atau filem kegemaran mereka tanpa perlu risau akan jangka hayat bateri. 

Prestasi Lancar dan Cekap

Selain itu, model ini turut dipasangkan perisian cip Snapdragon 782G yang pasti memberikan prestasi sepantas kilat dan visual yang lancar dengan peningkatan prestasi CPU sebanyak 10 peratus dan GPU sebanyak 13 peratus berbanding cip Snapdragon 778G. 

Malah, ia turut menggunakan teknologi penambahan RAM 3.0, sekaligus  menjadikan sistem pemprosesan telefon ini mampu ditingkatkan daripada 8GB kepada 12GB RAM.  Bermakna, tidak menjadi masalah untuk anda menggunakannya dengan lancar walaupun beberapa aplikasi diaktifkan dalam satu masa. 

Dengan adanya pemasangan teknologi ruang wap penyejuk cecair super konduktif, badan peranti tidak akan panas dan kekal dingin walaupun ia digunakan secara berterusan dalam tempoh yang lama.

Beralih pula pada bahagian kamera, iQOO Z7 mempunyai resolusi sebanyak 64MP dan mampu menghasilkan gambar indah dengan butiran yang luar biasa, walaupun dalam keadaan cahaya malap. Bahkan ia boleh dirakam dalam tetapan 4K bagi memastikan video-video yang dirakam tidak kabur dan jelas. 

iQOO Z7x - Gambar oleh Izwan Ramlan
iQOO Z7x - Gambar oleh Izwan Ramlan

Sedikit perbezaan bagi model iQOO Z7x, ia mempunyai kapasiti bateri sebanyak 6,000mAh dan teknologi pengecasan segara dengan aliran elektrik sebanyak 80W. 

Oleh itu, pengguna masih boleh menikmati sesi permainan dengan dalam tempoh masa yang lama dan melakukan tugasan-tugasan harian yang berat tanpa sebarang gangguan. 

Dikuasakan  cip Snapdragon 695 5G, prestasi iQOO Z7x kekal pantas dan lancar untuk pengguna menyiapkan tugasan melalui pelbagai aplikasi dalam satu masa. Tambah-tambah lagi, ia memiliki resolusi kamera sehingga 50MP, jadi gambar yang dihasilkan masih jelas dan cantik.

Kedua-dua model ini dikatakan mampu memenuhi keperluan generasi muda seiring dengan kemampuan masing-masing. - Gambar oleh Izwan Ramlan
Kedua-dua model ini dikatakan mampu memenuhi keperluan generasi muda seiring dengan kemampuan masing-masing. - Gambar oleh Izwan Ramlan

iQOO Z7 kini boleh dengan harga pasaran bernilai RM1,499 bagi storan 12GB + 256GB dan RM1,299 untuk varian 8GB + 128GB, manakala iQOO Z7x pula berharga RM1,099 untuk storan 8GB + 256GB dan RM999 untuk varian 8GB + 128GB. 

Kesimpulannya, penulis melihat kedua-dua model iQOO ini menampilkan prestasi sederhana baik dan berbaloi untuk dimiliki dengan harga yang ditawarkan. Sesuailah untuk mereka yang mempunyai bajet sederhana rendah untuk penggunaan telefon pintar yang khusus seperti ini. - Getaran, 16 April 2023 

Isu Pada

Ismail Izzani: Muzik Motivasi Saya

15 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Vivo Y36 5G Bergaya, Muda Dan Berbaloi Dengan Ciri Yang Mengejutkan

2

TARA 3 tahun yang lalu

Vivo ‘Flip’ Mungkin Diperkenalkan Bulan Depan Dan Bakal Memanaskan Pasaran

3

Teknovasi 3 tahun yang lalu

Vivo Y35: Prestasi Sederhana Baik Dan Masih Berbaloi Untuk Dimiliki

4

Teknovasi 4 tahun yang lalu

Mahu Bikin Filem Pendek? Cuba Guna 2 Telefon Pintar Ini

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini