Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kaki Nak Pakai Lama, Jadi Mesti Jaga Sebaik Mungkin

Pemakaian lapik dalam atau insole membantu mengurangkan keletihan otot dan membantu memperbaiki posisi badan.

Gaya Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2023 9:38PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Cuba tanya diri anda sendiri, adakah berpuas hati dengan cara berjalan dan posisi badan? Jika tidak, pernahkan terfikir cara untuk memperbaikinya? Fakta yang  anda patut tahu adalah masalah kaki boleh mempengaruhi gaya berjalan, posisi badan dan juga imej diri seseorang.

Seperti mana yang semua orang tahu, kaki berfungsi membantu pergerakan untuk ke sana dan sini, tetapi ramai yang terlupa bahawa kaki turut berperanan menampung berat badan. Jadi, jika anda tidak menjaga kaki dengan baik, ia akan menimbulkan pelbagai masalah. 

Antara masalah kaki yang sering dihadapi adalah kulit kering dan pecah-pecah, athlete’s foot, bunion, kematu serta ketuat. Jadi, untuk mencegah kesemua masalah ini, anda haruslah mengamalkan penjagaan kaki yang disyorkan.

Salah satu cara untuk menjaga kesihatan kaki adalah dengan memakai kasut yang sesuai dengan aktiviti yang dilakukan. Sebelum membuat pembelian, ukur kaki terlebih dahulu kerana kelebaran kaki mungkin meningkat seiring dengan usia. 

Selain itu, cuba beli kasut pada waktu petang kerana kaki pada waktu ini akan mengembang selepas seharian berjalan.  

Pastikan juga kasut yang ingin dibeli tidak ‘ngam-ngam’. Pastikan ada ruang untuk jari-jari kaki bergerak dan cubalah berjalan sekeliling kedai untuk menguji keselesaan kasut. Paling penting, pilih tapak kasut yang tebal dan lembut dari buatan yang baik. Ini kerana ia dapat mengurangkan tekanan semasa berjalan, terutama di atas permukaan yang keras.

Larrie mengeluarkan dua jenis lapik dalam yang sesuai untuk kegiatan harian.
Larrie mengeluarkan dua jenis lapik dalam yang sesuai untuk kegiatan harian.

Sekiranya kasut yang anda minati tidak menawarkan tapak kasut yang baik, adalah lebih baik anda dapatkan lapik dalam atau insole untuk memberikan kaki perlindungan yang diperlukan. 

Secara umumnya, antara kebaikan pemakaian lapik dalam yang bersesuaian dengan kaki adalah mengurangkan keletihan otot, memperbaiki posisi badan, serta menyelaraskan semula kaki  jika ia overpronate (roll in) atau supinate (roll out). 

Pemilihan lapik dalam yang bersesuaian bagus untuk kesihatan kaki

Peka dengan keperluan ini, jenama kasut tempatan, Larrie sudah mengeluarkan dua jenis lapik dalam yang sesuai untuk kegiatan harian, baik untuk lelaki mahupun wanita.

Menurut, Ketua Pengarah Pemasaran Larrie Corporation (M) Sdn Bhd, Lenson Chong: “Selain menitikberatkan rekaan yang berkualiti dan mengikut perkembangan fesyen, kami juga sentiasa mementingkan keselesaan penjagaan kaki untuk setiap kasut yang direka. 

Ketua Pengarah Pemasaran Larrie Corporation (M) Sdn Bhd, Lenson Chong.
Ketua Pengarah Pemasaran Larrie Corporation (M) Sdn Bhd, Lenson Chong.

"Keselesaan pastinya menjadi faktor utama pembelian setiap kasut dan kerana itu juga setiap lapik dalam yang direka adalah melepasi ujian makmal yang ditetapkan”.

Untuk lelaki, Larrie memperkenalkan Rebound Foam Footbed yang direka menggunakan kusyen lembut dan tidak licin untuk memastikan pemakaian yang selesa dan berterusan. Rebound Foam Foodbed untuk lelaki ini juga dapat membantu membentuk kaki anda dan mengimbangi berat badan untuk pengalaman berjalan yang lebih selesa. 

Selain terdapat lapisan anti bakteria bagi memberi keselesaan pemakaian sepanjang hari, Larrie Rebound Foam Footbed juga direka untuk mengurangkan tekanan ketika hentakan tumit dan mengurangkan keletihan kaki sewaktu berjalan. Reka bentuk acuan tumit kasut yang berbentuk U juga mampu menstabilkan tumit dan mengurangkan ketegangan serta tekanan pada setiap langkah. 

Larrie Women Extra Comfort Insole Arch Support Multi-Purpose Insoles.
Larrie Women Extra Comfort Insole Arch Support Multi-Purpose Insoles.
Larrie memperkenalkan Rebound Foam Footbed bagi kaum lelaki.
Larrie memperkenalkan Rebound Foam Footbed bagi kaum lelaki.

Untuk wanita pula, Larrie menyediakan Larrie Women Extra Comfort Insole Arch Support Multi-Purpose Insoles. Selain anti bakteria, setiap lapik dalam adalah free-size dan setiap pembeli boleh memotongnya mengikut ukuran kaki sendiri dengan mudah. Malah, rekaan penyokong yang dihasilkan pada lapik dalam ini dapat memberikan keseimbangan dan kestabilan pada kaki. 

Sementara itu, Pakar Perubatan Sukan dan Senaman, Dr. Alston Choong Wai Kwong turut berkongsi mengenai kelebihan memakai kasut yang mempunyai tapak yang baik.

“Anda kena tahu, kasut yang sering dipakai untuk sebarang aktiviti perlu ditukar pada setiap dua tahun. Setiap kasut punya jangka hayat sendiri. Jika dipakai terlalu lama, berkemungkinan ia tidak boleh memberi perlindungan yang sepatutnya”.

“Pemakaian lapik dalam sudah semestinya bagus untuk kaki kerana ia berfungsi untuk menahan dan menyokong bentuk lengkok kaki anda. Kerana itulah ia mempunyai saiz dan anda perlu pakai ukuran yang menyamai tapak kaki anda".

Pakar Perubatan Sukan dan Senaman, Dr Alston Choong Wai Kwong.
Pakar Perubatan Sukan dan Senaman, Dr Alston Choong Wai Kwong.

“Lapik dalam meningkatkan sokongan dan kestabilan langkah dengan memberi sokongan kepada tumit dan mengurangkan ayunan tumit apabila berjalan, sekaligus mengurangkan keletihan serta trauma,” ujar Dr. Alston.

Kedua-kedua lapik dalam Larrie ini boleh dibeli di butik LARRIE atau secara atas talian di www.larrieshoes.com dengan harga bermula dari RM39.00 sehingga RM99.00. - Getaran, 18 Ogos 2023
 

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Kasut Raya Jangan Dilupa, Lengkapkan Penampilan Untuk Semua Di Pagi Syawal 

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

Menawarkan pesona tersendiri, kesemua hotel ini menjanjikan pengalaman indah untuk percutian yang singkat

oleh Rahayu MN

Gaya 9 jam yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

Kalau mahu didik anak menabung, boleh simpan. Kalau hendak belanja, perlu pertimbangkan sebabnya.

oleh Rahayu MN