web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kasut Raya Jangan Dilupa, Lengkapkan Penampilan Untuk Semua Di Pagi Syawal 

Tidak lengkap sekiranya berbaju Melayu atau sepersalinan baju kurung di musim perayaan Aidilfitri tanpa sepasang kasut, lebih-lebih jika mahu bertandang ke rumah sanak-saudara.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2023 3:00PM

Untuk mencipta penampilan bergaya dan menawan, mereka yang anggun boleh menggunakan sandal atau sneakers jenis wedges dengan tapak yang tebal dan selesa. - Semua gambar ihsan LARRIE

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Cuba semak ‘to-do list’ untuk sambutan Syawal kali ini. Masih ada yang belum selesai atau semuanya sudah beres? Baju raya mungkin sudah siap tersusun rapi, hanya tunggu masa untuk disimpan ke dalam beg, tetapi bagaimana pula dengan kasut atau sandal?

Tidak lengkap sekiranya berbaju Melayu atau sepersalinan Baju Kurung di musim perayaan Aidilfitri tanpa sepasang kasut. Lebih-lebih jika mahu bertandang ke rumah sanak-saudara. Kasut memainkan peranan penting, selain untuk tampil bergaya, ia juga berfungsi untuk melindungi kaki demi keselesaan berjalan ke sana-sini. 

Kasut yang ‘makan tuan’ hanya membuatkan pengalaman beraya jadi serba tidak kena. Mood beraya pasti hilang entah ke mana. Jadi pilihlah sepasang kasut yang menjanjikan keselesaan. Biar sedikit mahal, tetapi berbaloi untuk memakainya. Alah membeli, menang memakai. 

Untuk Aidilfitri kali ini, apa kata anda dapatkan koleksi terbaharu daripada jenama Larrie untuk digayakan ke sana sini. Sempena Syawal 2023, Larrie berbesar hati untuk memperkenalkan koleksi baharunya yang bertemakan ‘Milano Flair’. 

Koleksi ‘Milano Flair’ ini diilhamkan daripada konsep yang menawan, ikonik dan mengikut perkembangan dunia fesyen terkini. Tambah menarik, ia menampilkan warna rona-rona romantis dan lembut seperti merah jambu lemonade, putih romantis, lucite green, biru diraja, toasted almond, dan kelabu gelap.

Kesemua tema ini didorong  unsur-unsur yang biasa dilihat pada musim bunga dan musim panas di Milan. LARRIE menjangkakan koleksi ini bakal mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan memandangkan ianya adalah koleksi terkini yang menjanjikan keselesaan maksimum kepada si pemakai.

LARRIE untuk si jejaka

Untuk lelaki, ada beberapa jenis kasut yang boleh dijadikan pilihan. Tepuk dada tanya selera. Koleksi lelaki musim ini termasuklah kasut kulit, loafers dan slip-on dalam kombinasi dua tona warna berbeza warna musim panas, seperti kelabu glasier, jingga tangerine, dan kelabu gelap.

Bagi peminat kasut loafers kulit, koleksi untuk hari lebaran boleh didapati dalam warna semula jadi seperti coklat dan kelabu, sesuai untuk lelaki yang mementingkan gaya dan mahu terlihat santai. 

Menariknya, beberapa gaya loafer dan slip-on didatangkan dengan kusyen tumit terbina di dalam untuk serapan hentakan yang lebih baik selain membantu mengurangkan keletihan pada kaki. Selesa dan praktikal, kasut ini sesuai dipadankan dengan sempurna bersama Baju Melayu atau dipadankan dengan celana denim untuk kunjung-mengunjung.

Larrie untuk si anggun 

Untuk koleksi wanita, Larrie  memperkenalkan rangkaian kasual yang cantik, cerah dan berwarna-warni untuk disuai pakai dengan pelbagai jenis persalinan. Juga diinspirasikan daripada gaya Milano, koleksi ini menampilkan sandal dan kasut dalam rona kegemaran ramai wanita seperti merah jambu lemonade, biru diraja, dan putih romantis. 

Untuk mencipta penampilan bergaya dan menawan, mereka yang anggun boleh menggunakan sandal atau sneakers jenis wedges dengan tapak yang tebal dan selesa. Koleksi ini bukan sahaja cantik di mata, tetapi ia juga menimbulkan ilusi ketinggian kepada di pemakai. Sesuai dipadankan dengan baju kurung, baju kebaya, mahupun kurung moden. 

Sama seperti koleksi untuk lelaki, pilihan untuk wanita juga didatangkan bersama tapak berkusyen yang tebal dan lembut. Jadi tidak perlu bimbang dan gusar apabila banyak rumah terbuka yang perlu dikunjungi. Bahkan, kasut raya anda ini juga boleh dijadikan kasut berjalan atau melancong ke mana-mana sahaja. Pendek cerita, ideal for any occasions!  

Satu tip mesti tahu untuk membeli kasut ialah belilah kasut pada waktu tengah hari kerana pada waktu itu kaki sedang mengembang. Jadi, tidaklah nanti kasut yang dibeli terasa lebih kecil apabila ingin dipakai. 

Kongsikan gaya raya anda bersama Larrie di platform media sosial dengan menggunakan #Celarriebrationraya2023. Harga produk Larrie bermula daripada RM99.00 hingga RM399.00. Tunggu apa lagi, ‘berlarrielah’ untuk penampilan mempesona! - Getaran, 16 April 2023 

Isu Pada

Ismail Izzani: Muzik Motivasi Saya

15 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jenama Kasut Larrie Sumbang RM68,000 Ubah SMK Sungai Choh Jadi Ceria Berwarna-Warni

2

Gaya 2 tahun yang lalu

Kaki Nak Pakai Lama, Jadi Mesti Jaga Sebaik Mungkin

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan