web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kobo Elipsa 2E, Buku Elektronik Alaf Baharu 

Kobo Elipsa 2E sebuah produk e-buku yang diperkenalkan melahirkan minat dan mengembangkan idea generasi muda zaman ini dengan cara tersendiri. 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2023 4:11PM

Peranti ini menampilkan teknologi skrin sentuh E-Dakwat 10.3 tanpa silauan dan lampu ComfortLight PRO untuk mengurangkan cahaya biru yang menyebabkan keletihan mata. - Semua gambar ihsan Edelman Public Relations Worldwide

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Naskhah buku merupakan salah satu sumber bacaan yang terkandung pelbagai maklumat dan kebanyakkannya dihasilkan dalam bentuk segi empat tepat dengan ketebalan tertentu. Kini, kemajuan teknologi memaparkan dunia digital yang cukup luas menjadikan kepingan kertas bertulis ini telah diinovasi dan dicipta dalam bentuk elektronik.

Bagi menambah baik pengalaman membaca dan menulis dalam digital, syarikat buku digital dari Jepun, Rakuten Kobo Inc memperkenalkan produk e-buku bernama Kobo Elipsa 2E. Ia bagi melahirkan minat dan mengembangkan idea generasi muda zaman ini untuk membaca dengan cara tersendiri. 

Peranti ini menampilkan teknologi skrin sentuh E-Dakwat 10.3 tanpa silauan dan lampu ComfortLight PRO untuk mengurangkan cahaya biru yang menyebabkan keletihan mata. Kobo Elipsa 2E juga mampu mencipta dan menyusun nota serta mengeksport atau mengimport dokumen menggunakan aplikasi Dropbox (atau Google Drive, akan datang) dengan mudah.

Anda boleh memuat turun pelbagai jenis nota dan bahan bacaan di perpustakaan e-buku terpilih dengan storan sehingga 32GB dan hayat bateri yang mampu bertahan beberapa minggu dengan hanya sekali cas. 

Selain daripada membaca, e-buku anda juga boleh ditukarkan kepada mod audio Kobo menggunakan teknologi tanpa wayar, jadi bolehlah anda membaca sambil mendengar muzik. 

Penggunaan Kobo Elipsa 2E meninggalkan impak yang lebih mesra alam dengan penghasilan pelindung luar badan plastik yang merangkumi 85 peratus bahan kitar semula. 

Tidak hanya itu, anda juga mampu menikmati pengalaman menulis yang lebih lancar dan pantas dengan Kobo Stylus 2, sebuah pen pintar digital yang disediakan bersama peranti ini. Ia direka secara ergonomi dan boleh dicas membolehkan anda memadamkan kesilapan dengan lebih mudah dengan pemadam di belakang pen serta menerangkan tulisan dan ayat-ayat penting dengan butang penyerlah. 

Jadi kepada yang berminat, anda boleh mendapatkan Kobo Elipsa 2E, yang dilengkapi dengan Kobo Stylus 2, akan dijual pada harga runcit RM2,019 di laman sesawang rasmi mereka dan rakan niaga terpilih. - Getaran, 15 April 2023 

Isu Pada

Ismail Izzani: Muzik Motivasi Saya

15 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

Budaya 4 tahun yang lalu

Ikim Perkukuhkan Penerbitan dan Penyiaran Digital Sebagai Amalan Norma Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini